Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Mendaki Bukit Ungku Busu, Lumut

Sempena menyambut anniversary kami suami isteri yang ke 5 tahun, kami bercadang untuk melakukan sesuatu yang belum pernah kami buat iaitu memanjat bukit . Setelah 5 tahun berkahwin, belum pernah lagi aku ajak suami pergi mendaki bukit yang terletak di Lumut.  Sedangkan lokasinya tidaklah sejauh mana dari rumah ibuabah, cuma 7km saja. Jadi kami bangun pukul 630 pagi, seusai Subuh kami terus gerak ke sana. Al-kisahnya malam tadi banyak pulak makan, macam-macam masuk ke perut, akhirnya pagi masing -masing nak ke toilet.  Pergi toilet di Jeti Lumut semua masih belum buka lagi. Waktu itu baru pukul 7.15 pagi. Aduhai dah pagi macam ni masih belum lagi buka. Terpaksalah kami cari toilet di masjid. Mula- mula sesat jugak sebab terlepas simpang. Dah 13 tahun tak pergi bukit ni. Ingat-ingat lupa dah.  Nasib baik anak-anak tak ikut, nenda nya bagi peluang la kan untuk kami berdating kat atas bukit tu. Hehe. Semasa sampai hanya ada 1 kereta saja, selang beberapa minit ada 1 lagi kere

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti