KISAH KELAHIRAN THORIQ UL HAQ MUHAMMAD YUSOF
8.36PM, HOSPITAL SHAH ALAM
3.6KG / SVD
3 OGOS 2017
8.36PM, HOSPITAL SHAH ALAM
3.6KG / SVD
3 OGOS 2017
Kisah kelahiran ku buat kali ketiga .
Pengalaman baru. Persekitaran baru.
Setelah 1 tahun berlalu, baru hari ini aku sempat memerah memori aku kembali untuk menukilkan pengalaman melahirkan anak ketiga kami. Lelaki. Paling berat dari kalangan abang-abangnya.

Aku perasan kehadiran mu, wahai anak bila aku lewat ‘period’ pada bulan November 2017. Pada mulanya aku sangkakan lewat seminggu, rupanya berlarutan hingga ke dua minggu. Jika diikutkan pengalaman lepas, biasanya lewat bermakna ada ‘sesuatu’. Seperti biasa, dengan perasaan teruja bercampur harapan, membeli pregnancy test kit di Guardian.
Seperti mana telahanku tepat sekali. Ada anak baru dalam rahimku. Tahniah anak kerana berjaya menerobos sempadan. Dikaulah sperma yang berjaya menembusi diantara berjuta-juta yang lain.
Proses mengandungkan sangat lancar dan menyenangkan. Aku masih boleh berlari dan berzumba dikala kandungan mencecah 6 bulan. Bagiku ia suatu yang sangat istimewa kerana aku inginkan proses kelahiran yang senang dan tidak memenatkan seperti yang aku pernah alami dahulu masa bersalin yang pertama. Jika orang kata makin banyak umur makin penat mengandung, bagiku pula ini yang paling bertenaga.
Kandungan yang ketiga ini EDD nya 29 Julai 2017. Walaupun dah mencecah 40 minggu, tiada tanda-tanda seperti ingin melahirkan. Aku masih gagah berjalan kesana sini dan menghadiri kenduri kahwin dan makan seperti biasa.
1 Ogos 2017,
Tiba nya 40 minggu dan 3hari . Masih tiada tanda-tanda lagi namun aku sudah mula rasa mahu cepat saja bersalin kerana tak sabar untuk memangku bayiku yang aku tahu dia akan datang tidak lama lagi. Perut pun sudah mula turun sejak kandungan 39 minggu lagi. Semua orang menegur. Tapi firasat ibu sentiasa benar. Aku tahu masih belum tiba masanya.

2 Ogos 2017
Checkup kali terakhir di KKIA,Puchong 13. Aku tahu kali terakhir sebelum esok atau lusa aku bersalin. Ya, sudah ada blood show sedikit. Aku gembira kerana ini menandakan bayi ku akan tiba tak lama lagi. Ada rasa sedikit senggugut manja dan masih boleh ambil parcel di poslaju. Firasatku mungkin malam ni akan mula sakit kuat.

Malamnya memang benar, aku rasa tidak selesa untuk tidur. Tidur-tidur ayam saja. Selang sejam dua aku ulang alik ke bilik air untuk buang air dan selang seli rasa cirit birit ringan. Badan mulakan proses mengosongkan usus dan pundi kencing untuk kelancaran bersalin nanti.
Aku putuskan untuk pergi ke hospital jam 5.30 pagi sebelum jalan mula sesak kerana orang keluar bekerja. Sang Suami bertanya adakah dia perlu untuk cuti hari itu. AKu pun tak pasti. Aku harap dapat bersalin tengahari.
Hujan rahmat pada pagi itu.
Hujan rahmat pada pagi itu.
Seusai sampai di hospital, azan Subuh pun berkumandang. Kami terus ke kawasan lobi Kecemasan/ Trauma/ Bersalin tingkat 3 untuk mendaftar. Guard yang menjaga bahagian kemasukan bersalin itu bertanya tujuan kesini dan menyatakan katil tiada namun aku boleh duduk dan menunggu di Patient Assesment Centre(PAC) nanti.
Aku sudah bersedia sebenarnya memakai seluar mesra bersalin, namun Guard itu berkata Hospital Shah alam tidak membenarkan polisi tersebut dan perlu membawa kain batik saja.
Malangnya aku tidak bawa sehelai kain batik pun, tetapi tidak mengapa kerana akhirnya akan dipakaikan kain pink dan baju pink bintik-bintik nanti.
Sampai PAC tingkat 3, Nurse bantu isikan borang seperti nama , alamat, IC dan tujuan datang kesini. Memandangkan ada blood show sejak semalam, Nurse membawaku untuk ujian CTG selama 15 minit. Setelah melihat graf CTG tersebut, Nurse memberi uniform pink untuk tukar dan naik terus ke tingkat 4.
Suasana ditingkat 4 meriah. Pagi-pagi jam 5.45 pagi tiada siapa yang ada dikerusi menunggu kecuali aku.
Mungkin tiada orang yang nak datang hospital pagi-pagi buta. Aku sempat mengambil gambar curi-curi untuk merakamkan detik manis ini.
Jika sebelum ini di Hospital Serdang, kali ini di Shah alam nampak semuanya baru dan tersusun.
Selang beberapa minit, datang seorang lagi si Ibu apabila Nurse check bukaannya sudah 4cm. Aku cuba untuk membantu dia mengalihkan sakitnya. Sesekali dia merintih sambil menahan sakit. Aku urut belakang pinggangnya untuk meredakan. Sempat aku bertanya, yang ni anak nombor berapa, dia menjawab no 4.
Sebelum ini kandungan ketiga dia mengalami proses caeseran. Dia cuba untuk berjalan-jalan dulu untuk mengurangkan sakit dan sesekali menangis. Aduhai kesian pula. Apa pula nasib ku selepas ini. Adakah aku akan seperti dia bila bukaan dah mencecah 4 cm? Sekarang masih 2cm lagi.
.
.
.
.
.
.
.
. Bersambung....
Comments
Post a Comment