Skip to main content

Aku nak bersalin kat rumah!


Kegilaan apakah ini?! Ya, aku nak bersalin di rumah. Tapi bukan di rumahku tetapi aku memilih untuk bersalin ala-ala suasana rumah. Sudah berdekad lamanya kaedah ini ditinggalkan lantaran risiko yang perlu diambil jika bersalin dirumah jika berlaku komplikasi yang tidak diingini. Mungkin diantara kita yang tidak akan bersetujudengan amalan yang sudah ketinggalan zaman ini. Tetapi tahukah anda, kini di negara barat seperti contoh United Kingdom mula mengamalkan kaedah GENTLE BIRTH iaitu melalui pendekatan bersalin secara natural di rumah dengan bidan-bidan yang bertauliah. 

Mengapakah kaedah atau amalan ini datang kembali dan dipraktikkan semula?

Dapat kita lihat, sejak berdekad lalu kaedah ini menjadi semakin terpingir lantaran pusat-pusat perubatan dan kemudahan hospital dibangunkan selari dengan kemajuan dan pembangunan sejak Malaysia mendapatkan kemerdekaan. Apabila kita membincangkan kaedah bersalin di hospital, ia bakal melibatkan kita dengan berbagai-bagai kaedah bersalin secara alternatif selain bersalin secara normal tanpa melibatkan unsur perubatan dan kesakitan yang tidak diperlukan. Perbincangan banyak dilakukan disini dan masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri untuk memilih kebaikan dari keburukan.Apa yang ditekankan disini ialah : 

KAEDAH BERSALIN SECARA NORMAL TANPA GANGGUAN PERUBATAN DAN SELAMAT UNTUK SI IBU DAN SI ANAK.

Dalam kaedah bersalin secara normal, kita akan membayangkan bayi akan dilahirkan melalui vagina tanpa episiotomi dan ubat penahan sakit apabila kontraksi berlaku. Persoalannya disini, bolehkah kaedah bersalin secara natural itu berlaku dan mampukah seseorang itu menanggung kesakitan kontraksi tanpa bantuan ubatan-ubatan yang mengandungi dadah dan seterusnya menggangu sistem hormon yang telah ALLAH sediakan untuk wanita pada masa kelahiran itu berlaku? Benarkah bersalin itu sangat sakit dan tidak mampu dikawal melainkan bantuan ubatan-ubatan?

Sebenarnya KITA MAMPU MENGHADAPI KESAKITAN ITU dengan kaedah HYPNOBIRTHING. 




Apakah HYPNOBIRTHING?

HYPNOBIRTHING ini adalah satu kaedah bersalin yang mengajar tubuh kita mempercayai diri kita adalah satu anugerah yang tidak ternilai oleh ALLAH yang dilengkapi dengan sistem peranakan dan sistem kelahiran yang paling sempurna supaya si IBU dapat menghadapi kelahiran secara selamat tanpa rasa sakit yang teramat sangat dengan berpandukan pemahaman kita ke atas tubuh badan kita, perhubungan antara anak dan ibu sewaktu dalam kandungan dan cara-cara pernafasan yang membatu kita menyokong sistem kelahiran dan mempercepatkan proses bersalin. 

Sudah tentu kaedah ini tidak langsung melibatkan penggunaan gas methedone untuk menahan sakit, drip, epidural , episiotomi, induce dan juga kaedah caesarian. Amat mustahil rasanya kan bilamana kita mahu mengaplikasikan kaedah ini! Tetapi Marie F. Morgan, pengasas Hypnobirthing menyatakan ianya tidak mustahil! Kita boleh menghadapinya! Hanya perlu latihan visualisasi / hipnosis dan si ibu akan berasa tenang apabila waktu bersalin hampir tiba.




Tahukah kita kesakitan yang datang itu kebanyakannya berpunca dari perasaan takut dan gementar. Sistem tubuh kita yang melawan kesakitan kontraksi itu menyebabkan tubuh kita memberi reaksi stress dan merembeskan hormon - hormon kegelisahan dan menyebabkan kontraksi semakin kuat dan berlakulah pernafasan yang tidak stabil dan kita seakan-akan mabuk dan tidak bertenaga untuk bersalin lagi akibat menahan sakit yang terlalu lama. Seperti kes ku sendiri, aku menahan sakit selama hampir 24 jam setelah air ketuban pecah barulah bayiku dilahirkan.


Untuk penerangan yang seterusnya, aku akan menyambung semula entri ini. Harapannya dapat berkongsi rahsia dan cara untuk menghilangkan rasa sakit ketika bersalin. Bonus bukan?! Semoga jumpa lagi! Muah!





Comments

  1. Kitorg adik beradik seramai 6org dari 7 lahir kat umah.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...