Skip to main content

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B





Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini. 

Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je .

Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik .


Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone

Laluan untuk ke Labour Room


Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya.

Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah!

Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik.

Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin.

Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana
Kenapa lah mata dia merah tu, hehe.



Disebabkan BP agak tinggi , maka perlu di IV drip. Rasa sakit semula kontraksi tu.

Dapat wad 2nd class , 2katil aircond room. Toilet tak perlu berjalan jauh. Subhanallah. Thank you Allah.

Katil ku yang hujung, ditepi tingkap



Terima kasih sahabat yang sudi melawat, sebab rumah dia dekat sekangkang kera dari hospital. Maka wajar sangat dia kena melawat aku! haha!




Pemandangan dari tingkap, saujana mata memandang la gitu!



Sedap makanan hospital ni. Cukup nutrien selama aku duduk 3 malam disini.
6 kali makan tau!


Katil orang sebelah. Tengah tidur dia aku snap gambar kaki. Hehe!


Bilik air disebelah. Nyaman betul bila dapat mandi lepas bersalin.






Jaundis yang agak tinggi untuk bayi yang baru berapa jam lahir. Kena duduk dibawah lampu fototerapi selama 24 jam.








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

  AWAS!!   ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN.  'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.'  Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya'  [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan.  Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad...