Skip to main content

Posts

Showing posts with the label diabetis

Apa perasaan Minum Air Gula

       Malam ini entri ketiga dalam bulan September yang berbaki beberapa hari lagi. Dari situlah juga menghitung waktu untuk MISI mengeluarkan KHALIFAH ALLAH di muka bumi pada hujung December nanti. Semoga dipermudahkan. Ramai pulak yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Harap diberi kekuatan untuk menghadiri makan free tersebut :-P.       Sambungan dari cerita minum air gula pagi tadi. Bangun pagi penuh bersemangat macam orang nak pergi Final Exam tu. Betul-betul dah setkan minda positif dalam MINDA SEPARA SEDAR sebelum tidur semalam supaya ujian air gula ini menyebelahiku nanti. Bertolak dari rumah pukul 6.45pagi, singgah sebentar isi minyak kereta. Wah! Rajin betul kan!         Menyibukkan diri dengan orang yang sedang 'rush' nak pergi ke tempat kerja. Sejak bergelar WAHM [ work at home mum ] , lama sudah tidak bersesak-sesak diwaktu pagi, nak mengejar masa meeting pukul 9pagi. Lambat seminit kena denda RM2...

Minum Air Gula Yang Sedap

   Waktu menunjukkan pukul 12.34 tengah malam. Anak pun dah tidur setelah sejam bersembang dan 'mengumpan' video UPIN IPIN kegemaran dia. Biasanya dia suka dengar lagu Bangau Oh Bangau!, Gosok Gigi dan Lompat Si Katak Lompat. Dah tidur barulah Mummy boleh buat kerja. Berbalik kepada topik di atas, alkisahnya esok kena bangun awal pukul 7.30 pagi perlu berada di Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong untuk ujian Air Gula. Sekarang kandungan pun sudah memasuki minggu ke 26. Sebelum ini belum pernah minum air gula pada kehamilan yang lepas. Ini gara-gara pemeriksaaan minggu lepas, nurse mendapati aku mempunyai kenaikan sebanyak 4kg dalam masa 1 bulan! Sungguh aku tidak perasan dengan kenaikan itu. Apa yang pasti sebulan yang lepas, perutku dah naik mendadak. Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui diriku hamil agak terkejut kerana perutku yang mencanak naik secara tiba-tiba. :-). Tambahan pula, bulan lepas aku banyak makan roti canai. Sekali order 2 keping. Mungkin itu telah...