Lama sudah tak menulis di blog ni. Bukannya tiada reader atau pun follower, entahlah kemalasan yang teruk membuatkan blog ni berhabuk. Last entry pun bulan 4 tahun lepas. Haiyaa! Manyak teruk ooo!
Tahun 2016 ni memandangkan aku pun dah bergelar Master candidate UPM, maka habit perlulah diubah. Dari malas menulis kepada rajin menulis, dari malas membaca kepada banyak membaca. Bukan saja membaca facebook saja ya, Nadira.
Aku ni biasanya kalau membaca artikel yang best, aku akan save kan dalam Evernotes , so that aku akan boleh refer nanti jika nak baca lagi. Kiranya ala-ala bookmark. Tapi dengan evernote ni, kita boleh baca secara offline. Gitu.
Oh ya , tadi duk mandikan anak-anak petang tadi, sambil menyabun dan memberus gigi, aku rasa nak share pula tentang kesihatan gigi anak. Buat masa ni, Zikry, anakku yang berumur 3 tahun 4 bulan masih bergigi penuh lagi namun ada kekaratan yang telah timbul sejak umur 1 tahun lebih. Risau juga ya sebabnya gigi mereka ni nak guna sampai umur 7 tahun, lagi 4 tahun nak survive. Jadi, gigi yang ada ni kenalah jaga betul-betul. Mana yang dah rosak tu kena memperlambatkan kerosakannya supaya boleh bertahan sampai umur 7 tahun.
mana yang dah takda gigi, susah sikit untuk kanak-kanak ni sebab mereka ni memang sedang dalam proses belajar bertutur. Jika takda gigi, makanya agak sukar lah seuatu perkataan untuk disebut.
Jadi , ingatlah wahai ibu bapa. Penting ya gigi anak-anak.Jagalah sebaik mungkin. ada sesetengah kanak-kanak tak mahu berus gigi, saya perkenalkan berus gigi elektrik kepada anak supaya nak gosok gigi tu jadi lebih mudah. Tak payah memberus. Tambahan lagi, tempat-tempat terselindung kat belakang gigi boleh dibersihkan.
Ada juga ubat gigi untuk menghalang kerosakan gigi dan juga memutihkan. Selamat untuk anak dari umur 1 tahun. Agak mahal namun berbaloi kan. RM75.
Comments
Post a Comment