Skip to main content

Posts

Showing posts with the label glukose

Kan dah kata takda kencing manis :-)

                       buku pink yang suka dibelek, dibaca berkali-kali :-)   15 October 2014 ada monthly checkup untuk minggu ke 29. Wow! Selamat datang ke trimester ketiga! Sekejap betul lah masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun. Ramai pula yang bersalin waktu begini tambahan pula kawan-kawan ada yang baru nak menimang anak pertama, ada pula yang masuk kedua (macam aku). Harap dipermudahkan semuanya. Disebabkan appoiment pukul 9pagi, maka aku sampai dalam pukul 8.30 pagi. Mak oi! Dah ramai penuh pulak parking kat klinik ni. Seperti kebiasaaan aku lagi suka parking di luar, kalau di dalam terpaksa double park dan terpaksa announce pula kalau kereta kena block. Berjalan jauh sikit tidak mengapa. Umpama senaman jugak kan. Sampai-sampai terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru dipanggil untuk ujian air kencing. Masuk tandas klinik tu, ada yang ...

Minum Air Gula Yang Sedap

   Waktu menunjukkan pukul 12.34 tengah malam. Anak pun dah tidur setelah sejam bersembang dan 'mengumpan' video UPIN IPIN kegemaran dia. Biasanya dia suka dengar lagu Bangau Oh Bangau!, Gosok Gigi dan Lompat Si Katak Lompat. Dah tidur barulah Mummy boleh buat kerja. Berbalik kepada topik di atas, alkisahnya esok kena bangun awal pukul 7.30 pagi perlu berada di Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong untuk ujian Air Gula. Sekarang kandungan pun sudah memasuki minggu ke 26. Sebelum ini belum pernah minum air gula pada kehamilan yang lepas. Ini gara-gara pemeriksaaan minggu lepas, nurse mendapati aku mempunyai kenaikan sebanyak 4kg dalam masa 1 bulan! Sungguh aku tidak perasan dengan kenaikan itu. Apa yang pasti sebulan yang lepas, perutku dah naik mendadak. Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui diriku hamil agak terkejut kerana perutku yang mencanak naik secara tiba-tiba. :-). Tambahan pula, bulan lepas aku banyak makan roti canai. Sekali order 2 keping. Mungkin itu telah...