Skip to main content

Kan dah kata takda kencing manis :-)

                      
buku pink yang suka dibelek, dibaca berkali-kali :-)
 
15 October 2014 ada monthly checkup untuk minggu ke 29. Wow! Selamat datang ke trimester ketiga! Sekejap betul lah masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun. Ramai pula yang bersalin waktu begini tambahan pula kawan-kawan ada yang baru nak menimang anak pertama, ada pula yang masuk kedua (macam aku). Harap dipermudahkan semuanya.

Disebabkan appoiment pukul 9pagi, maka aku sampai dalam pukul 8.30 pagi. Mak oi! Dah ramai penuh pulak parking kat klinik ni. Seperti kebiasaaan aku lagi suka parking di luar, kalau di dalam terpaksa double park dan terpaksa announce pula kalau kereta kena block. Berjalan jauh sikit tidak mengapa. Umpama senaman jugak kan.

Sampai-sampai terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru dipanggil untuk ujian air kencing. Masuk tandas klinik tu, ada yang tak flush pulak lepas kencing tu, sebab flush tu rosak pada pemegangnya. Jadi mereka tiada inisiatif pulak nak menjirus. Ish ish ish! Aku pun jiruslah dulu sebelum keluar, nanti orang ingat aku yang tak senonoh tadi. Hihi!

Lepas ujian air kencing dan ambil darah, maka duduklah aku kembali untuk tunggu giliran konsultansi. Leibh kurang pukul 11.15pagi barulah nomborku dipanggil. Nurse pun suruh ambil berat badan terkini dan check perut. Kali ini, nurse pelatih yang memeriksa perut. Di tekan-tekan untuk mencari kepala bayi dan mencari point untuk check heartbeat baby. Aku biar diperlakukan sebagai bahan ujikaji (cewah!) asalkan tak sakit sudahlah.

Jadi melihatkan heartbeat baby baik dalam range 153/ minit dan kepalanya berada di bahagian kiri perut. Maka kondisiku dikira terbaik. Oh ya, ketinggian rahim adalah selari dengan minggu kandunganku sekarang 29 minggu. Alhamdulillah, syukur.

checkup 29minggu .Alhamdulillah HB kembali normal 11.3. Yihaa!!


Dalam sesi konsultansi, nurse periksa semula keputusan minum air gula 2 minggu lepas. Alhamdulillah sekali lagi,ia normal! (kan dah kata!) Bila di periksa berat badan, aku tidak mencapai berat badan yang diperlukan iaitu 2kg/sebulan. Sejak berat naik mendadak tu, aku cuma mencapai kenaikan 1.5kg sahaja dalam sebulan. Jadi 60.6kg.

Keputusan MGTT. Sebelum minum air gula 4.3 dan selepas 2 jam minum air gula 6.1. Di paras normal OK!

 Ait! Rasanya dah makan banyak dan berselera pulak tu. Mana ada control makan pun, rasa nak makan, makan ajelah. Takpelah baby, nanti mummy makan banyak lagi ya. Bila dah masuk trimester ketiga, aku dah mula rasa kepenatan. Bila tidur pulak, rasa sakit kat tulang lingkungan pelvis dan di daerah yang berkenaan. Beban semakin bertambah tetapi aku masih boleh berdiri lama dan berjalan.

Sekarang dah boleh mula kira gerakan baby dalam perut. Setiap hari dalam tempoh 12 jam mesti ada 10 gerakan. Gerakan ringan macam menendang dikira 1 kali dan gerakan memusing seperti dia bergerak pantas dalam masa beberapa saat pun dikira 1 kali. Bermula dari pukul 9 pagi hingga 9 malam sebab kalau lebih pukul 9 malam si ibu biasanya sudah masuk tidur . Dah tak perasan baby bergeliut dalam perut.

 Kali ni macam suka shoping je :-P. Lepas ini to do list memang nak beli barang keperluan baby dan mumy mengikut saranan nurse kenalah bersedia JIKA baby pramatang dilahirkan. Harapannya baby mumy ni baik-baik saja. Aku dah set dalam minda untuk bersalin 26 December 2014 di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8, Putrajaya. Aku berazam untuk mengadaptasi kaedah Hypnobirthing.

Sekarang aku giat untuk berlatih cara pernafasan dalam kaedah Hypnobirthing. Aku akan kongsikan mengenai Hypnobirthing serba sedikit nanti. Kaedah ini lebih kepada mengawal pernafasan dan minda kita dalam proses bersalin nanti dari mula rasa kontraksi( surge) hingga kepada melahirakan (crowning @ thinning) . Lepas tu bila dah keluar, rasa lega dan tenaga masih ada lagi.

Macam orang tak bersalin je gayanya bila tengok youtube, sila search Mariah Hypnobirthing. Beliau pandai mengawal pernafasan dan mukanya sangat ceria dan sihat lepas bersalin hinggakan boleh berjalan seperti biasa. Tiada episiotomy (kaedah gunting di perineum) dan ubat-ubat pelali untuk menahan kesakitan. Hebat dan salute saya untuk beliau!!

Oklah, nanti sambung lagi.:-) . Selepas ini nak apoiment di Pusat Bersalin Berisiko Rendah tu. Stay tune!






Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi barisa

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran