Skip to main content

Cabaran Pertama perjalanan Master di UPM


Sambil tulis ni tengah menonton cerita Suri hati Mr. Pilot. Wah! Aku bukan jenis melayan cerita-cerita novel ini. Tapi tengok si Naelofa dan Fattah Amin berlakon, alahai so sweet pulak.

Yang bagusnya, Naelofa takda bersentuhan kulit pun dengan si Fattah, which is nice, sopan dan tiada kontreversi. Walaupun watak yang dibawakan sebagai suami dan isteri, watak itu tetap hidup walaupun tanpa sentuh-sentuhan gitu.

Hari ni aku agak tertekan tentang perjalanan Masters Degree di UPM. Ya, boleh dikatakan agak ‘ complicated’ . Sekarang aku berada di Semester 3 by research. Still working on Research Proposal.


Semasa daftar, aku pilih Prof. Dr. Mariani Mansor. Beliau seorang advisor yang very supportive dan banyak membantu dalam menyiapkan proposal terutamanya semasa nak apply Mybrain15. Sekarang masih menunggu keputusan samada aku dapat atau tidak.

Untuk pengetahuan anda yang mungkin akan menyambung Master atau PHD di UPM, apa yang dapat aku simpulkan proses ini mungkin hanya berlaku di fakulti Ekologi Manusia.  Jika kita memilih untuk membuat Master dengan Research, kita perlukan seorang supervisor untuk membantu kita dari awal hingga kita siapkan dissertation.

Untuk mendapatkan Supervisor dalam peringkat Master, kita perlukan Chairman aka Supervisor dan satu Committee Member. Kita perlu isikan boring Nomination Supervisor GS10-a. Proses ini memakan masa 3 hingga ke 6 bulan. Mengapa begitu?
Borang GS10-a 


Setiap supervisor mempunyai kuota bilangan pelajar yang diseliakan. Katakan kuota supervisor telah penuh, pihak GSO tidak akan approve nomination tersebut disebabkan kuota telah penuh dan jika ingin Supervisor yang sama, pelajar mungkin perlu tunggu pelajar dibawah seliaannya dilepaskan atau dengan kata lain mereka dah selesai viva dan dissertation.

Nomination supervisor ini aku telah lengkapkan Jun lepas dan keputusannya sudah keluar. Malangnya supervisor pilihanku tidak disupport kerana kuota penuh. Aku dinasihatkan untuk mengisi borang semula dan menukarkan Chairman@ Supervisor.

Memandangkan aku dalam bidang Psikologi kanak-kanak, lecturer yang terlibat adalah terhad.  Aku telah mengajukan Dr Zanariah Ismail atas nasihat kawan sebagai Chairman memandangkan beliau pernah menerbitkan jurnal berkaitan dengan kanak-kanak. Aku terus emelnya. Begitu pantas beliau membalas, selang setengah jam beliau telah membalas emel dan memberitahu tajuk proposalku di luar bidangnya. Kecewa aku.  Tajuk proposal ku lebih sesuai dengan Prof Dr. Mariani. Malangnya beliau dah penuh. Apakah yang aku harus lakukan? Samada tunggu dan tunggu hingga boleh fit into quota nya? Masa terus berjalan, yuran pun kena bayar.

Kadang-kadang pelik kenapa student yang belajar di luar Negara boleh menyiapkan Master dalam tempoh 1tahun dengan Research. Menurut Dr. Vijay yang bertugas sebagai Lecturer di Unversity of Canterbury, New Zealand, mereka tiada prosedur yang menyusahkan.  Mungkin paling teruk pun jika supervisor itu meninggal dunia dan terpaksa menukar supervisor lain. Pernah seorang student menghabiskan selama 10 tahun untuk menyiapkan PHD gara-gara cabaran seperti ini.

Terkadang motivasi luntur dek prosedur yang meremehkan. Harap dipermudahkanlah perjalanan untuk menghabiskan Master. Suamiku yang banyak berkorban, sanggup tukar shift kerja semata-mata nak memberi peluang untuk aku pergi ke kelas, anak yang terpaksa melepaskan mummynya buat assignment malam-malam sampai rasa macam mengabaikan anak pun ada.


Ya allah, bantulah aku menghadapi cabaran kecil ini. 


Comments

  1. Assalamualaikum wbt.,

    Adakah puan telah diterima sebagai pelajar master? TK

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

  AWAS!!   ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN.  'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.'  Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya'  [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan.  Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad...