Skip to main content

Birthday Zikry yang ke 4 tahun

Esok adalah hari jadi Zikry, anak sulungku yang tercinta yang akan memasuki usia 4 tahun. Ia bersamaan 1460 hari anakku hidup bersamaku di dunia ini termasuk dengan 9 bulan berada di dalam rahimku. 


Satu kurniaan yang mana bagiku adalah satu keajaiban yang amat aku syukuri. Dari diri yang satu menjadi dua, dan dari dua menjadi satu lagi insan apabila sperma bertemu ovum. Zikry adalah hasil cantuman yang Berjaya dari berjuta-juta sperma yang ada dalam daddynya. 

Anakku yang persis ku dari segi petah kata-katanya, kuat daya ingatannya, bentuk fizikal seperti rambut, bentuk kuku, hidung dan mata serupa dengan diriku. Oh anak, kau sudah berusia 4 tahun 4.51 pagi nanti. Masih aku teringat ketika jururawat meletakkannya di atas dada sejurus dia dilahirkan, berat juga getus hatiku. Dia hanya memejamkan mata dan sentiasa tertidur. Aku tak tahu itu merupakan tanda-tanda dia mengalami sepsime iatu demam jaundis. Lahirnya kedunia mengajar aku tentang perngorbanan seorang ibu dan kasih sayang yang tidak bertepi.

Aku membuat keputusan untuk menjaga sepenuhnya anakku dengan memilih untuk berhenti kerja. Aku ingin menikmati proses tumbesarannya setiap hari. This is real time learning. Dialah cikguku , member pengalaman baru dalam hidupku, menyusukan, menenangkan, mendodoikan, memandikan dan apa sahaja keperluannya ku penuhi. 

Dia seorang bayi yang mudah dijaga, jarang sakit, proses tumbesaran yang seiring dengan usianya, aku tidak malu untuk mengakui yang anakku seorang yang bijak dan aku mesti mengeluarkan selurh potensi hidupnya untuk kebaikan dan skill kehidupannya kelak. Dia selalu melihatku memasak didapur, kadangkala dia juga menawarkan pertolongan seperti memukul telur, melihat tanaman kecil yang ku buat untuk garden kecilku.

Dia sangat pandai mengambil hatiku dan daddynya. Sejak menjadi abang, dia menampakkan sifat authoritynya. Aku cuba untuk mengajarnya mengawal perasaan supaya dia bijak untuk mengurus emosinya kelak. Dia cepat mengadaptasi dengan keadaan sekeliling. Rancangan TV kegemarannya ialah Ultraman Ginga lebih-lebih lagi lagu soundtracknya yang mengepam adrenalin. Dia suka meniru gerak geri Ultraman itu mengalahkan musuh dan oleh kerana itu, dia meminta aku untuk membelikan kek yang mempunyai gambar Ultraman Ginga. Oh anak, kau sungguh comel!.

Sedangku menulis, dia sudah tidur. Memang jadual tidurnya dalam pukul 8.30-9.30 malam. Aku bertuah mempunyai anak sepertinya. Wahai anak,tidurlah dengan lena sayangku, hari-hari esok yang menantimu dengan wajah ceria dan gembira. Nikmatilah kehidupan ini bersama mamy dan daddy. Selagi nyawa kita masih ada, anak.


Aku berjanji yang terbaik untukmu walaupun banyak kelemahan yang ada dalam diriku, akan ku bawa kau bersama kita merantau satu dunia bersam daddy dan ziyad menikmati keindahan dan kawasan bumi yang lain di atas dunia ini. Life is a about enjoy. Life is short. Do whatever you want to do. Be like a deaf frog.

Pedulikan kata-kata orang , kita jalani kehidupan yang menyeronokkan walaupun kita punya rumah yang kecil tapi kita punya jiwa yang besar. Chase your dream! Abang iky ada 3 tahun untuk sekolah, jadi kita teruskan jalan-jalan dan pergi ke hotel dan berenang. Wow! Bestnya! Zikry, nak ada ada adik lagi ke? Tak naklah, nanti penuhlah rumah. Ok, kita jalani apa yang ada , ok. Selamat hari jadi anak sulungku, mamy sayang abang iky selama-lamanya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...