Skip to main content

Apa perasaan Minum Air Gula



       Malam ini entri ketiga dalam bulan September yang berbaki beberapa hari lagi. Dari situlah juga menghitung waktu untuk MISI mengeluarkan KHALIFAH ALLAH di muka bumi pada hujung December nanti. Semoga dipermudahkan. Ramai pulak yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Harap diberi kekuatan untuk menghadiri makan free tersebut :-P.

      Sambungan dari cerita minum air gula pagi tadi. Bangun pagi penuh bersemangat macam orang nak pergi Final Exam tu. Betul-betul dah setkan minda positif dalam MINDA SEPARA SEDAR sebelum tidur semalam supaya ujian air gula ini menyebelahiku nanti. Bertolak dari rumah pukul 6.45pagi, singgah sebentar isi minyak kereta. Wah! Rajin betul kan! 

       Menyibukkan diri dengan orang yang sedang 'rush' nak pergi ke tempat kerja. Sejak bergelar WAHM [ work at home mum ] , lama sudah tidak bersesak-sesak diwaktu pagi, nak mengejar masa meeting pukul 9pagi. Lambat seminit kena denda RM2. Sepanjang kerja dulu adalah sekali kena RM10. :-P

       Lepas dah isi minyak, lebih kurang 10 minit sudah sampai tempat yang dituju, Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong. Waktu itu baru pukul 7.10pagi. Pagi sangat. Aku orang kedua yang sampai. Pintu pun masih berkunci. Jadi ambil peluang untuk 'update status' kat Facebook.:-P sambil tengok gelagat budak sekolah pagi-pagi ni. Lebih kurang pukul 7.40 pagi, barulah ada seorang Nurse sampai lalu dibukakan pintu untuk kami yang menghadapi ujian ini. Masuk terus ambil nombor giliran dan tunggu untuk dipanggil dalam pukul 8.15pagi.

        Apabila masuk dalam bilik pemeriksaaan, banyak cawan-cawan yang berisi air 'hikmat' telah disediakan. Sebelum itu, Nurse akan mengambil darah sebelum meminum air gula. Bila dipegang-pegang cawan tu, hmm nasiblah air gula tu dah sejuk dan tiada 'kaler'. Ala nak perisa oren ke, blackcurrent ke.. (mengada). Ada seorang wanita Cina ini, setelah selesai minum, sambil membuat muka 'tak sedap' dan dia menjerit 'Uweeekkk'. Getus hatiku, ishh! tak sedap sangat ke air gula tu sampai macam tu sekali?! Sajalah tu kan nak psiko aku yang belum minum lagi nih! 

       Oklah , apa tunggu lagi, minumlah aku air itu dan membayangkan seperti meminum air oren di hari raya. Kalau orang lain boleh minum laju seteguk terus habis, aku perlu mengambil 2-3 nafas untuk menghabiskannya. Ok habis! cuci-cuci cawan, letak balik ditempatnya dan keluar dengan gembira. 

Apa perasaan setelah minum air gula ?

1. Ok jelah. takdelah teruk sangat seperti dikhabarkan. Air gula itu nasiblah kalau Nurse tu bancuh pekat, likatlah di tekak. Kalau cair seperti yang ku dapati ini, sedaplah sikit. (Yeke??)

2. Terbayang berada di Gunung Everest, dikala perut lapar tiada tenaga, tiba-tiba SHERPA bagi minum air gula. Terus tenaga nak panjat sampai ke puncak! (imaginasi terlebih)

3. Stay Cool. Lepas minum tu , aku baca buku untuk menghilangkan perasaan gelodak dalam perut yang kosong ni. Sendawa pun keluar air gula. Jangan sampai muntah atau perlu minum lagi. Wow!. Ada rasa sedikit pening ya Tuan-tuan dan Puan-puan. :-)

       Sambil menunggu waktu merangkak ke pukul 10.15pagi  iaitu 2 jam selepas minum, aku pun menghabiskan masa membaca buku PLANET BISNES DR. AZIZAN OSMAN. 'Refresh semula otak yang berkarat dan align semula MATLAMAT. Selain itu, terdapat ceramah berkaitan Penjagaan makanan sewaktu mengandung dan Penyusuan Anak Secara Ekslusif yang dibentang oleh pelajar-pelajar kejururawatan. Nampak cuak dan gementar mereka sebab mereka pun belum berpengalaman menyusukan anak. Nak 'explain' lebih-lebih pun manalah mereka tahu.

     Nombor giliranku dipanggil untuk di ambil darah semula. Kali ni pelajar kejururawatan tadi yang melakukan carian urat dan mengambil darah untuk sampel. Aku senyum sahaja tanda sokongan, tapi dia pulak yang mengeletar nak ambil darah. 'Its OK ,adik walaupun urat akak ni dah macam bengkak ni. Hihi.

      Setelah selesai, barulah boleh pulang ke rumah. Result tidak akan dapat pada hari yang sama dan akan dihubungi oleh Nurse selepas ini untuk keputusan ujian itu. Cepatlah call ya nurse , aku dah tak sabar nak tau ni. :-). Sebagai pengajaran dan pelajaran, marilah kita menjaga makan dan minum kita sewaktu mengandung ya kerana banyak kelebihannya. :-D

















         


Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...