Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017 - Bahagian 4

Fuhhh…Sakit gila ni. Dalam hati. Aku mengetap bibir sambil menarik nafas. Dalam 2 minit juga prosedurnya. Doktor perasan aku tahan sakit. Teringat selepas doktor menarik keluar bayiku tadi, sebagai prosedur biasa, doktor akan bertanya kepada Si Ibu. Puan dapat anak apa? Sambil dia mengangkat tinggi bayi ku, tinggi dari aras pembaringanku. Selepas dipotong tali pusat. Nampak seraut wajah anakku yang kemerahan, di mukanya penuh warna putih. Matanya masih pejam lagi. Suaranya nyaring menangis, tanda anakku sihat. Anak lelaki. Yakin sekali aku menjawab. Minggu ke 21 kehamilan bila doktor di Klinik Ajwa itu membuat imbasan, beliau terus memberitahu, Haa, nampak dah pistol. Menunjuk sungguh baby ini. Kami suami isteri terkedu. Haa? yeke... Dan akhirnya aku gelak sampai mengeluarkan air mata. Air mata yang menghapuskan keyakinanku yang menyangka kandungan ku ini adalah perempuan. Doktor yang membuat imbasan itu seolah mengerti perasaanku. Dia memeriksa buku pink ku dan cuba memujuk...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017 - bahagian 3

Puan Nadira ada GBS ke? Ya, Nurse saya ada, jawabku. Kuman GBS ini jika sekali ia penah wujud dalam sejarah kelahiran, maka doktor akan membuat kesimpulan kebarangkalian kuman ini hadir tetap ada. Syukur mengandung kali ini ujian swab GBS negatif. Kuman GBS ni hanya datang semasa tempoh kehamilan dan sangat membahayakan bayi jika terkena jangkitan kuman itu boleh menyebabkan FATAL. Kalau macam tu, kami kena bagi antibiotik.. terang Nurse dengan lembut Seeloknya 4jam sebelum bersalin. Kita masukkan air atau dalam medical line dipanggil IV drip. Lantas Nurse mencari urat di tangan kiriku. Sasarannya adalah urat hijau itu. Mujur tangan aku nampak kurus. Ditepuk-tepuk dan ditekan sedikit urat itu timbul. Lalu dia menyapukan cecair sejuk dan jarum Branula hijau dibenamkan ke bawah kulit. Uihh.. panjang jarumnya. Ada tiub kecil juga bersambung dengan jarum dimasukkan dalam salur urat tadi. Nurse, bila boleh bukak jarum ni ya, tanya aku tak sabar-sabar lagi. Padahal baru saja d...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017 - Bahagian 2

Sekarang masih 2cm lagi. Dalam PAC, dapatlah aku mendengar si Ibu yang menjerit, menyepak katil , memarahi Nurse dan Doctor kerana sakitnya kontraksi itu. Namun begitu, aku tahu mereka bukan sengaja untuk melakukan perangai pelik-pelik begitu. Sakitlah doktor! tiba-tiba ada sang ibu menjerit dari labour room 1. Aku baru nak terlelap langsung segar mata. 'Puan, puan kalau puan keras macam ni, macam mana kami nak tolong', bagi kerjasama puan, tegur nurse. Semua butir -butir kata jelas kedengaran kerana suasana sunyi lagi. Selang beberapa minit, tangisan bayi memecah hening. Uwek! Uwek! Aku nampak nurse berlari membawa bayi untuk bagi bantuan oksigen dan merapikan bayi tersebut sebelum diukur dan ditimbang. Hai lah, dia pun dah lepas. Aku ni pukul berapa lah gamaknya ni. Harap-harap cepat lah sikit, aku mengomel sendiri. Jam menunjukkan pukul 7 pagi, aku nampak ramai Doktor dah mula bertugas. Ibu - ibu yang sudah mempunyai bukaan 2cm dan bukan anak pertama dibenarkan du...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam 3 Ogos 2017

KISAH KELAHIRAN THORIQ UL HAQ MUHAMMAD YUSOF 8.36PM, HOSPITAL SHAH ALAM 3.6KG / SVD 3 OGOS 2017 Kisah kelahiran ku buat kali ketiga . Pengalaman baru. Persekitaran baru. Setelah 1 tahun berlalu, baru hari ini aku sempat memerah memori aku kembali untuk menukilkan pengalaman melahirkan anak ketiga kami. Lelaki. Paling berat dari kalangan abang-abangnya. Aku perasan kehadiran mu, wahai anak bila aku lewat ‘period’ pada bulan November 2017. Pada mulanya aku sangkakan lewat seminggu, rupanya berlarutan hingga ke dua minggu. Jika diikutkan pengalaman lepas, biasanya lewat bermakna ada ‘sesuatu’. Seperti biasa, dengan perasaan teruja bercampur harapan, membeli pregnancy test kit di Guardian. Seperti mana telahanku tepat sekali. Ada anak baru dalam rahimku. Tahniah anak kerana berjaya menerobos sempadan. Dikaulah sperma yang berjaya menembusi diantara berjuta-juta yang lain. Proses mengandungkan sangat lancar dan menyenangkan. Aku masih boleh berlari dan berzumba dikala kandungan men...