Skip to main content

Posts

Showing posts with the label penulisan

Bermulanya Kehidupan Di Alam Maya

Assalamualaikum, Setelah lama tidak menulis dan berkarya di alam maya lebih kurang setahun lebih maka malam ini adalah permulaan yang baik untuk aku beraksi semula. Hampir 3 tahun aku tidak mempunyai diari yang dahulunya aku tidak pernah culas untuk mencoret apa sahaja yang menjadi sejarah dalam kehidupan seharian . Dan kali ini, biarlah penulisan ku disebarkan agar dapat memberi input berguna kepada orang lain dan menjadi peringatan kepada diri sendiri. Seronok juga bila membaca semula coretan lampau kerana ia juga dapat menjadi kayu ukur di mana tahap pemikiran dalam menjalani aktiviti seharian dan juga menjadi koreksi diri. Harapanku agar penulisan ini tidak akan lapuk dan bersawang di alam maya. Misi ku ingin men'update' blog ini dua kali sehari. Semoga diperkenankan. Amin Ya Allah!