Skip to main content

Kemudahan LRT di Putra Height: Satu Rahmat


Rutin harian terbaru sekarang adalah menghantar sang suami ke LRT station untuk pergi kerja. Sejak Putra Height dah ada station LRT, ianya memudahkan dan menjimatkan perbelanjaan kami dari segi peruntukan petrol dan tol ke tempat kerja. Jika dulu peruntukan minyak dan TNG mencecah RM500, sekarang sudah berkurang kepada RM250-RM300. Duit lebih boleh saving dalam tabung kecemasan.
Gambar zikry posing pertama kali LRT Putra Heights dilancarkan


Cumanya, masa untuk pergi balik kerja akan bertambah. Sekarang kalau suami masuk kerja pukul 2petang, dia akan bertolak pukul 1petang. Kalau naik LRT, perlu setengah jam lebih awal iaitu 12.30 tengah hari tak lebih, tak kurang. Kalau tidak, akan masuk lambat. Perjalanan Putra Height ke KLCC mengambil masa dalam 1 jam 15minit.

Oh ya, sejak 5 Oktober yang lalu, pihak MPSJ dah menguatkuasa undang-undang untuk mengenakan bayaran parking kereta di setiap premis di Putra Height. Maka tiada lagi parking free. Ye lah, terasa jugak kalau bayar RM4 sehari kalau dah 25 hari dah RM100.

Jimat hampir separuh bukan! Memandangkan tempat kerja suami di Menara MBF, Jalan Pinang, KL , dia boleh naik LRT dari Putra Height ke KLCC dan terus menapak ke pejabat lebih kurang 10 minit. 
Anak-anak teruja nak tengok Thomas & his Friend [LRT]


Sejak pembukaan Putra Height Line LRT hujung Jun yang lalu, dapat dilihat penambahan pengguna yang menaiki dari stesen LRT ini.  Pada mulanya agak sunyi juga. Kalau suami balik malam lebih kurang 12.30 malam, hanya dia saja yang turun di stesen LRT terakhir ini.

Bahkan aku juga ada classmate yang menetap di Setapak dan sekelas denganku dalam subjek Social Statistic. Bayangkan dia perlu keluar pukul 7 pagi untuk naik LRT, komuter dan naik teksi untuk ke UPM. Kadang-kadang tiada bas dari komuter Serdang ke UPM.  Kalau ambil teksi, faham-faham sajalah, letak punggung saja dah RM4. Jadi satu hari tu, aku tumpangkan dia untuk menaiki kereta dan hantarkan ke LRT putra Heights.

 Seronok betul dia dengan environment di Putra Heights. Katanya aman damai, tenang dan tak sesak macam di Setapak. Raudah namanya, dia belum berkahwin, menyewa bersama-sama dengan kawan. Kawannya pula terpengaruh untuk mencari rumah di Putra Heights ini. Disini  hanya ada 1 pangsapuri di Seksyen 9. Kebanyakan yang tinggal disini terdiri daripada yang pendapatan rendah hingga yang tinggi. Tengok saja kereta, Mercedes pun ada duduk disini. 
Bergambar berempat. Alahai susah betul nak dapat anak-anak yang senonoh sikit. Hehe

Piring Astro dan Aircond pun hampir semua ada. Tambahan pula masa musim panas tempohari, mencanak-canak aircond dipasang di setiap kediaman pangsapuri ini. Purata kadar sewa disini adalah dari RM500- RM750 berpandukan tingkat rumah yang disewa. Jika rumah tingkat 10, biasanya murah sedikit berbanding rumah tingkat 1.

Kami hidup berbilang bangsa. Majoriti adalah Bangsa Melayu, diikuti dengan Warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, India dan Cina adalah paling sedikit.  Hal ini kerana, banyak majikan kilang menyewakan rumah untuk pekerja mereka. Pada awal pagi dan lewat petang, maka adalah bas kilang memenuhi tepi jalan untuk menurunkan pekerja kilang. Jiran aku dihadapan Warga Indonesia.

Kiri pula Warga Bangladesh, bawah Myanmar dan atas Vietnam. Rumahku berada ditingkat 5.  Macam duduk kawasan expat pula, haha! Bila dah bercampur semua jenis manusia dan latar belakang ni, macam-macam ragam lah kita boleh tengok dari segi kebersihan, kerukunan jiran dan keselamatan kawasan jiran tetangga ini.

Menetap disini dari tahun November 2011 setelah berkahwin kami memulakan kehidupan rumahtangga disini. Berkeluasan 650 SQT dan mempunyai 3 bilik cukup memberi keselesaan untuk kami berempat. Sang suami telah membeli rumah ni dari tahun 2004 lagi. Sebelum ni ada yang menyewa dan family mertua pernah juga mendiami rumah ni.
Ehsan : Google


Apa yang paling bertuah sekali, rumah ni telah habis bayar dengan pihak Bank. Ikutkan perjanjian tahun 2033 baru habis. Tapi anda bayangkanlah 10 tahun pertama membayar installment, harga pokok masih tak bergerakpun. Masih RM42,000. Bayangkan! Kadang-kadang rasa macam rugi sangat-sangat bulat-bulat bagi duit kat Bank macamtukan. Tapi apakan daya, masih belum mampu beli secara tunai lagi.

Pada 2014 kami bertekad suami isteri untuk menyelesaikan pinjaman perumahan ini dengan segera. Kami mengeluarkan simpanan KWSP selama 3 tahun, 2014, 2015 dan 2016. Sekarang kami hanya perlu tunggu surat dari Standard Chatered Bank yang mengatakan rumah ini telah habis dibayar dan seterusnya mengeluarkan geran rumah.

Terasa banyak perubahan yang berlaku sejak 2011 kami tinggal disini hingga kini.  Kalau dulu parking kereta masih banyak kosong, sekarang parking dah penuh hinggakan terpaksa double park dan parking diluar kawasan pangsapuri ini dan semestinya risiko pecah kereta dan kecurian mudah berlaku. Kereta disini tak kurang hebatnya. Memandangkan 1 rumah kadangkala didiami oleh 3 penyewa yang berlainan dimana setiap seorang membandu kereta masing-masing.  Kalau ada 4 blok, 10 tingkat 1000 unit rumah keseluruhannya. Maka anda kiralah sendiri.  

Kejadian kerosakan lif jarang berlaku oleh kerana penyeliaannya yang bagus. Ada sekali aku pernah  terperangkap dalam lif bersama anak-anak. Suamiku sudah berada dibawah dan kunci kereta berada dengan ku.  Aku hampir panic apabila pintu lif ditutup dan tidak bergerak walapun aku telah menekan butang G. Mujurlah, lampu dalam lif dan oksigen masih ada. Aku ligat memikirkan apa yang harus aku lakukan. Waktu itu pukul 10.30 pagi. Rata-rata orang ramai pergi bekerja. Aku cuba tekan loceng berkali –kali dengan harapan ada orang yang membantu.  

Lebih kurang 10 minit juga. Tiada yang datang lalu aku gunakan kunci kereta yang ada di tangan, aku umpil pintu lif tersebut dan buka dengan muat-muat badanku. Bila dah terbuka, aku cepat-cepat suruh anak sulungku keluar dan kami terus turun melalui tangga. Sejak itu, aku fobia nak naik lif bersama-sama anak melainkan dengan suami. Wah panjang betul entri ini padahal nak cerita pasal LRT saja. Ok kita sambung lagi di lain entri nanti.



Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...