Skip to main content

MENUNGGU KELAHIRAN KHALIFAH KEDUA PERMATA HATI NOOR NADIRA & MUHAMMAD YUSOF



Kebiasaan bagi setiap malam buatku ialah menulis ataupun menaip apa sahaja yang berada dalam minda ku. Apa yang ku ingin kongsikan ialah mengenai kandungan kedua ku yang sudah mencecah 27 minggu. Ini bermakna tinggal berbaki 13 minggu lagi perjalanan bayiku ini dari alam alam rahim dan keluar melihat dunia.

          Kandungan kedua ini adalah menepati rancangan kekeluaragaan kami dimana kami menetapkan untuk mempunyai anak kedua setelah Az Zikry Haq berumur 2 tahun dan aku dapat menyusu sepenuhnya sehingga dari 0 hari hingga ke 21 bulan. Aku terpaksa memberhentikan penyusuannya setelah kandungan ini berusia 12 minggu lantaran aku tidak berdaya untuk menghadapi proses penyusuan serta keletihan mengandung pada bulan puasa.

Selain dari itu, matlamatku untuk membiasakan Zikry untuk tidur sendiri tanpa bantuan susu. Ini dapat mengajarnya proses berdikari dan meneruskannya selama 1 bulan sehinggalah Zikry benar-benar ‘wean off’. Nampaknya Zikry boleh menerima ‘takdir’nya dengan selesa dan gembira. Kami menggantikan keperluan susu itu dengan member susu segar seperti HL dan Dutch Lady.

Alhamdulillah, dia sangat menyukainya. Anak ini sangat tidak banyak karenahnya dan aku amat bersyukur dikurniakan anak sepertinya dan tiada masalah dari segi pemakanannya kerana ZIkry boleh memakan apa sahaja kecuali masam yang terlampau . Kami juga mengawal pengambilan gula yang berlebihan buat Zikry kerana dia masih berumur 2 tahun dan tidak mahu dia menghadapi ‘ Sugar Rush’ dan akhirnya susah nak tidur malam akibat terlampau aktif.

Untuk kali keduanya, perasaanku dan persediaanku untuk menunggu kelahiran adik Zikry sangatlah dinanti-nantikan. Kami suami isteri merancang untuk mendapat anak perempuan. Aku berpengalaman menjadi baby sitter selama 3 bulan untuk anak sahabatku, ketika itu Zikry baru berusia 3 bulan dan Syaqireen pula 5 bulan. Memang bagiku agak mencabar tenaga dan pengurusan masa dapat membantu menangani bayi-bayi licik ini. Aku sangat bersyukur dikurniakan peluang untuk aku menghadapi 2 anak kecil sekaligus dan aku yakin aku mampu menjaga jika aku ditakdirkan mempunyai 2 orang anak suatu hari nanti.

Allah sudah makbulkan. Hamdallah.

          Pada permulaan kandungan ku, firasatku kuat menyatakan bayi yang sedang ku kandung ini adalah bayi perempuan. Aku dan suamiku mula mencari-cari nama yang sesuai dan unik untuk diberi kepada anak kami yang kedua ini. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kandunganku diwaktu itu sudah 5bulan. Aku rasakan terdapat persamaan kandungan kedua ini dengan yang pertama dahulu. Perutkumulai naik mencanak ketika 5 bulan tetapi kali ini adiknya terlebih dahulu menghadiahkan  ‘kick’ pada usia kandungan 13 minggu. Sungguh cepat! Adakah dia berjantina lelaki?

          Aku ajukan perasaan itu kepada suamiku, tetapi suamiku dengan positifnya mengatakan ‘ jangan risau I pasti dia perempuan! Hehe. Aku senyum dan berdiam diri. Hmm mungkin ya, mungkin tidak. J. Tidak mengapa, 24 minggu nanti ada detail scan jadi kita akan tahu siapa yang betul. Yeah!

          11 September 2014, kami menghadirikan diri untuk appointment detail scan dan 3D scan di Hospital UMRA. Sampai giliran kami, doctor yang ‘in charge sangatlah pemurah senyuman dan sempat memuji Zikry kerana berkelakuan baik. Zikry pula tak sabar nak tengok adik dia kat TV katanya. Doktor pun mula meletak alat ultrasound dan gel di perut di bawah pinggangku dan Nah! Nampak muka adik Zikry yang sedang memejam mata sambil menyandar kat perut. Adakala dia meliuk lentok berpusing kiri dan kanan, mengangkat kaki nya dan sejurus lepas itu doctor dapat menangkap sesuatu!

Ha! Nampak ni, dia tunjuk dia punya! Aku pun berkata, apa dia doctor? Tu dia punya, kata doctor. Aku bertanya, Boy ke doctor? Ya, boy! Aku pun terkesiama dan ketawa kuat-kuat dalam bilik itu. Suamiku pun turut tergelak sekali. Sekali BOY la! Betul telahanku. Aku dapat rasakan persamaannya dan wajah mereka hampir serupa terutamanya dahi yang mewarisi Abahku dan hidungnya persis Daddynya. Anakku!

Sejak dari itu, aku mula merinduinya. Setiap malam akanku lihat wajahnya dan abangnya juga. Harapan Mummy dan Daddy supaya adik Zikry sentiasa sihat dalam alam rahim dan apabila keluar melihat dunia. Mummy sedang belajar proses kelahiran yang menjanjikan kenyamanan buat kita berdua. Kalau boleh, Mummy tak nak sakit lama-lama dan boleh bawak anak Mummy pulang dari hospital dengan cepat.

Amin! Aku kongsikan beberapa gambar 3D scan unborn baby @ adik Zikry buat tatapan diri sendiri dan kawan-kawan. 









Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...