Seronok
nak menulis malam ini. Ada rasa aura
yang berlainan pula. Anak dah cukup makan dah tidur pun mereka pukul 8.30 tadi.
Jadi inilah masanya kita offkan handphone dan on kan laptop dan pena menari!
Hari
ini entri nak merekodkan tentang pembikinan donut yang ber’topping’kan
strawberry dan dairy whipping cream. Sejak buat majlis birthday Abang Iky haritu,
momentum nak membuat kuih muih dan menguli makin lama makin menggelegak.
Ecewah!
Mana taknya, sejak kahwin 2011, mengandung 2012 dan membesarkan anak sulung
yang pastinya banyak yang perlu fokus dan dipelajari. Sementelahan itu pula aku
juga buat bisnes sampingan seperti custom made handphone casing dan pillow
membuatkan masa ku limited dan masak apa yang patut saja.
2013
dan 2014 masa membesarkan anak dan mengandung anak keduapun begitu juga. Alahan
aku adalah masuk ke dapur dan bau dapur membuatkan tekak loya saja rasa, bau
nasi ditanak, tengok sinki dapur pun meloya dan apa-apa saja yang beraroma
membuatkan aku alergi.
2015
anak kedua pun keluar, sekarang 2016 Ziyad dah berusia 21bulan dan abangnya
Zikry dah pun 4tahun 1bulan. Makanya aku boleh menarik nafas lega sebab
anak-anak pun dah pandai bagi masa kat mummy supaya mummy dapat buat apa yang
mamy suka seperti Zumba, Aerodance, sambung belajar Master, menulis, membaca
dan memasak apa yang dirasakan teringin.
Aras
stress semakin menurun sebab aku dah boleh mengagak, mengenalpasti kerja-kerja
yang mana perlu disiapkan dahulu dan buat ‘to do list’ supaya tak terlupa dalam
Evernotes Apps.
Panjang
lebar mukadimahnya. Al kisahnya tadi nak cerita pasal buat Donut kan. Oh ya,
tengok kat dapur ada lebih kurang tepung gandum separuh plastic, aku bercadang
nak buat minum petang dengan donut. Jadi dalam pukul 1 petang, aku dah mula
menyediakan barang dan stat menguli. Benda-benda macam ni kena estimate masa,
kalau tak, lambatlah dapat makan donutnya.
Setelah google beberapa resepi, aku berkenan dengan resepi donut yang
tak menggunakan telur digantikan dengan vegetable shortening. Petuanya supaya lebih lembut dan kadar
perkembangannya gebu- gebu begitu. Jom kita lihat apakah bahannya.
RESEPI DONUT WITH STRAWBERRYY JAM TOPPING&
DAIRY WHIPPING CREAM
Tempoh
penyediaan doh donut:
Proses
menguli : 30minit [ supaya doh lembut]
Proses
mengembang kali pertama : 1 jam
Proses
membuang angin dari doh dan mencanai donut : 20minit
Proses
mengembang kali kedua: 30minit
Proses
menggoreng : 10minit
Proses
topping : 10minit
Total : 160minit / 2 jam 40minit
Itu
dia detail sungguh preparation until mission accomplished kan?! Sambil menunggu doh tu mengembang boleh
buat kerja lain sambil melipat kain ke,
iron baju ke, mop lantai ke. Multitasking kan! Rumah pun kemas, kuih pun dapat.
Perut pun berlipat !
Bahan A
- 500gram tepung Gandum cap Lily / cap Rose [No bleaching. Tepung ini warnanya kekuningan]
- 30gram marjerin
- 1sudu kecil garam
- 2sudu kecil baking powder
- 20gram vegetable shortening cap Kijang
Bahan
B
- 11gram Instant Yis Mauripan cap Kijang
- 1/4liter air suam
- 20gram gula pasir [manis yang sedang-sedang saja]
Langkah-langkah:
1.
Campurkan
Bahan B. Kacau dan biarkan selama
10minit supaya larutan yis itu bertindak
dengan gula dan menghasilkan gelembung.
2.
Sementara
itu, satukan Bahan A. Ramas-ramas
campuran tersebut seperti meramas pasir dilautan. Setelah sebati, campurkan
Bahan B kedalam Bahan A. Tuangkan Bahan B sedikit demi sedikit sehingga adunan
tidak melekat dijari. Uli selama lebih kurang 30minit. Ini kerana untuk
mendapatkan doh yang lembut dan gebu disamping membina otot-otot lengan yang
sasa.
3.
Setelah
diuli, rehatkan doh selama 1jam. Tutup bekas dengan kain basah ataupun penutup
periuk dalam suhu bilik.
4. Selepas
1jam doh mengembang 1 kali ganda, tumbuk doh dan keluarkan udara dan uli selama
5 minit. Gunakan penggelek dan gelekkan
sehingga ketebalan 1-2cm dan acuan bulat gunakan bentuk apa saja yang anda
suka. Macam buat biskut tu. Kalau suka besar-besar, bentukkan pakai tangan dan
buat lubang tengah-tengah.
5.
Rehatkan
donut yang telah diacukan selama 30minit. Sementara itu, boleh panaskan minyak
dalam kuali. Kuantiti minyak yang nak digunakan terpulang kepada anda ya,
asalkan donut tu boleh tenggelam, kira luluslah tu. Aku jenis jimat minyak
masak, sebolehnya aku gunakan yang minimum saja.
6. Apabila
minyak dah panas, api dikecilkan supaya donut yang digoreng tak hangus dan
hitam. Test goring sebiji dulu. Kalau panas minyak tu dah stabil, baru teruskan
menggoreng. Terbalikkan 3-4 kali dan terus angkat. Toskan minyak dan letakkan
donut atas kitchen towel supaya minyak berlebihan diserap.
7. Sejukkan
dan letakkan topping. Jika anda ingin frozenkan doh donut itu, goreng dan
terbalikkan 1-2kali dan angkat. Ini supaya yisnya mati. Dah sejuk masukkan
dalam bekas dan letakkan dalam fridge bahagian sejuk beku.
8.
Sedia
untuk dihidang dan dimakan bersama
Morroco Mint Tea. Fuh! Terangkat!
Strawberry
Jam Topping
Tempoh penyediaan : 15minit
- 100gram strawberry [dibuang kudup daunnya]
- 50gram gula pasir [ ikut kadar kemanisan anda]
- Secubit garam
- 2 sudu tepung jagung [ fungsi untuk memekatkan]
- 100ml air
Langkah-langkah:
1.
Gunakan
periuk sederhana besar dan masukkan strawberry dan gula pasir dan pastikan api
yang kecil. Teruskan mengacau.
2. Setelah
mendidih dan berbuih-buih, lenyek-lenyekkan strawberry dengan menggunakan
pelenyek ataupun belakang senduk.
3. Apabila semuanya hancur, letakkan larutan
tepung jagung dan kacau hingga larut dan tutupkan api. Sejukkan.
4.
Boleh
disimpan dalam peti sejuk.
Whipping cream yang aku gunakan ini
ialah Dairy Whipping Cream brand Anchor. Kebetulan ada dalam fridge jadi aku spraykan saja atas donut. Nyum-nyum! Rasa susu lembu kata anak. Cuma
kelemahan whipping cream ini ialah ianya cepat cair bila terkena suhu bilik.
Berbanding Non Dairy Whipping Cream yang biasanya orang gunakan buat Pavlova tu
lebih tahan lama.
Selamat Mencuba! Akan dikongsikan lagi
resepi yang aku tiruvasi ikut kesesuaian selera keluargaku. Jika anda sukakan
resepi ini , terima kasih diucapkan dan kongsikan entri ini dengan kawan-kawan.
Hello, this weekend is good for me, since this time i am reading this enormous informative article here at my home. Cream charger delivery
ReplyDelete