Sekarang masih 2cm lagi.
Dalam PAC, dapatlah aku mendengar si Ibu yang menjerit, menyepak katil , memarahi Nurse dan Doctor kerana sakitnya kontraksi itu. Namun begitu, aku tahu mereka bukan sengaja untuk melakukan perangai pelik-pelik begitu.
Dalam PAC, dapatlah aku mendengar si Ibu yang menjerit, menyepak katil , memarahi Nurse dan Doctor kerana sakitnya kontraksi itu. Namun begitu, aku tahu mereka bukan sengaja untuk melakukan perangai pelik-pelik begitu.
Sakitlah doktor! tiba-tiba ada sang ibu menjerit dari labour room 1. Aku baru nak terlelap langsung segar mata.
'Puan, puan kalau puan keras macam ni, macam mana kami nak tolong', bagi kerjasama puan, tegur nurse. Semua butir -butir kata jelas kedengaran kerana suasana sunyi lagi.
Selang beberapa minit, tangisan bayi memecah hening. Uwek! Uwek! Aku nampak nurse berlari membawa bayi untuk bagi bantuan oksigen dan merapikan bayi tersebut sebelum diukur dan ditimbang.
Hai lah, dia pun dah lepas. Aku ni pukul berapa lah gamaknya ni. Harap-harap cepat lah sikit, aku mengomel sendiri.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi, aku nampak ramai Doktor dah mula bertugas. Ibu - ibu yang sudah mempunyai bukaan 2cm dan bukan anak pertama dibenarkan duduk di PAC.
Jika tidak mereka dibenarkan pulang rumah kerana dihospital katil kebanyakan dah penuh dan perlu duduk di kerusi menunggu seperti aku.Hospital kerajaan, aku tak pernah nak mengharap lebih. Dapat duduk di kerusi pun tidak mengapa.
Tahun 2012 di Hospital Serdang, aku bernasib baik dapat katil di wad. Pun begitu, semasa kontraksi aku tak betah duduk dikatil. Aku lebih suka duduk dari berbaring.
2015 pula sampai di kaunter pendaftaran tu aku dah tak tahan nak meneran, naik katil terus tolak ke labour room.
2017 ni aku harap jadi macamtu lah juga. Tapi nampak gayanya liat sikit budak dalam perut ni nak keluar.
Aku bosan.
Aku mula menyapa orang dikerusi sebelah.
Nampak muka dia kelat-kelat saja. Menahan sakit barangkali. Dia mundar mandir dihadapanku, sekejap duduk , sekejap berdiri..
Aku mula menyapa orang dikerusi sebelah.
Nampak muka dia kelat-kelat saja. Menahan sakit barangkali. Dia mundar mandir dihadapanku, sekejap duduk , sekejap berdiri..
Aku dengan kuasa menganalisis yang tinggi aku rasa dia ni mesti anak pertama ni.
Hai.. sapa ku. Dia membalas hai, sambil kening berkerut dan senyuman tanpa paksa dilontarkan.
Anak first ke, tanya aku.
Haah, anak first. Rasa sakit macam dah turun ke bawah ni. Tadi nurse check baru 2cm. Ni nak suruh nurse check lagi kot-kot dah bukak besar ke sambil muka berkerut.
Haah, anak first. Rasa sakit macam dah turun ke bawah ni. Tadi nurse check baru 2cm. Ni nak suruh nurse check lagi kot-kot dah bukak besar ke sambil muka berkerut.
Ada rasa nak meneran ke.
Takda, jawabnya. Tapi rasa memang betul-betul kat bawah ni.
Takda, jawabnya. Tapi rasa memang betul-betul kat bawah ni.
Aku senyum je. Ya lah dia kan baru pertama kali. Aku rasa dia belum lagi sakit kuat. Aku tolong panggilkan nurse untuk dia. Nurse cek dia baru 3cm.
Aduh. Lambat lagi ni. Dia mengomel sambil berjalan ke katilnya semula. Dia cuba untuk bertenang. Aku dengar dia menarik nafas dan memuncungkan mulut seperti orang bersiul.
Fuh.. hmm.. adui.. ssskkkk.. aduih sakitnya.....
bila kontraksi datang menggila semula.. bila hilang. Muka baru boleh senyum tapi hanya seketika cuma.
bila kontraksi datang menggila semula.. bila hilang. Muka baru boleh senyum tapi hanya seketika cuma.
Aku tinggalkan dia sendirian. Aku cari ibu-ibu yang boleh diajak bersembang. Ada yang sedang menangis, aku tak berani nak menegur.
Sesekali datang kontraksi, aku masih boleh berjalan. melompat dalam bilik surau dalam PAC tu. Aku jalan itik, lompat-lompat sambil tunggu bateri hp aku dicas. Al maklumlah handphone beli 2 tahun lepas. Pasang lagu, scroll fb mana tak habis cepat baterinya.
Melalui pembacaan dan sedikit pengalaman yang ada, dapat aku rumuskan tanda-tanda bersalin itu hampir tiba iaitu apabila bukaan dah 7-10 cm ke atas, si Ibu mula seakan meracau dan seolah-olah tidak sedar apa yang dia lakukan.
Percakapan pun melalut-lalut kerana masa itu sakitnya kontraksi tu super SAKIT, menangkap belakang pinggang sambil rasa ingin meneran. Jalan pun seolah-olah orang mabuk gayanya. Dengan mata terpejam. jalan sikit, berhenti.. jalan sikit berhenti.
Kenapa berhenti-berhenti tu? Masa itulah uterus tu menguncup dengan sangat kuat hingga terpaksa kaku seketika bagi minit-minit kontraksi tu selesai dan sambung berjalan semula.
Pelbagai gaya sempat aku rakamkan dalam memori. Ada si Ibu lepas bersalin lalu dia tertidur. Penat sangat nampaknya. Menahan kontrasi dalam tempoh yang lama mungkin. Sehinggakan Nurse mengejutkannya untuk menyusukan anaknya, dia enggan. Katanya terlalu penat. Bayinya pula sedang menangis. Serba salah Nurse dibuatnya.
Sepanjang pemerhatianku pada waktu itu, tiada Doktor lelaki yang bertugas. Selesanya. Aku cuba hafal wajah-wajah dan Nurse dan Doctor. Mereka nampak masih muda dan tangkas membuat kerja. Sopan melayan karenah pesakit tanpa jemu. Bila kita mudahkan urusan orang lain, akhirnya Allah akan mudahkan urusan kita juga. Tidak rugi jika bekerjasama.
Jam menunjukkan 7pagi. Nurse buat VE. Baru 3cm. Alamak macam lambat lagi. Biasanya akan dengar formula ini: 1 jam = 1 cm, jadi lagi 7cm = 7jam. 7pagi + 7jam = pukul 2 ptg aku jangka bersalin.
Ini kira-kira ku saja. Kontraksi sedang berlangsung tetapi masih boleh bertahan. Aku menemani suami ku untuk bersarapan bersama-sama di waiting Room yang terletak di PAC juga yang dibatasi dengan SECURED DOOR.
Suami atau ibu / ibu mertua hanya dibenarkan masuk Labour Room jika Si Ibu sudah benar-benar ingin bersalin dan sedia ditolak ke Labour Room.
Lalu kami bersarapan Mee Goreng, karipap sardin dan kuih ketayap. Sedapnya! Suami ku setia menunggu. Aku tidak benarkan dia balik takut-takut tak sempat nak menemani pula bila tiba waktu bersalin nanti.
Seusai sarapan, aku kembali ke port ku. Kerusi yang aku duduk pagi tadi. Aku letakkan botol air dan buku tanda kerusi ni aku punya.
Nurse memeriksa buku pink ku. Tertera GBS carrier pada kelahiran yang lalu. Walaupun aku bebas kuman GBS pada waktu ini, tapi aku tetap akan diperiksa kerana GBS suka melawat pada hujung-hujung minggu kehamilan. Antara 37-40minggu.
Puan Nadira ada GBS ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung...
Comments
Post a Comment