Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hypnobirthing

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

  AWAS!!   ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN.  'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.'  Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya'  [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan.  Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad...

Kan dah kata takda kencing manis :-)

                       buku pink yang suka dibelek, dibaca berkali-kali :-)   15 October 2014 ada monthly checkup untuk minggu ke 29. Wow! Selamat datang ke trimester ketiga! Sekejap betul lah masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun. Ramai pula yang bersalin waktu begini tambahan pula kawan-kawan ada yang baru nak menimang anak pertama, ada pula yang masuk kedua (macam aku). Harap dipermudahkan semuanya. Disebabkan appoiment pukul 9pagi, maka aku sampai dalam pukul 8.30 pagi. Mak oi! Dah ramai penuh pulak parking kat klinik ni. Seperti kebiasaaan aku lagi suka parking di luar, kalau di dalam terpaksa double park dan terpaksa announce pula kalau kereta kena block. Berjalan jauh sikit tidak mengapa. Umpama senaman jugak kan. Sampai-sampai terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru dipanggil untuk ujian air kencing. Masuk tandas klinik tu, ada yang ...