Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hamil anak kedua

Kan dah kata takda kencing manis :-)

                       buku pink yang suka dibelek, dibaca berkali-kali :-)   15 October 2014 ada monthly checkup untuk minggu ke 29. Wow! Selamat datang ke trimester ketiga! Sekejap betul lah masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun. Ramai pula yang bersalin waktu begini tambahan pula kawan-kawan ada yang baru nak menimang anak pertama, ada pula yang masuk kedua (macam aku). Harap dipermudahkan semuanya. Disebabkan appoiment pukul 9pagi, maka aku sampai dalam pukul 8.30 pagi. Mak oi! Dah ramai penuh pulak parking kat klinik ni. Seperti kebiasaaan aku lagi suka parking di luar, kalau di dalam terpaksa double park dan terpaksa announce pula kalau kereta kena block. Berjalan jauh sikit tidak mengapa. Umpama senaman jugak kan. Sampai-sampai terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru dipanggil untuk ujian air kencing. Masuk tandas klinik tu, ada yang ...

MENUNGGU KELAHIRAN KHALIFAH KEDUA PERMATA HATI NOOR NADIRA & MUHAMMAD YUSOF

Kebiasaan bagi setiap malam buatku ialah menulis ataupun menaip apa sahaja yang berada dalam minda ku. Apa yang ku ingin kongsikan ialah mengenai kandungan kedua ku yang sudah mencecah 27 minggu. Ini bermakna tinggal berbaki 13 minggu lagi perjalanan bayiku ini dari alam alam rahim dan keluar melihat dunia.           Kandungan kedua ini adalah menepati rancangan kekeluaragaan kami dimana kami menetapkan untuk mempunyai anak kedua setelah Az Zikry Haq berumur 2 tahun dan aku dapat menyusu sepenuhnya sehingga dari 0 hari hingga ke 21 bulan. Aku terpaksa memberhentikan penyusuannya setelah kandungan ini berusia 12 minggu lantaran aku tidak berdaya untuk menghadapi proses penyusuan serta keletihan mengandung pada bulan puasa. Selain dari itu, matlamatku untuk membiasakan Zikry untuk tidur sendiri tanpa bantuan susu. Ini dapat mengajarnya proses berdikari dan meneruskannya selama 1 bulan sehinggalah Zikry benar-benar ‘wean off’. Nampakn...