Melihat lagi 1 hari nak habis bulan Mac dan April is coming over. Maknanya dah setahun aku tidak menulis di tinta tanpa dakwat ini. Entahlah, bukan tak ada benda nak tulis, tapi itulah banyak benda yang terbuku saja dihati tanpa berkongsi di alam maya.
Walhal kalau aku teruskan menulis, mungkin memberi impak atau memberi kebaikan kepada orang lain.
Aku paksakan diriku menulis, sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk entri ni sebelum anak bangun minta susu. Kekangan yang biasa terjadi hingga mood menulis pun
terbantut.
Sebenarnya banyak kali sudah suamiku meminta aku untuk menulis semula kerana beliau merasakan aku patut berkongsi pengetahuan kepada umum.
Tambahan lagi aku sedang mengikuti pengajian dalam bidang Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak peringkat Sarjana, apa salahnya sambil menyipakan tesis tu, boleh
lah meluangkan masa barang setengah jam untuk menulis mengenai 'Child development' .
Yalah, kadang-kadang tu terasa kecil diri tu sebabnya ilmu tak lah sebanyak mana. Tapi suara hati ni berbisik, nak tunggu bila sampai ilmu banyak tu? Do it now, it is now or never! Jadi ketepikan anxiety dan teruskan menulis secara berpengaruh.
Aku selalu mengikuti penulisan di post FB Muhammad Khairul Hakimin, rahsia beliau bagus dalam penulisan ialah dengan memulakan menulis 2 muka surat sehari. Terus terang ku katakan, kalau dah lama tak menulis, tulis seprenggan pun rasa macam alahai.. kenapa takda idea ni...
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa. Usahakan macamana pun walaupun ada sekelumit masa. Sekarang macam-macam apps boleh bantu kita menulis dalam pelbagai medium. Salah satu yang aku guna ialah Evernotes.
Nak tahu, download apps tu kat playstore ya. Hehe.
Malam ni sepatutnya aku kena siapkan proposal untuk submit Mybrain 2016 scholarship. cari punya cari artikel, banyak pulak lalu pening, Haha!
Baik aku teruskan menaip sambil menceritakan apa yang berlaku hari ni. Seperti yang dijanjikan kepada Zikry dan Ziyad, kami berdua suami isteri baw mereka pergi ke library Raja Tun Uda di Seksyen 13 , Shah Alam. Kami memang mengharapkan agar jadi rutin mingguan kepada anak-anak untuk buang 'tenaga ' mereka dengan bermain sambil belajar.
Di library tu , tempat kanak- kanak memang sangat luas dan selesa untuk berlari. Tiada pun signage ' tolong senyap ' disana- sini. It is free style. Jika memerlukan tempat yang tenang dan diam, ada bilik khas untuk kanak-kanak membaca dan mengulangkaji pelajaran.
Dengan suasana sejuk, kalau masuk sini eloklah pakai stokin. Aircondnya kuat juga, buat rasa mengantuk pun ada. Jadi buat parent untuk release stress, marilah bawa anak-anak kesini okay. Disamping free of charge, ia juga selamat untuk kanak-kanak.
Sekian sahaja coretan malam ini.
Esok kita tulis lain. Malam ni sebagai warming up.
Pengisian yang berunsur individual dan tidak kaya dengan inforamasi. Sekadar monolog dalam diri :-).
wah, tahniah dira dapat sambung master..
ReplyDeletegigihnya orang yg belajar selepas kawen ni..
teringin jgk nak bawak hafni pi library tu, in sha Allah lepas ni kena cuba sekali..