Kulit buku |
Buku yang ditulis oleh Chef Li bertajuk : Petunjuk Jalan Kekayaan adalah buku kedua yang
ditulis oleh beliau mengenai jatuh bangun beliau dalam bisnes kilang
menghasilkan daging burger. Kejatuhan bisnes beliau bermula mesin dan peti
sejuk yang menyimpan daging burger yang diproses telah rosak. Dari situ ,
kilang beliau gagal untuk meneruskan pengeluaran kepada agen-agen distributor
daging burgernya dan menyebabkan beliau rugi dan jatuh terduduk .
Dari situ, hidupnya beliau
makin berkecamuk dan akibat dari kerugian itu, rumah beliau telah disita. Bermulalah
episod duka dan Chef Li membawa diri dari kecamuk fikiran dengan berbasikal dari
Tanjung Malim ke Morib. Sepanjang perjalanan, beliau banyak menemui peristiwa
aneh dan pemandangan yang menginsafkan.
Antara yang aku ingin kongsikan
dari buku ini ialah 6 kunci kekayaan
yang beliau dapati dari Jutawan dari Indonesia yang beliau temui di Bogor.
Kunci kekayaan yang pertama :
Mempunyai usaha yang mendatangkan wang
Terkadang
kita bermonolog sendiri, kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak
memperkayakan diri sendiri. Kekayaan ialah hasil pekerjaan kita sendiri iaitu
praktis bukan sekadar hasil menungan atau imaginasi. Setiap hari kita berusaha
dan bekerja untuk mengkayakan orang lain. Anak isteri kita bahkan seluruh
keluarga kita tidak membantu untuk kita menjadi kaya, sebaliknya mereka turut
membantu untuk mengkayakan orang lain.
Sebenarnya
pendapatan yang kita perolehi kita masukkan ke dalam kantung orang lain dan secara
tidak langusng mengkayakan mereka. Siapakah mereka itu?
·
Penjual
sayur, ikan, daging di pasar
·
Pengusaha
restoren
·
Doktor
yang merawat anak-anak kita
·
Pengusaha
pakaian
Dan
berpuluh-puluh orang yang mengambil pendapatan kita hampir keseluruhan hingga
tiada yang berbaki kadangkala.
Kunci
kekayaan yang kedua : Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian dari
pendapatan secara berterusan
“
Tidak akan kaya sampai kapan pun jika anda tidak mula menyimpan . Simpan
sebahagian dari pendapatan kamu..”
Walaupun
kita kadangkala dapat menyimpan hatta RM50 sekalipun hari ini, ini bermakna
kita telah menjadi kaya dari hari semalam. Apabila esok ini kita dapat
menyimpan RM50 lagi, kita telah kaya sekali ganda dari hari ini dan begitulah
seterusnya. Menyimpanlah dan teruskan menyimpan hingga kita menjadi kaya dari
rakan-rakan kita yang tidak menyimpan.
Biasanya
apa yang berlaku, kita hanya menyimpan bila kita ada wang yang berlebihan dan
kadangkala kita tidak dapat menyimpan pun hingga perbelanjaan kita negatif dari
hasil pendapatan kita. Apa yang kita
perlu lakukan, menyimpan atau menabunglah sebelum berbelanja dan kita
boleh melakukannya jika kita mahu.
Jangan
fikir jumlahnya tetapi fikirkan bagaimana untuk menyimpan secara berterusan.
Disiplin harus ada untuk menabung untuk menjayakan dan jumlah itu kita simpan
untuk dilupakan.
·
Simpan
1/10 untuk dilupakan
·
Simpan
1/10 untuk membayar hutang
·
Simpan
1/10 untuk berzakat atau sumbangan kepada agama dan masyarakat
·
Gunakan
1/10 untuk diri sendiri
·
Gunakan
1/10 untuk ibu bapa dan ibu bapa mertua
·
Gunakan
2/10 untuk keluarga
·
Laburkan
2/10 untuk digandakan semula
·
Laburkan
1/10 untuk perniagaan yang sedia ada
Kunci
kekayaaan yang ketiga : Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang menguntungkan
Menggandakan
wang adalah melaburkannya semula ke dalam perniagaan supaya keupayaan menyimpan
kita bertambah. Pelaburan mestilah untuk jangka masa panjang seperti dalam
bidang hartanah, saham, pertanian, pembuatan atau perdagangan dan kita perlu
melabur dengan berani, sabar dan bijak.
Kunci
kekayaan yang keempat : Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
·
Membayar
zakat
·
Menggembirakan
orang tua
·
Menolong
kerabat
·
Bersadaqah
·
Berinfaq
·
Amal
Jariah
Kunci kekayaaan
yang kelima : Jangan berhutang dan jangan memberi hutang
"Jika
kita berhutang ibarat kita menyalakan benih api yang memakan secara perlahan..” Ibarat api dalam sekam. Apabila kita memberi hutang, kita telah menyemai benih
persengketaan yang bersemarak bila si peminjam tidak tidak mahu atau gagal
membayar balik hutangnya. Dari situ terserlah personaliti seseorang. Lebih
bahaya lagi jika melibatkan saudara- mara, adik beradik, kawan-kawan yang
secara tidak langsung menjejaskan perniagaan kita.
Jika
kita ingin membantu atau ada yang mahukan pertolongan, berilah dalam bentuk
sedekah, infaq semampu kita atau dilupakan sahaja hutang-hutangnya. Bila kita
bersedia untuk mermberi hutang, maka kita perlu bersedia dileburkan wangnya
andaikata mereka tidak membayar seperti yang dijanjikan.
Kunci kejayaan
yang keenam : Berdoa, bertaqwa dan bertawakkal
Setelah
kita berusaha maka hendaklah kita berserah diri kepada Allah dengan penuh
tawaduk dan berharap setiap usaha kita mendapat keberkatan dari Allah, Maha
Pemberi Rezeki. Kekayaan tidak akan dimiliki oleh orang yang gelojoh dan tidak
sabar. Kekayaan itu bukan mistik dan tiada jalan pintas untuk menuju kejayaan.
Ia harus di amalkan dengan penuh sabar dan istiqamah. Pastinya kekayaan itu ada
banyak rintangan, halangan, cobaan dan kesilapan bahkan kegagalan sementara. Semua
amalan kunci kekayaan harus dipraktiskan sungguh-sungguh.
nak cari jugalah buku nih
ReplyDelete