Skip to main content

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017 - Bahagian 4

Fuhhh…Sakit gila ni. Dalam hati. Aku mengetap bibir sambil menarik nafas. Dalam 2 minit juga prosedurnya. Doktor perasan aku tahan sakit.
Teringat selepas doktor menarik keluar bayiku tadi, sebagai prosedur biasa, doktor akan bertanya kepada Si Ibu.
Puan dapat anak apa?
Sambil dia mengangkat tinggi bayi ku, tinggi dari aras pembaringanku. Selepas dipotong tali pusat.
Nampak seraut wajah anakku yang kemerahan, di mukanya penuh warna putih. Matanya masih pejam lagi. Suaranya nyaring menangis, tanda anakku sihat.
Anak lelaki. Yakin sekali aku menjawab. Minggu ke 21 kehamilan bila doktor di Klinik Ajwa itu membuat imbasan, beliau terus memberitahu,
Haa, nampak dah pistol. Menunjuk sungguh baby ini. Kami suami isteri terkedu.
Haa? yeke...
Dan akhirnya aku gelak sampai mengeluarkan air mata.
Air mata yang menghapuskan keyakinanku yang menyangka kandungan ku ini adalah perempuan.
Doktor yang membuat imbasan itu seolah mengerti perasaanku. Dia memeriksa buku pink ku dan cuba memujuk,
Tak pe puan. ini yang nombor 3 kan. Muda lagi ni, boleh cuba lagi. Mana tahu nombor 4 pula dapat perempuan.
Ahh, yang ini pun belum lepas lagi. Aku senyum saja. Tak pe, biar lah yang ni keluar dulu.Yang ni pun taktau apa pula fe'el nya nanti. Biar ku fokus saja apa yang ada.
Muka macam zikry, sayang, ujar aku kepada suamiku. Nurse membawanya bayi ku mendekatiku. Ku cium dahi Thoriq. Sedari dalam kandungan kami telah menamakan dia. Lain sikit dari abang-abangnya.
Lalu Nurse pun meletakkan seketika ke atas dadaku. Gedebuk! berat juga budak ni. 3.6,kg kan. Banyak makan lemang ketupat dia ni.
Harum bau air ketuban masih kuat. Bau syurga.
Comelnya.
Selepas sesi bonding, Thoriq dibersihkan dan diberikan kepada suami untuk diazankan. Suamiku diminta tunggu di luar. Di waiting room sementara doktor membuat prosedur seterusnya.
Mengeluarkan uri.
Ibu jari doktor itu diletakkan di pusat dan tangan digerakkan dengan kekuatan sederhana. Terasa senak digoncang begitu. Rasa kontraksi tanda pengecutan rahim bermula.
Dahiku berkerut menahan sakit.
Sakit ya, tanya doktor yang beruniform biru itu.Haah, sakit sikit. Tak mahu mengaku kalah.
Ini pertama kali aku rasa. Sebelum ini , cuma disuruh berdehem untuk keluarkan uri.
Tetapi kali ini ada goncang- goncang perut pulak. Perut masih kembung lagi, faktor buncit dan rahim masih kembang lagi.
Aku akan gunakan psikologi untuk menyiasat perbuatan doktor tadi. Lantas aku cuba mengorek peribadi doktor itu. Selepas menggoncang, doktor sambung untuk menjahit koyakan yang sedikit tadi. Tak terasa pun koyakan itu. Dan tak terfikir pun, yang penting dikala itu, bayi keluar cepat dan nak rehat. Itu saja.
Doktor dah kahwin ke, soalan pembuka bicara.
aku sengaja bertanya kerana kalau dia dah kahwin dan pernah bersalin pasti dia dahu betapa sakitnya prosedur tadi. Lalu dia menjawab, saya dah tua dah.
Ait, apa kena mengena, Ciss!
Aku rasa dia tahu apa yang bermain dalam fikiran ku. Dia tahu bukan itu jawapan yang aku mahukan. Yeke, saya nampak doktor muda lagi. Manis je. Aku cuba mengorek lagi sambil mengayat. Tangan doktor tu masih aktif menjahit.
Takdalah saya lagi tua dari awak, cewah. Doktor ni dalam percubaan merendah diri pula. Tetapi raut wajahnya memang muda. Awet muda barangkali.
Setelah selesai menjahit, satu suntikan syntometrin dipeha kiri diberikan untuk mengelakkan kejadian darah beku selepas bersalin.
(aku tanya pada saudara suami yang bertugas sebagai doktor berssalin,prosedur goncangan perut itu tadi dinamakan uterine massage. Goncangan :sila baca massage itu untuk membantu contract rahim kerana ada sesetengah kespost delivery, uterusnya tidak mahu mengecut, -uterus atony). Dan atas sebab itu. doktor membuat massage untuk bantu proses pengecutan rahim.
Setelah selesai, doktor pun minta diri untuk keluar dari labour room. Sempat aku ucapkan terima kasih kepadanya dan nurse yang membantu.
Sorry doctor sebab lama sangat tadi. Terima kasih doktor. kataku dengan rendah diri.
Sama-sama.
Takdelah , awak senang je, kalau patient sepuluh orang macam awak pun takpe. Ada patient yang melompat dari katil pun ada. beritahu doktor itu lagi.
Cubaan untuk memuji aku. Hidungku mula terkembang diluar kawalan seketika. Sebolehnya aku cuba memudahkan mereka. Kakitangan hospital sedaya upaya membantu walau mereka terpaksa mengorbankan waktu makan, waktu rehat mereka. Aku perasan doktor yang sama dalam 2 shift yang berbeza.
Ya allah tak penat kah engkau wahai doktor dan Nurse. Aku yang lihat ni pula yang rasa penat.
Setelah ditukarkan alas, dipakaikan pad, maka aku dibiarkan selama sejam didalam labour room yang kurang sejuk aircondnya. Berehat. Jam menunjukkan 9.30 malam.
Bagus jugak. Kalau sejuk, menggigil pulak. Nak tahan sejuk lagi . Nak tahan sakit lagi. Tiba-tiba aku rasa macam nak pitam dan rasa lapar.
Alamak handphone ada di seberang meja sana pula. Nak turun dari katil, rasa jauh pula. aku cuba bangun dari pembaringan.
Dah mula dah. Kaki dah mula rasa kebas. Nak angkat kaki rasa berat. Ini tanda darah dah banyak keluar. Mataku hampir nak tertutup, seakan bergoyang semua benda yang aku nampak. Ini perkara biasa selepas melahirkan . Aku tak mahu tidur. Aku harus makan dan minum dulu. Selepas ini bayi akan diletakkan bersama Ibu untuk disusukan. Jika aku tidak makan, bagaimana badan yang lemah mampu menghasilkan susu?
Aku terpandang meja sebelah kiri.
Wow air milo! Tapi jauh pula nak ambil. Nak panggil nurse, mereka pula diluar bilik.
Aku cuba bangun dan mula rasa badan lemah dari pinggang hingga ke bawah. Nak bangun pun perlu berpaut pada katil. Darah kotor mula mencurah-curah keluar.
Jangan pitam, jangan pitam. bisik aku dalam hati.
Tidak lama kemudian, nurse pun membawa masuk wheelchair dan aku dipindahkan ke katil pemerhatian no 13. Katil paling hujung sekali dekat dengan tandas dan bilik air.
Sempat aku melemparkan senyuman kepada ibu-ibu yang sedang duduk dikerusi sejak petang tadi bersama-samaku.
Senyuman ku berbalas walau mereka sedang menahan kontraksi.
Good luck kawan!
Dibilik pemerhatian, suami ku masuk.Jam sudah pukul 10.30 malam. Masa melawat sudah tamat tetapi dibenarkan seketika untuk membawa barang- barang yang aku perlukan.
Aku sempat menjamah makanan yang dibawa oleh suami. Sedapnya. Gelojoh aku makan. Suamiku menyuapkan makanan yang dibawa petang tadi, namun tak sempat makan kerana terus ke Labour room.
Yummy sedap lauk Mak masak . Aku dah banyak hilang tenaga. Jam 8.30pagi kali terakhir makan sarapan sehingga 10.30 malam. Hanya minum air mineral, biskut dan kurma saja.
Nurse bawa Thoriq dalam babycot. Nyenyak tidurnya. Sebelum pulang, nurse minta supaya baju baby, pampers dan wet tissue saja dibawa dalam bilik pemerhatian. Selebihnya segala beg baju dan perkakasan yang lain perlu dibawa pulang. Ini kerana, bilik itu hanya penempatan sementara saja sebelum dibawa ke wad pada keesokan hari.
Suamiku pulang untuk rehat. Penat sungguh dia seharian dari pagi hingga malam.
Terkejar-kejar.
Kasih seorang suami dan bapa.
Tidak terungkap. Hanya raut wajah mampu menggambarkan.
Jumpa esok, sayang. Tidurlah puas-puas.
Dengan history ku sebagai GBS carrier , aku dan Thoriq perlu dipantau selama 48jam selepas bersalin untuk memastikan tiada reaksi jangkitan kuman. Blood pressure (BP) ku agak tinggi selepas bersalin tadi dan perlu di IV Drip untuk bantu kecutkan rahim.
Sepanjang tempoh IV drip tu, rasa rengat tu kuat betul macam tengah kontraksi. Nak pergi toilet perlu mengampu perut. Aku cuba untuk bangun sendiri tanda berdikari untuk pergi toilet, tapi gagal. Aku terpaksa panggil Nurse untuk menemaniku.
Ahhh! Rasa uselesss betul. Aku nangis. Kenapa aku tak boleh buat sendiri, bisik aku. Rasa down!
Tiba-tiba datang emosi yang sayu sangat. Hormon celaru.
Disebelah katilku, empat aku bersembang dengan Ibu yang baru bersalin petang tadi. Dia dibenarkan discharge esok pagi. Dia juga melahirkan anak ketiga. Berasal dari Kampung Jawa, Klang. Suaminya orang kemboja dan mereka mempunyai bisnes sendiri. Sempat aku curi-curi dengar semasa Nurse bertanyakan kepada dia samada dia perlukan MC atau tidak. Dia beritahu tidak perlu kerana dia bekerja sendiri. Dia bekerja di kedai makan kakaknya.
Bateri Handphone dah habis. Biarkanlah. Nasib sempat tangkap gambar budak comel ni. Fresh from oven. Ucapan tahniah bertalu-talu masuk tadi, namun tak sempat nak membalasnya.
Masa untuk aku bonding bersama Thoriq.
Aku geletek tapak kakinya untuk menyusukan.
Mata dah mengantuk. Pedih. Namun ku tahan jua. Hisapan belum berjaya lagi.
Selang 4 jam, nurse datang untuk cek blood pressure dan memeriksa samada IV drip tu dah selesai atau belum.
Thoriq masih dipangkuan, ku letakkan semula dalam baby cot.
Tidak dibenarkan tidur bersama bayi dikatil, takut-takut bayi terjatuh dari katil ataupun terlenyek tanpa sedar.
Arghh lenguhnya badan. Lelap kejaplah.
krohhhhhhh!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...