Skip to main content

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out.
Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot.
Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini.
Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebarangkalian dia juga akan terkena juga. Malah lebih teruk pun boleh terjadi.
Wad 8B, bilik 30.
Biliknya sejuk dan pemandangan yang mendamaikan dari atas. Nampak sayup -sayup deretan restoren-restoren dan butik fesyen di Seksyen 7.
Thoriq diletakkan dalam baby cot dan ada warmer disebelahnya untuk memastikan suhu yang besesuaian untuk bayi yang baru dilahirkan. Wad ini dilengkapi aircond dan 2 katil besebelahan. Hanya tirai yang memisahkan. Kelengkapan masih baru dan teratur.
Sepanjang 2 malam berada disini, dua orang Ibu silih berganti, berjiran denganku.
Ada si Ibu ini baru berumur 19 tahun.
Mudanya beliau dan mudahnya dia melahirkan. Gebu sungguh bayi perempuannya.
Suaminya baru berusia 22 tahun, berkerja di kedai membaiki telefon manakala dia sendiri bekerja di AEON Shah Alam.
Semasa baru masuk bilik 30 ini, si ibu muda yang ku panggil Ana, mahu ke bilik air untuk mandi. Dia minta suaminya yang diluar bilik air, untuk mengambilkan Pad.
Lalu si suaminya mencari-cari dalam beg isterinya dan mengambil pad itu dan seluar dalam. Aku menjeling-jeling ,melihat suaminya seperti kekok saja.
Kak, sorry tanya, pad ni nak letak macamana ya. Sorry bari first time. Hehe
Letak macam ni ke, kak.?
Aku pun menunjukkan cara-cara letak dan dia cepat faham.
Terima kasih kak.
Aku kagum melihat pasangan yang muda berkahwin. Mereka komited untuk memikul tanggungjawab sebagai ibubapa. Aku lihat mereka tak ubah seperti kakak dan abang menjaga seorang adik yang kecil. Muda sungguh!
hinggakan bila Ana mahu discas , Nurse yang melihat umurnya 19 tahun,
Nurse meminta Ana untuk membawakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah.
Bukanlah Nurse itu mahu berprasangka buruk, tetapi mungkin ini polisi juga.
Kerana banyak kes-kes pelik sudah berlaku.
hinggakan yang pelik sudah tampak normal pula dimata masyarakat.
Begitulah ragam kehidupan.
Ana dan suaminya berkahwin, Anak hanya PMR saja. Selepas itu , dia mengikuti kursus kemahiran dan dia berkahwin pada umur 18 tahun.
Ibubapa Ana tinggal di seksyen 24. Kakak Ana juga berkahwin muda, umur 22 tahun sudah mempunyai 2 anak.
--------
Di Wd 8B juga mempunyai bilik yang mempunyai 4 katil. Dipisahkan dengan tirai dan bilik air perlu dikongsi. Tiada aircond tetapi kipas yang cukup untuk memberi keselesaan kepada Ibu yang baru melahirkan. Segalanya tentang makanan di Hospital Shah Alam sangatlah sedap dan segar. Lauk yang dihidangkan kalau beli diluar mahu cecah belasan ringgit. Aku tahu sebab menu lauk tu aku selalu ambil. Terutamanya ikan.
Sepanjang 3 hari di Hospital Shah alam, segalanya bagus dan sistematik. Makanan sedap dan layanan yang baik dari Doktor dan Nurse.
Jiran katil bersilih ganti dalam 3 hari itu. Hati meronta nak balik kerana rindukan dua orang anak dirumah mertua. Mujur kata Mak, mereka senang dijaga kalau tak, resah juga memikirkan.
Aku mengambil peluang untuk tidur jika Thoriq tidur. Penat bersalin masih belum hilang lagi. Mengantuk usah dikira. Masa untuk pemulihan dari rasa sakit rengat dan terus menerus sesi penyusuan selang 2 jam amat memenatkan.
Seperti biasa jam 7 pagi , doktor dan nurse akan membuat round dari katil ke katil. Cleaner pula membersihkan bilik air dan membuang sampah. Di hospital Shah alam ni, lebih kurang 6 kali makan. Sarapan pada pukul 7 pagi, 10pagi, makan tengahari 12.30 tengahari, makan petang 5-6petang dan makan malam dalam 7-7.30 malam. Belum sempat lapar, makanan lain dah tiba.
Namun begitu, setiap sesi makanan ada tempoh masa dalam 1 jam. Jika makanan yang dihantar ke katil tidak berusik, staff tersebut akan mengutip semula dulang makanan yang dihidang. Sayangnya makanan itu jika si Ibu tidak makan. Manakah kamakan tu pergi? tong sampah? Atau diberi kepada pihak yang memerlukan?
Setiap 4 jam, ada nurse dan doctor review dan bertanyakan tentang kesihatan, periksa jahitan, bayi dah menyusu atau tidak, dah berak atau kencing. Si ibu pula doktor cek samada dah membuang air besar atau tidak, kadar darah pada Pad. Jika ada turun daraha maka itu menandakan ada masalah.
Jika di hospital Serdang, doktor lebih menitik beratkan tentang keadaan jaundis bayi tetapi di Hospital Shah Alam pula, mereka lembih menitik beratkan tentang gula dalam darah bayi. Semua pemeriksaan gula terhadap Thoriq adalah normal. Memandangkan pengalaman dua orang anakku mengalami jaundis, aku terpaksa bertindak proaktif bertanyakan tentang paras bilirubin Thoriq.
Darah Thoriq mula diambil untuk pemeriksaaa setiap 6 jam. Doktor mula mengambil thoriq untuk pemeriksaan darah. Keputusan akan didapati biasanya beberapa jam selepas itu.
'Puan Nadira, anak puan punya reading dalam 150, hmmm agak tinggi untuk baby yang baru umur kurang 48 jam. 'Puan tak boleh discas lagi untuk hari ini, doktor akan pantau lagi 24 jam. Jika bacaaan esok ada penurunan, baru boleh discas. - kata Nurse.
Hmm.. tak boleh balik lagi. getus hatiku.
Puan pastikan letak baby bawah lampu ya. Pakaikan pampers sahaja. Kita nak bagi kuning dia cepat turun, beritahu Nurse dengan wajah yang sentiasa melemparkan senyuman. Senyuman yang menghilangkan rasa sakitku.
Untuk Thoriq, 1 lampu fototerapi diperlukan kerana bacaannya dalam 150. Maka berlenggenglah dia bawah lampu, dimeniarapkan supaya bilirubinnya cepat pecah dan larut dalam darah.
Ada banyak variasi bacaan bilirubin.
Ada yang bacaan dalam bentuk ratusan.
Ada yang dalam bentuk belas-belasan.
Formulanya mudah, jika bacaannya 200 contohnya,
200 perlu dibahagi 17
Jawapannya : 11. 7
Ada sestengah hospital membenarkan bayi pulang jika bacaan nya dibawah 10 atau lebih kurang 150. Ia bergantung kepada umur bayi tersebut. Bacaan sepatutnya perlu 150 dan kebawah untuk bayi yang berumur 48jam selepas lahir.
-------
Mukanya dan badannya mula nampak kuning, namun tidak tinggi. Tangan ada kesan jarum hasil dari pemeriksaan darah selang 6jam. Inilah perkara yang selalu membuatkan hati si Ibu runtun. Sakit . Namun perlu kentalkan jiwa demi nyawa anak.
Jaundis, nampak normal tetapi bahaya jika paras bilirubin tinggi boleh mengakibatkan kecacatan otak, pekak dan sebagainya.
------
Keesokkan harinya, doktor yang memeriksa Thoriq membenarkan kami pulang. Bacaan bilirubin Thoriq mula menurun .Dari 150 ke 132. Tetapi aku tidak boleh gembira sangat kerana penurunan nya sedikit sahaja dan aku pula berdarah O. Biasanya Ibu darah O, anak pula darah selain dari O , sel darah mereka berlawanan.
Doktor minta untuk buat pemeriksaan susulan pada hari lusa untuk melihat bacaan bilirubin.
Belum bebas jaundis.
Tetapi bebas untuk pulang ke rumah.
yahoo!
Aku menghubungi suamiku dan menyampaikan khabar gembira ini. Aku sudah mula berkemas dari semalam kerana aku yakin dapat pulang hari ini. Bil hospital di berikan kepada ku dan perlu dijelaskan di kaunter bayaran terletak di Tingkat 1. Total bil selama 3 hari rm39 sahaja. Duduk 2nd class ward, tetap dicas dengan harga 3rd class ward. Syukur kerana aku tidak perlu duduk lama disini.
Jika sebelum ini 2 kali bersalin dan 2 kali juga aku perlu tinggal di hospital untuk menemani anak yang duduk di NICU. Kali ini tidak lagi.
Setelah selesai pembayaran, aku berjalan ke lobi Wad 8B untuk mengambil borang berkenaan untuk pendaftaran anak serta ubat demam dan tahan sakit, ubat untuk mencuci tali pusat dan hadiah-hadiah berupa pampers, lotion dan sebagainya dari pihak hospital. Nurse memberikan taklimat ringkas kepada setiap ibu yang akan discas. Aku pulang dengan gembira dan berterima kasih kepada Nurse atas layanan selama 3 hari dihospital ini.
Semoga jumpa lagi, kataku. Jumpa lagi? Mungkinkah ada seorang lagi?
Jeng, jeng,jeng!
Tahniah Encik dan Puan, dan selamat pulang, ucap Nurse kepada kami.
Tag ditangan ibu dan anak perlu ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum kami menuruni lif. Setelah beliau memerikasa buku biru bayi dan setelah berpuas hati, barulah kami dilepaskan untuk menuruni lif.
Si Ibu boleh memilih untuk berjalan saja atau jika tidak larat untuk berjalan, sang suami boleh mengambil kerusi roda di tingkat bawah. Aku memilih untuk berjalan kerana jika mahu ambil kerusi roda di bawah memakan masa, perlu menunggu lif dan kerusi roda pula terhad.
Ahh, jalan sajalah.
Sambil memangku Thoriq. Aku rasa bertenaga. Tiada masalah.
Jalan perlahan-lahan menuju ke tempat letak kereta.
Suami tawarkan untuk memdukung Thoriq tetapi aku tidak mahu.
Sampai dikereta, aku letakkan Thoriq dalam car seat. Lena tidurnya.
Dengan ini, bermulalah sesi berpantang selama 40 hari. Rutin diri yang diperbaharui.
Dengan adanya karenah sikecil ini.
Di mata, terbayang -bayang bagaimanakah reaksi abang-abangnya melihat adik kecil mereka pulang dari hospital.
Dulu didalam, sekarang sudah keluar.
Anak-anak sudah saangat rindukan mamynya.
Mamy dalam perjalanan pulang, sayang.
Selamat tinggal Hospital Shah Alam.
Meninggalkan memori yang terindah.
Terpahat diminda buat selama-lamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...