Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Raja Tun Uda Library

Kembali Menulis di alam maya

Melihat lagi 1 hari nak habis bulan Mac dan April is coming over. Maknanya dah setahun aku tidak menulis di tinta tanpa dakwat ini. Entahlah, bukan tak ada benda nak tulis, tapi itulah banyak benda yang terbuku saja dihati tanpa berkongsi di alam maya.  Walhal kalau aku teruskan menulis, mungkin memberi impak atau memberi kebaikan kepada orang lain. Aku paksakan diriku menulis, sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk entri ni sebelum anak bangun minta susu. Kekangan yang biasa terjadi hingga mood menulis pun  terbantut.  Sebenarnya banyak kali sudah suamiku meminta aku untuk menulis semula kerana beliau merasakan aku patut berkongsi pengetahuan kepada umum.  Tambahan lagi aku sedang mengikuti pengajian dalam bidang Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak peringkat Sarjana, apa salahnya sambil menyipakan tesis tu, boleh  lah meluangkan masa barang setengah jam untuk menulis mengenai 'Child development' . Yalah, kadang-kadang tu terasa ke...