Aku
menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for
apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr.
Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah
melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.
Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan
sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4
hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon
oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura
positif dan sangat legaa!
Bila
disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’.
Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat
sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula
program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang
uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi
barisan paling hadapan iaitu paling dekat dengan pentas.Kami tidak dibenarkan
duduk dengan kawan yang sama dan mesti berkenalan dengan orang lain. Selama 4
hari , terasa semua peserta dalam dewan tersebut umpama saudara sendiri!
Kalau
nak cerita pasal IMKK ni , memang terlalu panjang dan banyak nota-nota penting
yang tercatat sepanjang program ini. Apa yang ditekan ialah BACK to BASIC.
Kenali diri sendiri, kenali musuh dalam diri, perbetulkan aura dalam diri dan
kita akan semakin hampir dengan kejayaan.
Dalam
waktu program kami diwajibkan menyenaraikan 101 matlamat dalam hidup dan perlu
diselesaikan dalam ‘timeframe’ yang ditetapkan. Menurut DAO [Dr. Azizan Osman]
orang yang berjiwa kecil akan ‘stuck’ pada matlamat nombor 64 kerana
kebiasaannya peserta sudah kehilangan idea untuk menulis impian atau matlamat
lagi. Cubalah buat !
Mungkin
aku akan berkongsi tentang program IMKK yang aku hadiri ini dengan lebih terperinci
dan aku ingin sematkan 101 Matlamat ini dalam blog ini supaya aku sentiasa
berada dalam VIBE POSITIF dan terus- menerus megejar impianku. Jauhkan diri
daripada ‘DREAM STEALER!’
101 IMPIAN KU. YA ALLAH PERKENANKAN LAH!
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
1.
Saya mendapat RM 1 Juta
dalam akaun saya pada 1 Mei 2015
2.
Saya dapat menyewa rumah di
sekyen 10 ,Putra height pada Ogos 2014
3.
Saya dapat membeli rumah
yang saya sewa pada Mei 2015
4.
Saya dapat menjual rumah
saya flat saya sekarang pada harga RM100,000 pada tahun 2015 dan membeli 1 unit
rumah di The Glades, Putra Height dan semua adik beradik saya boleh tinggal
disitu dan ibuabah saya.
5.
Saya dapat membeli tanah di
Bukit lanchong untuk tujuan pertanian pada 2015.
6.
Saya dapat memsponsor suami
untuk lasik surgery RM8,000 dengan Profesor Dr. Muhaya di Prince Court pada
tahun 2015
7.
Saya mendapat anak kedua
jantina perempuan pada tahun 2015
8.
Saya dapat menyelesaikan
hutang RM160,000 pada tahun 2015
9.
Saya menjadi isteri
solehah, ibu yang baik, anak yang mengenang jasa, kakak yang prihatin, kawan
yang sentiasa mengambil berat dan menolong kawan.
10. Saya menghantar anak-anak saya disekolah yang
terbaik dan menguasai 6 bahasa dunia dan menguasai muzik
11. Saya menguasai muzik dan dapat menggubah lagu
sendiri.
12. Saya dapat membeli Aston Martin secara CASH
2016.
13. Saya dapat menyelesaikan hutang PTPTN adik
beradik saya, adik ipar saya, kes muflis abah mertua saya.
14. Saya mempelajari ilmu baru setiap hari dalam
pelbagai bidang.
15. Saya mendapat CERTIFIED NEUROLINGUISTIC
Programming {NLP} PRACTITIONER Di Shah Alam.
16. Saya dapat mengembangkan bisnes Jabatan Fesyen
& Sweet Sensation Confectionery dan
mempunyai kilang baju sendiri di Indonesia dan Malaysia.
17. Saya sentiasa mencabar diri saya dengan skydiving,
paragliding di Bukit Jugra, dan bungy jumping di Krabi.
18. Saya Berjaya mendaki gunung kinabalu pada tahun
2016.
19. Saya Berjaya mendapat lessen scuba diving PADI
die Pulau Tioman pada tahun 2014 melalui kawan saya Muhammad Sulhan dan Nurul
Ain.
20. Saya Berjaya scuba diving di pulau-pulau seluruh
Malaysia , Maldives dan Mauritius.
21. Saya Berjaya menjadi Graduan UNIVERSITY OF LIFE
DR AZIZAN OSMAN bersama suami saya, Muhammad Yusof Yaakob.
22. Saya Berjaya membuka EMPAYAR BISNES pada tahun
2016.
23. Saya Berjaya menjelajah ke seleruh Negara
didunia kecuali Kutub Utara dan Kutub Selatan .
24. Saya Berjaya berinfaq ke jalan ALLAH sebanyak
RM100,000 sebulan secara konsisten.
25. Saya Berjaya mengadakan tabungan untuk
pendidikan anak –anak saya sebanyak RM1 Juta seorang.
26. Saya Berjaya mempunyai WISMA dan ribuan staff
yang komited .
27. Saya dapat mengikuti kursus di MINDVALLEY secara
konsisten setiap tahun.
28. Saya dapat mengikuti semua seminar @ kursus
Faisal Abdullah, Aqif Azizan dan ABS business School.
29. Saya Berjaya mengajak dan berkongsi dengan kawan
–kawan saya untuk keluar dari kepompong MAKAN GAJI kepada BISNES.
30. Saya Berjaya menghafal QURAN serta maksudnya
selama 5 tahun.
31. Saya Berjaya mendidik anak saya membaca, mengira
dan mengaji pada usia 3 tahun.
32. Saya dapat berkawan dengan orang yang berjiwa
jutawan ,hartawan dan dermawan.
33. Saya dapat membawa 2 keluarga saya seramai 17
orang untuk pergi ke umrah pada 2015.
34. Saya dapat pergi ke Switzerland untuk berjumpa
kawan lama saya pada 2015.
35. Saya Berjaya mendidik anak mengikut buku ‘how to
carrying your child from 0-5 years old untuk setiap anak saya.
36. Saya dapat membeli handpone dan IPAD paling
latest dalam tahun 2015.
37. Saya Berjaya mencapai SALES RM1 juta sebulan dan
meningkat setiap bulan.
38. Saya menjadi THE WORLD GREATEST WIFE to my
husband Muhammad Yusof .
39. Saya Berjaya membaca sebuah buku inspirasi
setiap hari sehingga habis.
40. Saya Berjaya mendapat 4 orang anak dalam masa 4
tahun akan datang. 2 lelaki dan 2 perempuan.
41. Saya Berjaya membuka kiosk koko TOK ABA BOBOIBOY
di Manjung Perak dan Putra Height.
42. Adik beradik, adik ipar ,biras akan melibatkan
diri dalam empayar bisnes saya kerana mereka masih makan gaji kecuali saya.
43. Saya berjay membantu saudara mara saya yang
miskin dan saya mahu membelikan rumah lengkap dengan perabot di Tanjung Karang
/ Batu Caves / Shah alam. Semua akan duduk di Putra Height. Putra height tempat
saya akan membina empayar bisnes saya.
44. tahun 2015, saya akan membuka office pertama
saya di SKYPARK, ONE CITY , PUTRA Height.
45. Saya mempunyai mountain bike dan cycling di
Sabah pada tahun 2014.
46. Saya dapat menghadiri RKMJ pada 3-6 April di
MIECC sekali lagi 2014.
47. Saya Berjaya tersenyum dan menahan amarah saya
dengan konsisten. :-D
48. Saya , suami ,anak dan keluarga saya Berjaya
travel ke Melbourne ,Australia pada hujung tahun 2014.
49. Saya Berjaya membuka 1 tadika ABS di Manjung Perak pada 2015.
50. Saya Berjayamembuka 3 kedai dobi ABS di Manjung / sitiawan ,Perak
pada Disember 2014.
51. Saya Berjaya membuka central kitchen untuk Sweet
sensation pada disember 2014 dan mempunyai 5 orang pekerja .
52. Saya Berjaya mendapat tapak untuk berniaga
bazaar ramadhan di Subang Jaya pada
tahun Jun 2014.
53. Saya Berjaya bersalin di hospital yang mahal
dengan konsep bersalin dalam air.
54. Saya Berjaya menyusukan semua anak-anak saya
sehingga 2 tahun.
55. Saya mengekalkan kesihatan dan membeli produk
Shaklee setiap bulan dan menggunakan secara konsisten.
56. Saya Berjaya mencari 100 orang ejen yang komited
Sweet Sensation dalam masa 2 bulan dari sekarang.
57. Saya Berjaya mencari rakan niaga dan 250 orang
dropship / agen dalam masa 6 bulan untuk memastikan JABATAN FESYEN~ the lowest
price tag department terkenal .
58. Suami saya Berjaya berhenti kerja dengan AMBANK selepas
bonus bulan 6 ini dan kami sama-sama berbisnes tanpa rasa takut rugi, takut
kehilangan pendapatan. Yang penting kita REDAH dengan ELMU.
59. Saya Berjaya membuktikan kepada kawan-kawan saya
yang saya adalah LUAR BIASA.
60. Saya Berjaya berenang pada tahun 2014 .
61. Saya Berjaya memasak masakan yang sedap untuk
suami dan anak saya setiap hari.
62. Saya Berjaya memberi RM10,000 sebulan kepada ibu
dan abah saya setiap bulan.
63. Saya Berjaya memberi RM10,000 sebulan kepada mak
dan abah mertua saya setiap bulan.
64. Saya Berjaya membayar deposit Rm12,000 dan
menyewa rumah dan membayar sewa rumah untuk 12 bulan bermula Ogos 2014-2015
sebelum saya jadi jutawan pada Mei 2015.
65. Saya Berjaya mempunyai apps untuk bisnes JABATAN
FESYEN DAN SWEET SENSATION untuk kemudahan membeli belah secara online pada
tahun 2015.
66. Saya Berjaya menjadikan ROMPAROMPEE sebagai the
largest gift store and largest dropshiper WORLD WIDE seperti Artsnow.com
67. Saya dapat menari setiap hari untuk menambah
energy seperti IMKK bara3 bere3
68. Saya dapat pergi spa dan facial treatment setiap
2 minggu sekali
69. Saya dapat melangsaikan semua hutang PTPTN adik
beradik, adik ipar saya.
70. Saya dapat makan malam bersama keluarga dan
sahabat rapat saya di Marini’s on 57 di Level 57, Tower 3 KLCC pada tahun 2015
71. Saya dapat menaiki jambatan di KLCC pada Oktober
2014 bersempena ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ketiga tahun.
72. Saya Berjaya membeli Jam tangan BONIA berharga
RM1,000 pada tahun ini.
73. Saya Berjaya membantu klinik veterinar kawan
saya SERVE-U veterinary clinic & surgery hingga dia memperoleh RM1 juta
setahun dengan memperkenalkan program Platinum Dr. Azizan Osman. J
74. Saya dapat memberikan hadiah yang terbaik setiap
kali kelahiran, birthday kawan-kawan ,anak kawan, keluarga ,adik beradik
,ibubapa saya, anak-anak dan suami saya.
75. Saya Berjaya mengadakan kenduri aqiqah anak saya
dirumah baru yang kami akan duduki nanti di seksyen 10 , Putra Height ,Subang
Jaya.
76. Saya Berjaya membuka kilang baju saya sendiri di
Malaysia dan Indonesia pada tahun 2016.
77. Saya Berjaya menjadi TRADER untuk pelaburan
saham pada tahun 2015.
78. Saya Berjaya membeli 10 buah rumah dan lot kedai
pada tahun 2016.
79. Saya dapat berbakti kepada Rumah ORang tua-tua,
Rumah Anak-anak yatim, keluarga miskin yang tersisih, gelandangan disekitar
saya.
80. Saya Berjaya menjadi orang yang member manfaat
kepada orang lain, tidak kisah dari segi wang, pertolongan ,nasihat, senyuman ,
sedekah, infaq dan sebagainya asalkan ia mampu memberikan ketenangan dan
kegembiraan kepada insan lain.
81. Saya dan suami Berjaya menghantar anak-anak kami
belajar di sekolah cina.
82. Saya dan suami Berjaya menghantar anak –anak
belajar di pesantren terkemuka di Indonesia sehingga mereka menjadi
professional dan boleh berbakti kepada masyarakat
83. Saya dan suami Berjaya mngekalkan romantik dan
kasih saying sehingga nafas yang terakhir.
84. Saya dapat mengumpulkan adik beradik, saudara
mara, rakan bisnes saya di sekitar putra height.
85. Saya berrjaya menjadi seorang yang rajin dan
komited kepada setiap sesuatu yang saya lakukan dan saya akan buat sampai jadi
, sampai habis dan alang-alang jadi biarlah sampai gempak!
86. Saya Berjaya menulis 10 buku hasil dari
penulisan saya sendiri berkaitan dengan SURIRUMAH BERBISNES , STAY AT HOME MUM
dan motivasi bisnes.
87. Saya Berjaya menghabiskan 100 buah buku untuk dibaca
pada tahun 2015
88. Saya Berjaya membina sebuah playground untuk
anak saya dirumah bermain.
89. Saya Berjaya menolong agen-agen saya untuk jadi
kaya seperti saya.
90. Saya dapat memdidik anak saya tentang bisnes dan
membuatkan ibubapa saya bangga dengan saya kerana saya seorang yang menongkah
arus untuk beralih dari makan gaji kepada berbisnes.
91. Saya dapat belanja semua staff –staff saya dan
member reward kepada mereka diatas kesetiaan dan komitemen mereka dalam
menaikkan bisnes saya.
92. Saya Berjaya menjadi wanita serba boleh, berani
mengambil risiko dan sentiasa menjadi yang terawal untuk membuat sesuatu
perkara.
93. Saya sehidup semati ,susah dan senang bersama
suami saya.
94. Saya seorang MULTITASKING WOMEN.
95. Saya Berjaya menjadi guru yang terbaik kepada
anak-anak saya.
96. Saya Berjaya menjadi tukang jahit untuk
baju-baju sendiri.
97. Saya Berjaya membawa keluarga saya bersiar-siar
ke tempat yang mereka inginkan .
98. Saya dapat melihat Malaysia yang aman sejahtera
dan hidup dalam cara ISLAM 100% pada tahun 2020
99. Saya Berjaya menjadi sebahagian dari orang yang
mendekati masyarakat dan membawa mesej perpaduan dan keamanan.
100. Saya dapat melihat rakyat
Malaysia mempunyai generasi penerus yang cemerlang.
101. Saya Berjaya memperoleh
semua impian –impian ini sebelum saya mati.
ALHAMDULILLAH
P/S : Ada yang aku tak tercapai dalam tahun ini dan aku pasti aku MESTI mendapatkannya!
Mempunyai impian adalah langkah pertama untuk menjadi insan yang berjaya. Tahniah sayang.
ReplyDeleteYou are my inspiration, bebeh. Sama- sama kita realisasikan nya, OK? :-)
DeleteInsya allah awak bolehh tiada yang mustahil jika kita berusaha "man jadda wa jadda" haa gituu.. apa yg belom dapat tu saya yakin dan pasti mesti boleh capai nanti malah lebih baik dari itu.... Aminnnn
Deletewow..
ReplyDeletealhamdulillah. Harap dah capai sekurang2nya 3 dari 101 impian anda. Tahniah!
ReplyDeletesalam tuan..nak tanya,selepas tulis 101 tu..kita kena baca setiap hari ke?
ReplyDelete