Skip to main content

Minum Air Gula Yang Sedap



   Waktu menunjukkan pukul 12.34 tengah malam. Anak pun dah tidur setelah sejam bersembang dan 'mengumpan' video UPIN IPIN kegemaran dia. Biasanya dia suka dengar lagu Bangau Oh Bangau!, Gosok Gigi dan Lompat Si Katak Lompat. Dah tidur barulah Mummy boleh buat kerja.

Berbalik kepada topik di atas, alkisahnya esok kena bangun awal pukul 7.30 pagi perlu berada di Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong untuk ujian Air Gula. Sekarang kandungan pun sudah memasuki minggu ke 26. Sebelum ini belum pernah minum air gula pada kehamilan yang lepas. Ini gara-gara pemeriksaaan minggu lepas, nurse mendapati aku mempunyai kenaikan sebanyak 4kg dalam masa 1 bulan!

Sungguh aku tidak perasan dengan kenaikan itu. Apa yang pasti sebulan yang lepas, perutku dah naik mendadak. Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui diriku hamil agak terkejut kerana perutku yang mencanak naik secara tiba-tiba. :-). Tambahan pula, bulan lepas aku banyak makan roti canai. Sekali order 2 keping. Mungkin itu telah menyumbang ke arah kenaikan berat badanku dari 55kg ke 59kg.

Nasib badan!

Oleh sebab aku akan menjalani ujian meminum air gula  MGTT [Modified Glukose Tolerance Test] ,maka tag putih di buku pink aku telah ditampal dengan tag HIJAU. Ohh!! Baru nak bangga :-P. Tapi harapannya esok kembali NORMAL. Amin!! 

Sekarang aku mula berpuasa dari jam 10 malam untuk menghadapi ujian air gula esok. Melalui pembacaanku : 

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. 

Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Kita tengok siapa yang kena! 






  

Comments

  1. Macam mana keputusan MGTT? Moga baik-baik aja. Sama la kita, tak pernah ada pengalaman minum air gula semasa kehamilan pertama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...