Skip to main content

Posts

Showing posts with the label WAHM

Resepi Donut with Strawberry Jam Topping and Dairy Whipping Cream

Seronok nak menulis  malam ini. Ada rasa aura yang berlainan pula. Anak dah cukup makan dah tidur pun mereka pukul 8.30 tadi. Jadi inilah masanya kita offkan handphone dan on kan laptop dan pena menari! Hari ini entri nak merekodkan tentang pembikinan donut yang ber’topping’kan strawberry dan dairy whipping cream. Sejak buat majlis birthday Abang Iky haritu, momentum nak membuat kuih muih dan menguli makin lama makin menggelegak. Ecewah! Mana taknya, sejak kahwin 2011, mengandung 2012 dan membesarkan anak sulung yang pastinya banyak yang perlu fokus dan dipelajari. Sementelahan itu pula aku juga buat bisnes sampingan seperti custom made handphone casing dan pillow membuatkan masa ku limited dan masak apa yang patut saja. 2013 dan 2014 masa membesarkan anak dan mengandung anak keduapun begitu juga. Alahan aku adalah masuk ke dapur dan bau dapur membuatkan tekak loya saja rasa, bau nasi ditanak, tengok sinki dapur pun meloya dan apa-apa saja yang beraroma membuatkan ak...

MENUNGGU KELAHIRAN KHALIFAH KEDUA PERMATA HATI NOOR NADIRA & MUHAMMAD YUSOF

Kebiasaan bagi setiap malam buatku ialah menulis ataupun menaip apa sahaja yang berada dalam minda ku. Apa yang ku ingin kongsikan ialah mengenai kandungan kedua ku yang sudah mencecah 27 minggu. Ini bermakna tinggal berbaki 13 minggu lagi perjalanan bayiku ini dari alam alam rahim dan keluar melihat dunia.           Kandungan kedua ini adalah menepati rancangan kekeluaragaan kami dimana kami menetapkan untuk mempunyai anak kedua setelah Az Zikry Haq berumur 2 tahun dan aku dapat menyusu sepenuhnya sehingga dari 0 hari hingga ke 21 bulan. Aku terpaksa memberhentikan penyusuannya setelah kandungan ini berusia 12 minggu lantaran aku tidak berdaya untuk menghadapi proses penyusuan serta keletihan mengandung pada bulan puasa. Selain dari itu, matlamatku untuk membiasakan Zikry untuk tidur sendiri tanpa bantuan susu. Ini dapat mengajarnya proses berdikari dan meneruskannya selama 1 bulan sehinggalah Zikry benar-benar ‘wean off’. Nampakn...

Apa perasaan Minum Air Gula

       Malam ini entri ketiga dalam bulan September yang berbaki beberapa hari lagi. Dari situlah juga menghitung waktu untuk MISI mengeluarkan KHALIFAH ALLAH di muka bumi pada hujung December nanti. Semoga dipermudahkan. Ramai pulak yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Harap diberi kekuatan untuk menghadiri makan free tersebut :-P.       Sambungan dari cerita minum air gula pagi tadi. Bangun pagi penuh bersemangat macam orang nak pergi Final Exam tu. Betul-betul dah setkan minda positif dalam MINDA SEPARA SEDAR sebelum tidur semalam supaya ujian air gula ini menyebelahiku nanti. Bertolak dari rumah pukul 6.45pagi, singgah sebentar isi minyak kereta. Wah! Rajin betul kan!         Menyibukkan diri dengan orang yang sedang 'rush' nak pergi ke tempat kerja. Sejak bergelar WAHM [ work at home mum ] , lama sudah tidak bersesak-sesak diwaktu pagi, nak mengejar masa meeting pukul 9pagi. Lambat seminit kena denda RM2...