Skip to main content

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!


Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.

 Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa!

Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi barisan paling hadapan iaitu paling dekat dengan pentas.Kami tidak dibenarkan duduk dengan kawan yang sama dan mesti berkenalan dengan orang lain. Selama 4 hari , terasa semua peserta dalam dewan tersebut umpama saudara sendiri!

Kalau nak cerita pasal IMKK ni , memang terlalu panjang dan banyak nota-nota penting yang tercatat sepanjang program ini. Apa yang ditekan ialah BACK to BASIC. Kenali diri sendiri, kenali musuh dalam diri, perbetulkan aura dalam diri dan kita akan semakin hampir dengan kejayaan.

Dalam waktu program kami diwajibkan menyenaraikan 101 matlamat dalam hidup dan perlu diselesaikan dalam ‘timeframe’ yang ditetapkan. Menurut DAO [Dr. Azizan Osman] orang yang berjiwa kecil akan ‘stuck’ pada matlamat nombor 64 kerana kebiasaannya peserta sudah kehilangan idea untuk menulis impian atau matlamat lagi. Cubalah buat !


Mungkin aku akan berkongsi tentang program IMKK yang aku hadiri ini dengan lebih terperinci dan aku ingin sematkan 101 Matlamat ini dalam blog ini supaya aku sentiasa berada dalam VIBE POSITIF dan terus- menerus megejar impianku. Jauhkan diri daripada ‘DREAM STEALER!’




101 IMPIAN KU. YA ALLAH PERKENANKAN LAH!
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
1.    Saya mendapat RM 1 Juta dalam akaun saya pada 1 Mei 2015
2.    Saya dapat menyewa rumah di sekyen 10 ,Putra height pada  Ogos 2014
3.    Saya dapat membeli rumah yang saya sewa pada Mei 2015
4.    Saya dapat menjual rumah saya flat saya sekarang pada harga RM100,000 pada tahun 2015 dan membeli 1 unit rumah di The Glades, Putra Height dan semua adik beradik saya boleh tinggal disitu dan ibuabah saya.
5.    Saya dapat membeli tanah di Bukit lanchong untuk tujuan pertanian pada 2015.
6.    Saya dapat memsponsor suami untuk lasik surgery RM8,000 dengan Profesor Dr. Muhaya di Prince Court pada tahun 2015
7.    Saya mendapat anak kedua jantina perempuan pada tahun 2015
8.    Saya dapat menyelesaikan hutang RM160,000 pada tahun 2015
9.    Saya menjadi isteri solehah, ibu yang baik, anak yang mengenang jasa, kakak yang prihatin, kawan yang sentiasa mengambil berat dan menolong kawan.
10.  Saya menghantar anak-anak saya disekolah yang terbaik dan menguasai 6 bahasa dunia dan menguasai muzik
11.  Saya menguasai muzik dan dapat menggubah lagu sendiri.
12.  Saya dapat membeli Aston Martin secara CASH 2016.
13.  Saya dapat menyelesaikan hutang PTPTN adik beradik saya, adik ipar saya, kes muflis abah mertua saya.
14.  Saya mempelajari ilmu baru setiap hari dalam pelbagai bidang.
15.  Saya mendapat CERTIFIED NEUROLINGUISTIC Programming {NLP} PRACTITIONER Di Shah Alam.
16.  Saya dapat mengembangkan bisnes Jabatan Fesyen & Sweet Sensation  Confectionery dan mempunyai kilang baju sendiri di Indonesia dan Malaysia.
17.  Saya sentiasa mencabar diri saya dengan skydiving, paragliding di Bukit Jugra, dan bungy jumping di Krabi.
18.  Saya Berjaya mendaki gunung kinabalu pada tahun 2016.
19.  Saya Berjaya mendapat lessen scuba diving PADI die Pulau Tioman pada tahun 2014 melalui kawan saya Muhammad Sulhan dan Nurul Ain.
20.  Saya Berjaya scuba diving di pulau-pulau seluruh Malaysia , Maldives dan Mauritius.
21.  Saya Berjaya menjadi Graduan UNIVERSITY OF LIFE DR AZIZAN OSMAN bersama suami saya, Muhammad Yusof Yaakob.
22.  Saya Berjaya membuka EMPAYAR BISNES pada tahun 2016.
23.  Saya Berjaya menjelajah ke seleruh Negara didunia kecuali Kutub Utara dan Kutub Selatan .
24.  Saya Berjaya berinfaq ke jalan ALLAH sebanyak RM100,000 sebulan secara konsisten.
25.  Saya Berjaya mengadakan tabungan untuk pendidikan anak –anak saya sebanyak RM1 Juta seorang.
26.  Saya Berjaya mempunyai WISMA dan ribuan staff yang komited .
27.  Saya dapat mengikuti kursus di MINDVALLEY secara konsisten setiap tahun.
28.  Saya dapat mengikuti semua seminar @ kursus Faisal Abdullah, Aqif Azizan dan ABS business School.
29.  Saya Berjaya mengajak dan berkongsi dengan kawan –kawan saya untuk keluar dari kepompong MAKAN GAJI kepada BISNES.
30.  Saya Berjaya menghafal QURAN serta maksudnya selama 5 tahun.
31.  Saya Berjaya mendidik anak saya membaca, mengira dan mengaji pada usia 3 tahun.
32.  Saya dapat berkawan dengan orang yang berjiwa jutawan ,hartawan dan dermawan.
33.  Saya dapat membawa 2 keluarga saya seramai 17 orang untuk pergi ke umrah pada 2015.
34.  Saya dapat pergi ke Switzerland untuk berjumpa kawan lama saya pada 2015.
35.  Saya Berjaya mendidik anak mengikut buku ‘how to carrying your child from 0-5 years old untuk setiap anak saya.
36.  Saya dapat membeli handpone dan IPAD paling latest dalam tahun 2015.
37.  Saya Berjaya mencapai SALES RM1 juta sebulan dan meningkat setiap bulan.
38.  Saya menjadi THE WORLD GREATEST WIFE to my husband Muhammad Yusof .
39.  Saya Berjaya membaca sebuah buku inspirasi setiap hari sehingga habis.
40.  Saya Berjaya mendapat 4 orang anak dalam masa 4 tahun akan datang. 2 lelaki dan 2 perempuan.
41.  Saya Berjaya membuka kiosk koko TOK ABA BOBOIBOY di Manjung Perak dan Putra Height.
42.  Adik beradik, adik ipar ,biras akan melibatkan diri dalam empayar bisnes saya kerana mereka masih makan gaji kecuali saya.
43.  Saya berjay membantu saudara mara saya yang miskin dan saya mahu membelikan rumah lengkap dengan perabot di Tanjung Karang / Batu Caves / Shah alam. Semua akan duduk di Putra Height. Putra height tempat saya akan membina empayar bisnes saya.
44.  tahun 2015, saya akan membuka office pertama saya di SKYPARK, ONE CITY , PUTRA Height.
45.  Saya mempunyai mountain bike dan cycling di Sabah pada tahun 2014.
46.  Saya dapat menghadiri RKMJ pada 3-6 April di MIECC sekali lagi 2014.
47.  Saya Berjaya tersenyum dan menahan amarah saya dengan konsisten. :-D
48.  Saya , suami ,anak dan keluarga saya Berjaya travel ke Melbourne ,Australia pada hujung tahun 2014.
49.  Saya Berjaya membuka 1  tadika ABS di Manjung Perak pada 2015.
50.  Saya Berjayamembuka  3 kedai dobi ABS di Manjung / sitiawan ,Perak pada Disember 2014.
51.  Saya Berjaya membuka central kitchen untuk Sweet sensation pada disember 2014 dan mempunyai 5 orang pekerja .
52.  Saya Berjaya mendapat tapak untuk berniaga bazaar ramadhan di Subang Jaya  pada tahun Jun 2014.
53.  Saya Berjaya bersalin di hospital yang mahal dengan konsep bersalin dalam air.
54.  Saya Berjaya menyusukan semua anak-anak saya sehingga 2 tahun.
55.  Saya mengekalkan kesihatan dan membeli produk Shaklee setiap bulan dan menggunakan secara konsisten.
56.  Saya Berjaya mencari 100 orang ejen yang komited Sweet Sensation dalam masa 2 bulan dari sekarang.
57.  Saya Berjaya mencari rakan niaga dan 250 orang dropship / agen dalam masa 6 bulan untuk memastikan JABATAN FESYEN~ the lowest price tag department terkenal .
58.  Suami saya Berjaya berhenti kerja dengan AMBANK selepas bonus bulan 6 ini dan kami sama-sama berbisnes tanpa rasa takut rugi, takut kehilangan pendapatan. Yang penting kita REDAH dengan ELMU.
59.  Saya Berjaya membuktikan kepada kawan-kawan saya yang saya adalah LUAR BIASA.
60.  Saya Berjaya berenang pada tahun 2014 .
61.  Saya Berjaya memasak masakan yang sedap untuk suami dan anak saya setiap hari.
62.  Saya Berjaya memberi RM10,000 sebulan kepada ibu dan abah saya setiap bulan.
63.  Saya Berjaya memberi RM10,000 sebulan kepada mak dan abah mertua saya setiap bulan.
64.  Saya Berjaya membayar deposit Rm12,000 dan menyewa rumah dan membayar sewa rumah untuk 12 bulan bermula Ogos 2014-2015 sebelum saya jadi jutawan pada Mei 2015.
65.  Saya Berjaya mempunyai apps untuk bisnes JABATAN FESYEN DAN SWEET SENSATION untuk kemudahan membeli belah secara online pada tahun 2015.
66.  Saya Berjaya menjadikan ROMPAROMPEE sebagai the largest gift store and largest dropshiper WORLD WIDE seperti Artsnow.com
67.  Saya dapat menari setiap hari untuk menambah energy seperti IMKK bara3 bere3
68.  Saya dapat pergi spa dan facial treatment setiap 2 minggu sekali
69.  Saya dapat melangsaikan semua hutang PTPTN adik beradik, adik ipar saya.
70.  Saya dapat makan malam bersama keluarga dan sahabat rapat saya di Marini’s on 57 di Level 57, Tower 3 KLCC pada tahun 2015
71.  Saya dapat menaiki jambatan di KLCC pada Oktober 2014 bersempena ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ketiga tahun.
72.  Saya Berjaya membeli Jam tangan BONIA berharga RM1,000 pada tahun ini.
73.  Saya Berjaya membantu klinik veterinar kawan saya SERVE-U veterinary clinic & surgery hingga dia memperoleh RM1 juta setahun dengan memperkenalkan program Platinum Dr. Azizan Osman. J
74.  Saya dapat memberikan hadiah yang terbaik setiap kali kelahiran, birthday kawan-kawan ,anak kawan, keluarga ,adik beradik ,ibubapa saya, anak-anak dan suami saya.
75.  Saya Berjaya mengadakan kenduri aqiqah anak saya dirumah baru yang kami akan duduki nanti di seksyen 10 , Putra Height ,Subang Jaya.
76.  Saya Berjaya membuka kilang baju saya sendiri di Malaysia dan Indonesia pada tahun 2016.
77.  Saya Berjaya menjadi TRADER untuk pelaburan saham pada tahun 2015.
78.  Saya Berjaya membeli 10 buah rumah dan lot kedai pada tahun 2016.
79.  Saya dapat berbakti kepada Rumah ORang tua-tua, Rumah Anak-anak yatim, keluarga miskin yang tersisih, gelandangan disekitar saya.
80.  Saya Berjaya menjadi orang yang member manfaat kepada orang lain, tidak kisah dari segi wang, pertolongan ,nasihat, senyuman , sedekah, infaq dan sebagainya asalkan ia mampu memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada insan lain.
81.  Saya dan suami Berjaya menghantar anak-anak kami belajar di sekolah cina.
82.  Saya dan suami Berjaya menghantar anak –anak belajar di pesantren terkemuka di Indonesia sehingga mereka menjadi professional dan boleh berbakti kepada masyarakat
83.  Saya dan suami Berjaya mngekalkan romantik dan kasih saying sehingga nafas yang terakhir.
84.  Saya dapat mengumpulkan adik beradik, saudara mara, rakan bisnes saya di sekitar putra height.
85.  Saya berrjaya menjadi seorang yang rajin dan komited kepada setiap sesuatu yang saya lakukan dan saya akan buat sampai jadi , sampai habis dan alang-alang jadi biarlah sampai gempak!
86.  Saya Berjaya menulis 10 buku hasil dari penulisan saya sendiri berkaitan dengan SURIRUMAH BERBISNES , STAY AT HOME MUM dan motivasi bisnes.
87.  Saya Berjaya menghabiskan 100 buah buku untuk dibaca pada tahun 2015
88.  Saya Berjaya membina sebuah playground untuk anak saya dirumah bermain.
89.  Saya Berjaya menolong agen-agen saya untuk jadi kaya seperti saya.
90.  Saya dapat memdidik anak saya tentang bisnes dan membuatkan ibubapa saya bangga dengan saya kerana saya seorang yang menongkah arus untuk beralih dari makan gaji kepada berbisnes.
91.  Saya dapat belanja semua staff –staff saya dan member reward kepada mereka diatas kesetiaan dan komitemen mereka dalam menaikkan bisnes saya.
92.  Saya Berjaya menjadi wanita serba boleh, berani mengambil risiko dan sentiasa menjadi yang terawal untuk membuat sesuatu perkara.
93.  Saya sehidup semati ,susah dan senang bersama suami saya.
94.  Saya seorang MULTITASKING WOMEN.
95.  Saya Berjaya menjadi guru yang terbaik kepada anak-anak saya.
96.  Saya Berjaya menjadi tukang jahit untuk baju-baju sendiri.
97.  Saya Berjaya membawa keluarga saya bersiar-siar ke tempat yang mereka inginkan .
98.  Saya dapat melihat Malaysia yang aman sejahtera dan hidup dalam cara ISLAM 100% pada tahun 2020
99.  Saya Berjaya menjadi sebahagian dari orang yang mendekati masyarakat dan membawa mesej perpaduan dan keamanan.
100. Saya dapat melihat rakyat Malaysia mempunyai generasi penerus yang cemerlang.
101. Saya Berjaya memperoleh semua impian –impian ini sebelum saya mati.
ALHAMDULILLAH


P/S : Ada yang aku tak tercapai dalam tahun ini dan aku pasti aku MESTI mendapatkannya!
                                                                         

Comments

  1. Mempunyai impian adalah langkah pertama untuk menjadi insan yang berjaya. Tahniah sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are my inspiration, bebeh. Sama- sama kita realisasikan nya, OK? :-)

      Delete
    2. Insya allah awak bolehh tiada yang mustahil jika kita berusaha "man jadda wa jadda" haa gituu.. apa yg belom dapat tu saya yakin dan pasti mesti boleh capai nanti malah lebih baik dari itu.... Aminnnn

      Delete
  2. alhamdulillah. Harap dah capai sekurang2nya 3 dari 101 impian anda. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. salam tuan..nak tanya,selepas tulis 101 tu..kita kena baca setiap hari ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran