Skip to main content

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017 - bahagian 3

Puan Nadira ada GBS ke?
Ya, Nurse saya ada, jawabku.
Kuman GBS ini jika sekali ia penah wujud dalam sejarah kelahiran, maka doktor akan membuat kesimpulan kebarangkalian kuman ini hadir tetap ada. Syukur mengandung kali ini ujian swab GBS negatif.
Kuman GBS ni hanya datang semasa tempoh kehamilan dan sangat membahayakan bayi jika terkena jangkitan kuman itu boleh menyebabkan FATAL.
Kalau macam tu, kami kena bagi antibiotik.. terang Nurse dengan lembut Seeloknya 4jam sebelum bersalin. Kita masukkan air atau dalam medical line dipanggil IV drip.
Lantas Nurse mencari urat di tangan kiriku. Sasarannya adalah urat hijau itu. Mujur tangan aku nampak kurus.
Ditepuk-tepuk dan ditekan sedikit urat itu timbul. Lalu dia menyapukan cecair sejuk dan jarum Branula hijau dibenamkan ke bawah kulit.
Uihh.. panjang jarumnya. Ada tiub kecil juga bersambung dengan jarum dimasukkan dalam salur urat tadi.
Nurse, bila boleh bukak jarum ni ya, tanya aku tak sabar-sabar lagi. Padahal baru saja dimasukkan.
Jarum ni sememangnya membataskan pergerakan. Terasa ngilu bila jarum ni tersangkut. Nak menggaru pun jarum ni ikut. Nak dibengkokkan pergelangan tangan, terbatas. Jadi pergelanganku perlu diluruskan.
Jarum ni boleh buka bila antibiotik dah selesai ya Puan, beritahu Nurse. Oh baiklah. terima kasih, sambil mataku mengintai tangan ibu-ibu yang lain kalau kalau mereka juga dipakaikan Branula seperti aku. Nampaknya aku seorang saja. Special case. Special treatment kononnya.
Sesekali aku berjalan-jalan di sekitar PAC, merajinkan diri membaca papan tanda besar disitu. Ada list nama pesakit yang dah Check In.
Nombor 1.
Nama : Noor Nadira
Check in : 0545
Review : 1300
List dah sampai nombor 9 akan dikemaskini apabila Sang Ibu dapat katil di wad. Biasanya katil akan dapat bila Sang Ibu telah selesai bersalin. Ada juga tak sempat naik ke wad. borang discas dah dikeluarkan. Maknanya Si Ibu dibenarkan pulang jika tiada apa-apa komplikasi dari Ibu mahupun bayi.
Jika belum melahirkan pula, Si Ibu ditempatkan di katil -katil dalam bilik pemerhatian yang ada dalam PAC. Aku sempat mengira jumlah bilik pemerhatian yang ada. Total ada 13. 1 bilik menempatkan 2 katil.
Katil itu jugalah tempat doktor dan nurse membuat Review, melakukan Vaginal Examination (VE) dan adakalanya tak sempat ke Labour Room, langsung bersalin disitu.
Ada Ibu yang baru sahaja sampai, Nurse memeriksa bukaan sudah 4cm. Selang beberapa jam kemudian, dia mengadu sakit nak meneran. Cepat-cepat nurse memapah Si Ibu ke bilik pemerhatian.
Langsir ditarik. Zasssss!
Puan dah 7cm ni, suara nurse kedengaran dari balik langsir yang ditarik tadi. Hanya dibelakang kerusi ku saja.
Puan boleh teran sekarang, bila rasa nak teran, teran terus.
Aku dengar suara Ibu itu menarik nafas dan teran sekuat hati.
Sikit lagi puan, dah nampak kepala ni.
Sikit lagi. Tarik nafas panjang-panjang, jangan keluarkan suara. Teran dari dalam.
Sambil nurse tu memberi arahan. Dikala ini memang si Ibu tak tentu arah. Kata-kata semangat sangat diperlukan ketika ini untuk mengeluarkan bayi dengan tenaga yang sedikit berbaki.
Sekali lagi puan. Ya betul tu! Bersungguh-sunggguh nurse dan doktor muda itu memberi semangat tanpa jemu dengan skrip yang sama.
Dengan 2 kali teran, maka berakhirlah sesi yang mencemaskan. Selesai sudah si Ibu tadi. Nampak tenang saja wajahnya semasa dia masuk PAC tadi. Tak sangka dia dah nak bersalin.
Aku juga yang belum lepas. Hmm.. apa aku nak buat bagi cepat ya. Duduk kat kerusi dan buat deep breathing semula.
Makan dah sudah. Aku tak rasa lapar.
Kalau aku lapar, mesti lambat lagi bukaan.
Ini dipanggil 'Resting labour' .
Resting labour adalah dimana proses kelahiran menjadi lambat, contohnya proses bukaan lambat kerana badan perlukan tenaga yang banyak untuk menolak bayi ke bawah. Begitu juga dengan bayi. Bayi juga akan turut 'berehat' kerana sumber makanan tiada.

Bila proses kelahiran menjadi panjang, sakit kontraksi jadi lama dan badan makin lemah. kita terpaksa mengambil pelali untuk kurangkan rasa sakit seperti yang aku alami semasa bersalin yang pertama.
Akhirnya aku terpaksa hidu gas Enthonox. Gas itu buat aku jadi high. Entah langit mana aku dah terbang. Aku jadi mengantuk. Bayi pun ikut sama.
Sebab proses kontrasi memerlukan tenaga Ibu yang maksimum. Secara logiknya jika Ibu tidak makan, bagaimana nak bersalin? Tenaga pun kurang. Sedangkan proses bersalin ini umpama marathon penat nya bukan seperti melepaskan kentut yang tersepit.
Jadi makanlah walaupun sikit. Makan semasa kita masih berselera. Jika tengah kontraksi kuat, makanan pun tak pandang. Minumlah dan pastikan badan sentiasa hidrasi.
1 petang
Sepatutnya aku direview semula untuk melihat progress bukaan 3cm tadi. Aku tunggu juga. Tanyakan pada nurse tetapi mereka nampak sibuk. Biarlah mereka dahulukan ibu-ibu yang nak bersalin.
Sakit kontraksi makin kuat. Dapat aku rasakan naik turun perutku bila kontraksi makin meninggi. Aku pejamkan mata sambil mendengarkan hela nafas sendiri. Ketika ini aku rasakan seperti di Maldives. Awan dan laut biru bertemu, dengan deruan ombak dan angin menghembus ke wajahku yang ayu.
Aku sapu balm essential oil yang ku beli dari Kak Auni di tulang hidung dan dahi untuk aku rasa lebih tenang. Sedapnya aroma lavender.
Aku menyedut oksigen sedalam-dalamnya dengan kiraan 10 dan melepaskannya secara perlahan-lahan dalam kiraan 20. Waktu ini aku tidak berbual dengan sesiapa.
Hanya diri aku dan imaginasiku di sebuah sawah padi dan aku sedang mendaki gunung yang menaik dan menurun. Imiginasi berubah bila kontraksi makin tinggi.
Jam 4.30 petang
Aku mula bertanyakan Nurse samada mereka boleh review VE dan CTG kerana last review hanya jam 7 pagi tadi.
Lalu nurse meminta maaf kerana terlepas pandang dan memintaku untuk baring di katil pemeriksaan.
dNurse memintaku untuk menarik nafas dan ada ku rasa gel sejuk. Hmm..mengah juga baring begini.
Dah 4 cm, puan, ujar Nurse. Alamak 4 cm baru, ingatkan dah 5-6cm. Yang bagusnya selepas di review, kontraksi mula mengganas. Dapat aku rasakan seolah ribuan jarum mencucuk-cucuk dipinggang sehingga ke bawah punggung.
Aku mula hilang fokus dan gentar. Aku tahu, serangan bertubi- tubi akan datang. Tiada siapa yang dapat bantu aku kecuali diri aku sendiri. Sakit ini tidak boleh dipindahkan. Kau harus jalani jua samada suka atau pun tidak. 4cm biasanya dah tolak ke Labour room tetapi LR penuh. Duduk kembali di kerusi tadi.
Selang sakitnya makin dekat 45-60 saat di apps. Fuh! Mencabar betul ! Jangan gelabah Nadira, kalau tak kau akan failed hypnobirthing ni. Sakitnya subhanallah, aku rasa kali ini. Kalaulah boleh dipindahkan.
Sesekali mata ku berair juga menahan. Aku duduk dalam posisi bersila. Aku dah tak peduli lagi orang-orang yang bersembang disebelahku. Air mineral 500ml tu ku teguk sehingga habis.
Bila kontraksi itu datang, aku mula geleng-geleng kepala umpama Syiah aku rasa. Terasa sakit ku bertebaran di udara. Mata aku pejam. Aku jeling handphoneku . Suami ku minta untuk balik seketika untuk uruskan anak-anak.
Pada mulanya ku enggan benarkan dia balik kerana sakit ni rasa macam hampir tiba. Namun dia berjanji untuk datang kembali setelah selesai nanti.
Balik kesini cepat sayang.
Send.
Blue tick.
Sambung pejam mata.
5.57 petang
Nurse datang ke kerusiku bertanyakan fail yang perlu diisi oleh suami. Ianya masih belum dikembalikan. Fail ini penting kerana ia adalah borang kebenaran untuk suami menemani proses bersalin dalam Labour Room sebentar lagi. Aku beritahu nurse suami dah balik. Tapi dia akan datang balik secepat mungkin. Secepat mana, aku tak pasti.
6.53petang
Lalu aku pun mesej suami suruh datang cepat. Aku tak berganjak dari tempat duduk aku di kerusi menunggu tu. Aku tahu kalau aku bangun mesti aku rasa nak tumbang.
Aku rasa tak boleh nak jalan dah sebab kala aku bergerak aku rasa lagi kuat kontraksi tu nanti. Makan pun aku dah tak berselera dah. Hanya mampu meneguk air saja untuk kurangkan rasa sakit. Aku mengaku inilah yang paling kuat sakitnya.
7.35 malam
Aku wassap dimanakah suamiku itu. Dia kata dah nak sampai seksyen 7. Aduhai rasa bertahun juga dia nak sampai. Aku pergi ke meja nurse. Aku minta nurse buat VE, rasa macam tak tahan sangat. Sampai dihadapan meja, lidah aku kelu. Aku ketap bibir tahan kontraksi.
Nurse padam mulanya macam tak sempat nak melayani ku, tiba -tiba dia bingkas bangun dari kerusi. ‘Puan, puan ok tak ni, boleh call suami puan tak, fail dia belum bagi lagi’. Puan boleh jalan katil tak , kita cek bukaan.’
Ya Nurse, saya rasa dah tak tahan dah ni, rasa nak meneran. Jalan sikit, behenti. Jalan sikit. berhenti. Sampai ke katil dan paut katil tu sambil mencangkung. Kalau nurse nampak ni, mesti dia tak bagi. Sementara dia takda. baik aku cangkung, cepat sikit baby ni turun, getus hatiku
Sesekali rasa meneran tu datang, aku teran saja. Posisi itu sudah membantu.
Nurse selak langsir lalu menjerit kecil.
Eh puan,puan jangan mencangkung puan, nanti terbersalin kat sini. Puan naik atas katil ya, baring dan kami nak cek bukaan sekejap, tahan sikit ya, sambil tu dia mencari glove dan gel.
Buka kaki sikit Puan. Aku tarik nafas. Nurse menjerit, bukaan dah 7-8cm dilated. Labour room 1 kosong tak, nak tolak patient ke sana.
Jaraknya cuma 30meter saja.
Prepare untuk ke labour room sekarang! Puan naik atas katil ya. Kami nak tolak sekarang, Langsir disingkap. Kepala direndahkan.
Aduh kena naik katil lagi ke. Aku tak larat dah ni, ngomel aku dalam hati. Aku rasa malas nak naik katil, rasa nak pergi LR sekarang dengan berlari. Aku gagahkan juga naik. Ikut permintaan Nurse tanpa banyak songeh. Aku ni taat orangnya. Walaupun sakit, tapi aku tak mahu menyusahkan mereka. Aku cuba naik atas katil walaupun kaki ku dah kebas.Baru saja aku labuhkan punggung atas katil tiba-tiba,
Popp! Gebushhh! Air ketuban pecah! Basah alas tu.
Aku senyum Wow! Bestnya!
Tak pernah air ketubanku pecah sendiri melainkan doktor yang pecahkan!
Amazing!
Puan,puan larat lagi tak, Puan naik katil kami sorong ke LR sekarang. Mana suami puan, siapa nama?
Yusof ,dia pakai pakai baju kuning.
Aku disorongkan ke LR dalam jam 8.00 ke 8.10 minit begitu. Sampai di LR , 2orang doktor sedang menunggu. Beliau tanya ‘ siapa nama’? aku jawab Yusof sambil mamai-mamai.
Bukan, nama puan siapa ?
bukan nama suami. Sambil gelak-gelak doktor tu. Ohh ,saya Nadira.
Dalam mamai ru aku ingatkan doktor panggilkan suami.
Suami saya Muhammad yusof pakai baju kuning. Aku ingatkan dia lagi sekali.
Baik puan, Puan boleh naik atas katil ya, bukak getah rambut semua atau apa saja, arah doktor itu.
Aku nampak suami berjalan masuk dalam labour room. Seorang nurse memegang perut. sambil menolak perut, seorang lagi memegang tali CTG, doktor pula berada dihujung kaki.
Tiba-tiba kontraksi kuat datang automatic aku dalam posisi sujud.
Puan,puan jangan macamni puan, baring elok-elok.
Aku mencelah, sekejap doctor, tunggu jap bagi hilang.
Bila kontraksi tu hilang, aku terus baring dan sambil muka memandang perut. Mata pejam rapat. Kedua-dua tangan memegang pergelangan kaki.
Push puan bila sakit datang..
Tak Berjaya… aku tarik nafas….
Tak Berjaya lagi… cuba lagi
Sampai la 10 kali aku kira.
Penatnya. Aku bawa tanganku ke belakang tengkuk lagaknya seperti berbaring di tepi pantai. Santai!
Puan, puan tak boleh berhenti lagi, cuba lagi, dah nampak rambut baby tu.
Kejap doctor saya dah penat ni, saya nak air . dahaga sangat.
Datang seorang Nurse bagi aku air. Ingat kan banyak rupanya dia bagi sepicagari je.
Nah, minum ni..kata nurse Hilang sedikit lelahku.
Ok cuba push lagi.. push push ! Sikit lagi, Puan ni dah anak 3 tapi tak reti teran ke. Sambil tu dia mengeluh. Ahah!
Sesekali doktor pun mengeluh. Nurse pun sama. Liat betul patient ni.
Sempat lagi kau mengutuk aku ya doctor. Ahaha. Aku faham dia bukan nak kutuk pun, Cuma dia nak bagi semangat je. Ada 4 orang yang attend aku dikala itu.
Suami disebelah kanan , pegang kepala.
Nurse dikanan ku, sambil tangannya mengurut perut ku. Senak ku rasakan.
Doctor membuat perineum massage, untuk melancarkan dan memperbesarkan bukaan. Ditolak –tolak sikit supaya nampak kepala baby tu.
Sikit lagi puan. Kepala dah nak nampak tu. Nurse ambil tanganku dan dapt aku rasa jariku menyentuh rambut bayiku.
Ni haa rambut dia. Cepat teran baby, sikit lagi je ni.
Aku teran lagi.
Sayang, you boleh, sikit lagi.
Bahu aku dah lenguh. aku mintak dia ampu bahu aku kuat-kuat kerana bahu ku dah stress. Tu yang membuatkan bukaan lambat.
Besar ni! jerit doktor. Tengok kepala dia. Teka cepat nurse berapa kg baby ni seloroh doktor dengan nurse yang membantu. Tengok saiz kepala pun mereka dah dapat agak ya besar baby.
Aku yang mendengarnya ni alamak besar ke patotlah susah nak teran ni. Rasa down pulak.
Dalam 20 minit teran. tapi tak berjaya. aku pun dah penat. Aku kumpul sedaya upaya tenaga yang berbaki, membuat helaan dan teran yang terakhir.. teran yang panjat..
Okey dah dapat kepala dia..Doktor terus tarik dan gebushhhhh laju saja bayi ku meluncur.
Panas. Hangat.
Lega rasanya. Keluar juga. Penatnya meneran tadi. Kaki menggeletar kerana lama sudah dalam posisi begitu .
Alhamdulillah Subhanallah allahuakbar. Lega selega- leganya sebab tamat acara meneran selama 20minit tadi.
8.36pm! Masa melahirkan. Terima kasih sayang sambil dahi ku dikucup suamiku.
Fuh. Penat macam lari!
‘Terima kasih doctor, sorry sebab lama sangat, banyak karenah saya ni.Terima kasih doctor.
Dengan tenaga yang bebaki, seusai bersalin. Tibalah waktu nak mengeluarkan uri.
“Puan teran sikit, nak keluarkan uri, sambil tu doctor tu meletakkan ibu jari di pusatku, sambil menggoncangkan perutku berkali-kali.
Fuhhh…Wei, sakit gila!
Aku mengeluh. Bergoncang badanku. Aku melarikan pandangan ke siling supaya aku tak fokus kesakitan ni. Prosedur apa ni? kenapa sebelum ni takda pun?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi barisa

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran