Skip to main content

Kembali Menulis di alam maya


Melihat lagi 1 hari nak habis bulan Mac dan April is coming over. Maknanya dah setahun aku tidak menulis di tinta tanpa dakwat ini. Entahlah, bukan tak ada benda nak tulis, tapi itulah banyak benda yang terbuku saja dihati tanpa berkongsi di alam maya. 

Walhal kalau aku teruskan menulis, mungkin memberi impak atau memberi kebaikan kepada orang lain.

Aku paksakan diriku menulis, sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk entri ni sebelum anak bangun minta susu. Kekangan yang biasa terjadi hingga mood menulis pun 
terbantut. 

Sebenarnya banyak kali sudah suamiku meminta aku untuk menulis semula kerana beliau merasakan aku patut berkongsi pengetahuan kepada umum. 

Tambahan lagi aku sedang mengikuti pengajian dalam bidang Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak peringkat Sarjana, apa salahnya sambil menyipakan tesis tu, boleh 
lah meluangkan masa barang setengah jam untuk menulis mengenai 'Child development' .

Yalah, kadang-kadang tu terasa kecil diri tu sebabnya ilmu tak lah sebanyak mana. Tapi suara hati ni berbisik, nak tunggu bila sampai ilmu banyak tu? Do it now, it is now or never! Jadi ketepikan anxiety dan teruskan menulis secara berpengaruh.

Aku selalu mengikuti penulisan di post FB Muhammad Khairul Hakimin, rahsia beliau bagus dalam penulisan ialah dengan memulakan menulis 2 muka surat sehari. Terus terang ku katakan, kalau dah lama tak menulis, tulis seprenggan pun rasa macam alahai.. kenapa takda idea ni...

Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa. Usahakan macamana pun walaupun ada sekelumit masa. Sekarang macam-macam apps boleh bantu kita menulis dalam pelbagai medium. Salah satu yang aku guna ialah Evernotes. 

Nak tahu, download apps tu kat playstore ya. Hehe.

Malam ni sepatutnya aku kena siapkan proposal untuk submit Mybrain 2016 scholarship. cari punya cari artikel, banyak pulak lalu pening, Haha!

Baik aku teruskan menaip sambil menceritakan apa yang berlaku hari ni. Seperti yang dijanjikan kepada Zikry dan Ziyad, kami berdua suami isteri baw mereka pergi ke library Raja Tun Uda di Seksyen 13 , Shah Alam.  Kami memang mengharapkan agar jadi rutin mingguan kepada anak-anak untuk buang 'tenaga ' mereka dengan bermain sambil belajar. 

Di library tu , tempat kanak- kanak memang sangat luas dan selesa untuk berlari. Tiada pun signage ' tolong senyap ' disana- sini. It is free style. Jika memerlukan tempat yang tenang dan diam, ada bilik khas untuk kanak-kanak membaca dan mengulangkaji pelajaran.

Dengan suasana sejuk, kalau masuk sini eloklah pakai stokin. Aircondnya kuat juga, buat rasa mengantuk pun ada. Jadi buat parent untuk release stress, marilah bawa anak-anak kesini  okay. Disamping free of charge, ia juga selamat untuk kanak-kanak. 


Sekian sahaja coretan malam ini. 
Esok kita tulis lain. Malam ni sebagai warming up. 
Pengisian yang berunsur individual dan tidak kaya dengan inforamasi. Sekadar monolog dalam diri :-).

Comments

  1. wah, tahniah dira dapat sambung master..
    gigihnya orang yg belajar selepas kawen ni..

    teringin jgk nak bawak hafni pi library tu, in sha Allah lepas ni kena cuba sekali..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi barisa

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran