Skip to main content

Kedatangan TAHUN 2015.Bersediakah aku??



Baru lepas makan epal. Jam menunjukkan pukul 12.45 malam. Masa macam nilah waktu untuk meluahkan apa yang terbuku. Dah 3 hari tak tulis blog / diari ni. Maklumlah masa raya, aku lebih suka meng’ update’ via laptop instead dari handphone. Handphone ku pulak bukanlah smart sangat. Dah banyak obsolete hardware spec nya. Takpe, kumpul duit untuk beli gadget power. Hehe.

Sebenarnya pukul 10 tadi dah masuk bilik dah, biasanya nak tidurkan Zikry. 2-3 malam ni aku train dia untuk ‘ Fall asleep by himself’. Kalau selalu aku memang gosok-gosok belakang dan perut dia. Kadang-kadang pasang video nursery rhyme seperti Old Mc Donald Had a Farm. Bila dah selalu buat rutin macam tu, susah jugak sebab kena ‘sogok’kan sesuatu baru dia nak tidur. Harapnya lepas ni, Zikry boleh tidur sendiri dan boleh asingkan dia dari tempat tidur kami. Lagipun dia dah nak ada adik. Selalu jugak bercerita dengan dia, adik nanti kena tidur dengan mummy, Zikry kena tidur kat bawah atas tilam ya. Zikry angguk saja. Yelah ,konon macam faham la tu.

Satu lagi rutin Zikry lepas dia dah wean off susu badan ialah minum air masak sebelum tidur. Selagi dia belum tidur, selagi itulah dia ‘dok’ mengulang minum air masak. Botol air dia mesti kena letak dekat tepi katil. Kadang- kadang malam nanti dia bangun minum lagi.

Tengah taip entry ni tengok hari ini dah 8 October.  Unborn baby @ adik ZIkry dah nak masuk 7 bulan dalam beberapa hari lagi. Ada lagi 2 bulan berbaki. Sekejap betul masa pantas berlalu dah nak merangkak masuk 2015. Bersediakah aku? Hmm..adalah lebih kurang 60%. .Persediaan yang aku dah listkan termasuklah :
  • 1    Persediaan menyambut adik Zikry pada bulan December ni.
  • 2.    Financial planning 2015 – langsaikan semua hutang.
  • 3.    Rumah baru – lokasi
  • 4.    Arah tuju bisnes dan bisnes yang baru.





Memandangkan ada orang baru kecik ni nanti, maka perbelanjaannya mungkin bertambah dari segi keperluan ‘pampers’ dan saving . Dari segi susu, aku memang menetapkan hanya susu ibu sahaja yang diberikan. Dan harapannya juga zikry  tak pakai pampers 2015 nanti. Sekarang masih praktis potty trained. Zikry dah boleh bagitahu bila dia nak berak tetapi tidak kencing. Rasanya dia masih selesa kencing dalam pampers lagi.

Untuk kami pula suami isteri, banyak juga perancangan dan perubahan rutin yang bakal berlaku. Harap agar dipermudahkan segalanya. Masa berubah. Diri juga kena berubah. Kita bukan pokok, statik di tempat yang sama. Penambahbaikan suasana rumah bakal membantu anak-anak dalam proses tumbersarannya.

Begitu juga proses pencarian ilmu dan pengalaman. Misi menghabiskan baca buku ilmiah setiap hari tanpa gagal.sekarang tengah queue buku ‘feed a starving crowd' (download ebook & print) . Lepas ni nak beli buku Ulu Yam Di Liverpool 2. Buku tu kalau baca macam novel dah. Syahdu betul!
 



 Amin, mudah-mudahan diperkenankan Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...