15
October 2014 ada monthly checkup untuk minggu ke 29. Wow! Selamat datang ke
trimester ketiga! Sekejap betul lah masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk
hujung tahun. Ramai pula yang bersalin waktu begini tambahan pula kawan-kawan
ada yang baru nak menimang anak pertama, ada pula yang masuk kedua (macam aku).
Harap dipermudahkan semuanya.
Disebabkan
appoiment pukul 9pagi, maka aku sampai dalam pukul 8.30 pagi. Mak oi! Dah ramai
penuh pulak parking kat klinik ni. Seperti kebiasaaan aku lagi suka parking di
luar, kalau di dalam terpaksa double park dan terpaksa announce pula kalau
kereta kena block. Berjalan jauh sikit tidak mengapa. Umpama senaman jugak kan.
Sampai-sampai
terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil. Lebih kurang pukul 9.45
pagi baru dipanggil untuk ujian air kencing. Masuk tandas klinik tu, ada yang
tak flush pulak lepas kencing tu, sebab flush tu rosak pada pemegangnya. Jadi
mereka tiada inisiatif pulak nak menjirus. Ish ish ish! Aku pun jiruslah dulu
sebelum keluar, nanti orang ingat aku yang tak senonoh tadi. Hihi!
Lepas
ujian air kencing dan ambil darah, maka duduklah aku kembali untuk tunggu
giliran konsultansi. Leibh kurang pukul 11.15pagi barulah nomborku dipanggil.
Nurse pun suruh ambil berat badan terkini dan check perut. Kali ini, nurse
pelatih yang memeriksa perut. Di tekan-tekan untuk mencari kepala bayi dan
mencari point untuk check heartbeat baby. Aku biar diperlakukan sebagai bahan
ujikaji (cewah!) asalkan tak sakit sudahlah.
Jadi melihatkan heartbeat baby baik
dalam range 153/ minit dan kepalanya berada di bahagian kiri perut. Maka
kondisiku dikira terbaik. Oh ya, ketinggian rahim adalah selari dengan minggu
kandunganku sekarang 29 minggu. Alhamdulillah, syukur.
checkup 29minggu .Alhamdulillah HB kembali normal 11.3. Yihaa!! |
Dalam
sesi konsultansi, nurse periksa semula keputusan minum air gula 2 minggu lepas.
Alhamdulillah sekali lagi,ia normal! (kan dah kata!) Bila di periksa berat
badan, aku tidak mencapai berat badan yang diperlukan iaitu 2kg/sebulan. Sejak
berat naik mendadak tu, aku cuma mencapai kenaikan 1.5kg sahaja dalam sebulan.
Jadi 60.6kg.
Keputusan MGTT. Sebelum minum air gula 4.3 dan selepas 2 jam minum air gula 6.1. Di paras normal OK! |
Ait! Rasanya dah makan banyak dan berselera pulak tu. Mana ada control
makan pun, rasa nak makan, makan ajelah. Takpelah baby, nanti mummy makan
banyak lagi ya. Bila dah masuk trimester ketiga, aku dah mula rasa kepenatan.
Bila tidur pulak, rasa sakit kat tulang lingkungan pelvis dan di daerah yang
berkenaan. Beban semakin bertambah tetapi aku masih boleh berdiri lama dan
berjalan.
Sekarang dah boleh mula kira
gerakan baby dalam perut. Setiap hari dalam tempoh 12 jam mesti ada 10 gerakan.
Gerakan ringan macam menendang dikira 1 kali dan gerakan memusing seperti dia
bergerak pantas dalam masa beberapa saat pun dikira 1 kali. Bermula dari pukul
9 pagi hingga 9 malam sebab kalau lebih pukul 9 malam si ibu biasanya sudah
masuk tidur . Dah tak perasan baby bergeliut dalam perut.
Kali ni macam suka shoping je :-P. Lepas ini
to do list memang nak beli barang keperluan baby dan mumy mengikut saranan
nurse kenalah bersedia JIKA baby pramatang dilahirkan. Harapannya baby mumy ni
baik-baik saja. Aku dah set dalam minda untuk bersalin 26 December 2014 di
Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8, Putrajaya. Aku berazam untuk
mengadaptasi kaedah Hypnobirthing.
Sekarang
aku giat untuk berlatih cara pernafasan dalam kaedah Hypnobirthing. Aku akan
kongsikan mengenai Hypnobirthing serba sedikit nanti. Kaedah ini lebih kepada
mengawal pernafasan dan minda kita dalam proses bersalin nanti dari mula rasa
kontraksi( surge) hingga kepada melahirakan (crowning @ thinning) . Lepas tu
bila dah keluar, rasa lega dan tenaga masih ada lagi.
Macam orang tak bersalin
je gayanya bila tengok youtube, sila search Mariah Hypnobirthing. Beliau pandai
mengawal pernafasan dan mukanya sangat ceria dan sihat lepas bersalin hinggakan
boleh berjalan seperti biasa. Tiada episiotomy (kaedah gunting di perineum) dan
ubat-ubat pelali untuk menahan kesakitan. Hebat dan salute saya untuk beliau!!
Oklah,
nanti sambung lagi.:-) . Selepas ini nak apoiment di Pusat Bersalin Berisiko
Rendah tu. Stay tune!
Comments
Post a Comment