Skip to main content

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

 AWAS!!
  ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN. 

'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.' Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya' 
[nadiramahidan: 2012]


Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan. 

Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad Yusof ke dunia pada 10.34 malam iaitu malam jatuhnya hari keputeraan baginda Nabi Muhammad.

Berbanding dengan kelahiran yang lalu, sepanjang mengandung kali kedua ini aku banyak menggali ilmu-ilmu berkaitan bersalin. Pengalaman pertama cukup serik buatku. Semua takdirku serahkan bulat-bulat kepada nurse dan doktor. Maklumlah bak kata orang tiada pengalaman bersalin dan sangkaanku BERSALIN itu MESTI SAKIT, MESTI macam nak PUTUS NYAWA dan MESTI trauma. Aku cuba google mana lah tahu ada cara bersailn yang kurang sakit. Oh ya, bersalin yang pertama aku diinduce. Jadi pada yang pernah merasa induce boleh bayangkan bagaimana sakitnya contraction tanpa henti sehinggalah tiba waktu meneran.

Akhirnya aku terjumpa pasal hypnobirthing dalam blog seseorang, aku pun dah tak ingat. Dalam entri tu dia mencadangkan untuk dapatkan buku Hypnobirthing: The Morgan method.
Dalam buku tu terkandung juga sekeping CD relaxation untuk visualization dan breathing dalam membantu proses bersalin. Boleh didapati di MPH online dengan harga RM72.20. After less  20% dapat RM57. Sila lah beli untuk ibu-ibu  yang serius ingin bersalin secara normal.

Sejak dari hari tu, aku pun membaca dan memahami teknik-teknik yang ada dalam buku tersebut. Sebenarnya hypnobirthing ni ada kelas tapi aku tak sempat nak mengikutinya memandangkan kelasnya 5 minggu, seminggu sekali. Selain dari buku, aku belajar teknik breathing dan visualization hypnobirthing ni dari youtube. Jadi disarankan untuk menghadiri kelas supaya lebih jelas dan diajar oleh practitioner yang bertauliah. Aku belajar sendiri. Maka mestilah ada kesilapan yang aku buat masa bersalin hari itu. Lepas ni nak pergi kelas tu betul-betul belajar baru puas hati.

--------------------------------------------------------------------------------

Eh, panjang lebar pulak pasal hypnobirthing ni. Berbalik pada pengalaman bersalin tadi, alkisahnya pada tarikh EDD 1/1/2015 tu, aku dan suami pergi ke UMRA hospital untuk ambil result vaginal swab for GBS yang dibuat 2 minggu lepas. ( nanti ada entri pasal GBS pulak ye). Sampai di Hospital UMRA, nurse tu beritahu bahawa result ada problem, jadi perlu  berjumpa dr. Ummul untuk consultation

Alat vaginal swab test

Masa checkup beliau memberitahu air ketuban level OK, baby pun OK dan disebabkan hari itu EDD, beliau mencadangkan untuk membuat vaginal examination (VE). Check bukaan masih 0. Tiada langsung dan masih tinggi katanya. Lalu beliau berkata  'tak mengapa, saya akan bukakan laluan sikit supaya tak diinduce nanti. Kalau balik ni ada tumpah darah, tidak mengapa, itu kesan dari saya buat bukaan ini. Kalau ketuban pecah, datang jumpa saya.' ujar beliau.

Masa die nak buat bukaan tu, bergoyang-goyang juga badanku menahan tujahan jari Dr. ummul ke dalam vagina. Oh! Agak sakit jugak, tapi sebab tahan nafas, jadi sakit tu minima sahaja. Masih bearable. 

Lepas tu kena check CTG kat tingkat 2 untuk melihat bacaan denyutan jantung baby. Kontraksi pun tiada (bacaan dalam 20), biasa-biasa je kata nurse . Contraction orang nak bersalin dalam 100 bacaannya. Setelah  selesai CTG 15minit, bayar bil dan terus balik. Setibanya kat rumah, bila buang air kecil, tiba2 ada lendir darah. Jeng3. Ini dah dikira tanda bersalin, banyak jugak. Esok pagi nya pun, masih keluar. Dan bermula lah kontraksi yang manja-manja kian menjelma. 

-----------------------------------------------------------------------------------

2/1/2015-10pagi
Jumaat pagi yang indah.

Contraction atau dipanggil surge dalam term hypnobirthing selang 15minit berkadar dengan 30saat panjang surge. Ketika ini aku masih boleh mandi, masak dan melayan zikry. sambil tu berwassap dengan sahabat dalam group Ex zamrudan. Mereka sangat mengambil berat tentang diriku memandangkan aku sering bertukar -tukar pendapat dan perasaan semasa bersalin. Terutamanya Kak Ana. Beliau risaukan aku dan menyuruhku menghubungi suamiku apabila aku memberitahu aku sedang surge 15 minit sekali. Mengikut pengalamannya, dalam tempoh begitu, kemungkinan bukaan sudah 5-6 cm. Begitu juga dengan adikku yang tinggal bersama ku, dialah yang tukang report keadaan semasa kepada ibuku dan adik beradik yang lain. 

Tidak mengapa. Aku masih OK. Surge ini masih boleh ditanggung dan aku masih boleh ketawa lagi. Kebetulan hari itu ,adikku dah start cuti ( belum pernah cuti semenjak kerja) jadi dia boleh tolong layankan zikry main dan menonton TV. Suamiku pula kerja shift pagi 8-4ptg. Aku merasakan masih lambat lagi bersalin jadi aku melepaskan dia untuk pergi...

Syahdu tak?

Nak dijadikan cerita hari itu macam-macam pula kejadian yang mengganggu plan ku untuk bervisualizing. Baru start nak masak gas habis pula. Call orang yang hantar gas, dia kata boleh hantar pukul 3 ptg sebab hari jumaat nak pegi sembahyang.

Aiyaa! Sekarang baru 11.30 pagi. Hmm..tidak mengapa kita makan apa yang ada sementara itu aku menghubungi nombor gas yang lain. tapi 4 nombor semua tak berangkat! Alamak, mcamana nak masak ni. Andai aku bersalin hari ni, aku nak adikku,anakku, dan suamiku sempat makan makanan yang aku masak. Dahlah aku masak special . Cendawan goreng tepung, ayam bakar berempah, sayur goreng. Sdap tak?! Sedapkan! 

Sebab lama sangat nak tunggu pukul 3, aku suruh adik pergi ke Giant untuk membeli nasi dan lauk disana. Sampai sana dia telefon kata pulak tayar keta kempis masa dah sampai  kat parking Giant. Takut tayar kempis dengan lebih teruk lagi , dia sempat beli air tropicana dan susu je. Nasi tak sempat! Hmm..macam-macam hal.

Dah sampai rumah, aku mintak tlg dia cari no gas baru. Dia kata dah penat. Tak apa. Aku sendiri menapak pergi beli gas di kedai seberang jalan rumah lebih kurang 50 meter. Biar cepat sikit bersalin.Surge datang 10minit sekali ku tahan saja. Bila berjalan tak rasa sakit. Hanya pressure.

Dalam pukul 4.30 ptg, tong gas pun sampai  aku selesaikan acara memasak. Suami pun baru balik dari office, ajak dia makan terus. Sesekali aku tengah menyuap nasi, surge datang, terbangun jugak aku. Pastu sambung makan semula. Camtulah selang seli sampai lah nasi habis. Aku kena makan supaa ada energy nanti bila bersalin. 

Waktu pukul 6petang. Surge selang 5 min dengan berkadar 60saat. Aku hanya bersandar di dinding sambil bantal ku diatas peha. Aku pejamkan mata. Sesekali zikry datang ke bilikmembawa mainan. Aku senyum saja. Dia tahu aku sedang sakit. 'mumy sakit perut kan'. Aku angguk. Lepas tu dia keluar dari bilik dan sambung main. Aku cuba mengalihkan rasa sakit yang datang sambil melihat awan-awan hitam yang sedang membawa hujan. Malam ni mesti hujan. Aku mesti bersalin malam ni.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dikala ini fokus diperlukan. Aku praktikkan 3 jenis breathing ( sleep, baloon & birth )

1. Sleep breathing - tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila cotraction datang. 

2. Baloon breathing: tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayang kan perut kita seperti belon,tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti  dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga. 

Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan,bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze ) . Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.

Fikirkan LET IT GO ! LET IT GO. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.

Facial expression: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum.

Bila surge tu datang, aku akan tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation. My body is strong! i am strong mother! My baby is good!

3. Birth breathing : Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit. Cubalah! pasti tak buasir .

Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3bulan sebelum EDD.


DONT FEAR! 

kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension,stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormon Endorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.
-------------------------------------------------------------------------------------------


Bila dah boring, aku berjalan-jalan dalam bilik dan kadang-kadang aku menggolekkan punggung atas birth ball.  Ia membantu melonggarkan tulang pelvis dan mendorong kepala baby ke bawah . Aku minta suami mengurut dengan kuat di bahagian pinggang dan tulang belakang. Lega rasanya. Dah pukul 630 ptg. Surge makin kuat. Tiba-tiba suami pulak minta nak keluar kejap nak jumpa adik ipar kat subang parade. Nak beli snowflake katenya. Aku berfikir nak lepaskan dia pergi ke tak? Aku macam nak pergi hospital ni.. Hmm takpelah balik nanti lah baru pegi. Dia janji akan balik dalam 8.30 malam. 



Suami asyik bertanya ' you OK tak? I OK je. boleh tahan lagi. Muka aku agaknya tidak melambangkan kesakitan, sebab tu dia berani nak pergi keluar lagi sedangkan sakit ini hanya aku sahaja yang tahu level nya. Masa ini selang 5 minit surge. Aku tak pegang handphone dah. aku cuma fokus dan fokus breathing.



Aku minta bawak zikry sekali supaya nanti zikry tertidur dalam kereta dan kami boleh ke hospital dengan aman. Bukan apa, zikry kalau nak tidur mesti nak mamy yang tidurkan. Tidurlah ya sayang, esok kita jumpa . Malam ni mumy nak keluarkan baby. Esok zikry boleh jumpa adik dah. Walaupun baby dah keluar, Zikry sampai sekarang sebelum tidur wajib mencium perut mumy :-)

Azan maghrib berkumandang. Aku rasa baik siap-siap untuk ke hospital. Aku mandi. Adoi! Menggigil badan menahan surge pastu mandi air sejuk pulak sebab masa ni dah hujan. Alamak hujan la pulak. Lebat pulak tu. Pukul berapa nak pegi ni? Lepas dah siap2, aku duduk bersandar ke dinding semula sementara tunggu suamiku balik dari Subang Parade. Aku tak tengok jam. Tak nak psiko. 

Dalam bilik aku tutup lampu. Biarkan suasana sunyi dan aku boleh fokus visualization dan breathing. Aku bayangkan aku sedang snorkeling di Pulau Redang bersama ikan yang berenang sambil bagi roti. Mendengar nafas sendiri sangat menenangkan. Bunyi ombak. Sambil melayan surge, aku rasa sangat mengantuk. Serius rasa nak tidur. Nak tidur tak boleh sebab tak selesa surge ni. Aku mintak adikku buat milo panas.Sedapnya.!!

Best tak masa surge rasa mengantuk?! Masa induce dulu memang takda chance nak mengantuk. Bila dah sedut gas baru rasa mengantuk. Yelah, bila induce, kontraksi yang terhasil bukan yang normal, maka kesakitannya berganda dan sepanjang masa rasa nak meneran je. Berbanding  kontraksi tanpa ubat-ubatan, gap antara kontraksi tu bolehla kita buat nak buat kerja sebentar.

---------------------------------------------------------------------------------------


Lepas pulang dari Subang Parade, aku minta suamiku  bersiap untuk ke hospital. Dia cakap, tunggu hujan reda dululah, baru kita pergi. Kalau nak tunggu hujan berenti pukul berapa pulak ni. Aku tau surge pun datang selang 3minit. Aku rasa macam dah tak tahan dah. Kalau tunggu lama lagi, mau bersalin di rumahlah agaknya. Dia pula sempat lagi nak offer snowflake.
Inilah rupa outletnya!

Inilah snowflake yang aku suka sangat tu!


Aku cakap taknak takde mood nak makan dah. Fokus dah terganggu. Agaknya dia offer aku makan, nampak aku macam tak sakit sangat kot?! Padahal surge semakin kuat, hanya aku je yang tahu rasanya dari pinggang turun ke tulang punggung. Ianya seperti diperah-perah pinggangku. Layan! jangan melawan.


Sebelum bertolak, aku pesan pada adikku supaya tengok-tengok kan zikry nanti. Harapnya dia takda lah tercari-cari aku masa tidur nanti. Aku berjalan keluar dulu, aku pilih untuk turun tangga manakala suamiku keluar lambat sikit. Arghh, aku jalan dulu lah. Dah turun sampai tingkat tiga ( rumah tingkat 5 ) aku tengok takde pun dia follow belakang. Adoi, aku pun naik balik lah mencari dia. Tengok pinti dah tutup, selipar dia takda. Alahai! Mesti turun naik lif ni. Aku segan nak turun lif, nanti orang perasan pulak muka ku yang ketat ni. Lalu aku pun turun guna tangga...

Dah turun, dok cari kereta pulak, mana plak dia ni. Aku dah tak larat nak jalan ni sebab jalan sikit, terberhenti, jalan sikit terberhenti selang 2 minit. Menahan surge! Cari punya cari nampak dah plat kereta terus gerak. 

Dalam kereta aku minta tak pasang aircond. Time surge ni, aku tak nak buang tenaga menahan sejuk. Aku sambung balik visualization and fokus breathing. Kadang-kadang aku buka mata nak tengok dah sampai mana. Kami senyap dalam kereta. Aku hanya memberi isyarat angguk atau geleng saja bila menjawab soalan suami. 

Lebih kurang setengah jam(9.45 malam) sampai lah di Hospital Serdang. Sempat lagi suamiku tanya, tempat kat mana? Aku pun tunjuk lah. Ish! Dia ni macam tak pernah pergi pulak. Aku mulalah macam nak marah. Pastu bila aku suruh bawak semua beg, dia tanya lagi nak bawa semua ke?

Aku kata bawak jelah. Malas nak bergaduh pasal beg, aku bawak je mana yang terangkut beg terus ke tepi pintu masuk pendaftaran bersalin dan kecemasan. Manakala suamiku pergi mencari parking. Ingatkan suamiku kononnya nak minta wheelchair ke hampeh! Dalam hati, eh tau tak sakit! Dah lebih kurang 5 minit tunggu dia tak sampai-sampai lagi.  Aku pun terus ke kaunter, bawak buku merah. Kakak kaunter tak entertain aku pun. Aku pun tak larat nak cakap. Aku tunggu jelah turn. Si ibu yang sedang register tengok aku yang sekejap menunduk kat kepala kerusi. Menahan surge. 


Aku taktau nak minta tolong siapa. Suami tak sampai lagi. Aku pandang muka mak guard india yang duduk tepi kaunter dengan muka kasihan. 2 kali aku tengok dia bila surge datang. Dia pun akhirnya datang padaku, minta buku merah dan IC. Dia tolong register kan. Terima kasih! Aku sangat berterima kasih sebab dia saja yang faham perasaan dan sakit ku masa tu. Hish mana lah suamiku itu? Lambat betul! masa ni fokus hilang kemana bila dah sampai hospital. Terus rasa sakit sangat.



Aku beritahu pada mak guard tu kalau ada suami saya yang baju merah bieritahu dia yang saya dah masuk ke tempat orang nak bersalin . ( wad ke?) Aku terus masuk ke dalam, terus bagi nurse buku merah, check BP Masa nak check BP tu aku mengeras sekejap menahan surge. Nurse suruh aku duduk, aku jawab kejap! kejap!. Mereka memang tak perasan kah yang aku tengah sakit gilon dalam ni?! Hebat penangan hypnobirthing!

Masa check BP. Nurse tanya pernah bersalin kat sini? Pernah. Ada keluar tanda? Ada. Blood show. Bila? Pagi tadi. Aku bagitau juga pada nurse yang aku GBS carrier. So bila dah nak bersalin nanti, antibiotik (penisilin) perlu disuntik kepada ibu. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman GBS kepada bagi yang dilahirkan. Nurse pun angguk faham.

Aku adalah pembawa kuman GBS .Huk2!

Lepas tu, dia suruh kencing nak check urine dan tukar kain batik. Dalam hati, ala..kena buat jugak ke..aku rasa macam dah nak bersalin ni. Hmm..ikutkan jelah. Lepas dah kencing, terus pergi ke katil 1 untuk  CTG. Aku tengok katil banyak kosong dan sunyi. Ada 2 orang ibu saja yang sedang CTG. Dejavu! Katil no 1 ni lah katil masa check CTG masa nak bersalinkan zikry pada 2012.

Masa nak naik katil untuk CTG, sekali lagi aku mengeras atas katil tak sempat baring. Nurse pun berkata, puan baring elok-elok puan, jangan duduk macam ni(macam bersujud) katil ni bukan tahan sangat. Aku pun membalas, kejap! kejap!. Haha. Tengah surge menggila memang tak boleh buat apa. Tunggu rasa tu hilang baru boleh bergerak semula.  Tak caya? Nanti rasa ye..hehe

Menahan surge sambil berbaring adalah menyakitkan. Aku memusatkan fokus semula untuk divertkan sakit surge ni. Kurang 5minit CTG tiba-tiba surge hilang, aku rasa nak meneran. Aku memberanikan diri untuk merasai kepala baby kat bawah. Oh belum lagi cuma mulut vagina memang rasa dah terbuka besar. Wah! Rasa nak tengok pakai cermin pula.

Bila dah rasa nak meneran, aku apalagi menjerit panggil doctor india yang sedang lalu di depanku. 'Doctor, saya rasa nak meneran ni.' Kelam kabut doctor tu. Kejap ye, jangan teran lagi, saya check bukaan, lalu dia panggil doctor sorang lagi dan memberitahu 8cm,8cm boleh tolak labour room! 

Masa check bukaan tu, aku rasa ada cecair panas mengalir. Itu mesti air ketuban. Dalam hatiku, YES! 8cm! Berbaloi aku menunggu kat rumah,yeyeh masuk labour room! Tak payah kena drip, check VE setiap 4jam. Cuma cucuk antibiotik saja (penisilin).  Alhamdulillah!


Masa tolak ke LR, aku tanya nurse suami saya dah masuk ke..dia ada kat luar. Dia kata dah panggil. Semasa di LR aku jadi terkejut. Eh, bilik ni tak sejuk sangat macam dulu menggigil aku menahan. Nak suruh tutup aircond memang tak boleh sebab central aircond. Bilik ni best! Sejuk minimum saja kerana LR inilah yang paling hujung. Lega! Syukur allah permudahkan!

Ha, time nak naik katil, sekali lagi aku statik secara meninggung atas katil. Nurse pun dengan nda sedikit menjerit 'Puan baring cepat puan..tak boleh macam ni'. Nak saja aku baru nak bersalin cara mencangkung, itu membantu bayi keluar dengan adanya graviti.  Aku pun cakaplah kejap-kejap tunggu sakit hilang. Surge yang berlangsung 1minit dirasakan lama sangat. Masa surge hilang, aku salin baju, campak semua tukar baju hospital. Suamiku baru sampai. Dia pun dah pakai baju hospital jugak.

Masa baring, buka kaki luas-luas, punggung jangan diangkat untuk mengelakkan koyakan. Bila datang surge, aku teran. Entah berapa kali tak keluar-keluar jugak. Penat nih. Lenguh leher. Suami ku pegang ala kadar. Aku marah dia suruh ampu kepala aku betul-betul. Entah berapa kali aku meneran, kali ke 5 mungkin, baru lah keluar. meluncur laju! Aku nampak nurse memegang baby beselirat dengan tali pusat. Baby keluar senyap. Bila disedut air dari hidung dan mulut, barulah dia menangis. Nurse bagi suntikan Syntometrine untuk mengeluarkan plasenta. Sekali teran terus keluar plasenta tersebut dalam keadaan lengkap tanpa hancur.

Aku pun mengucap subhanallah, subhanallah. Fuhh! Tak perlu meneran lagi. Penat sungguh kalau meneran tak keluar-keluar. Baby diletak atas badan. Skin to skin. Kali ni ringan sikit.  

Kali ni tiada episiotomi. Ada koyakan sikit 1st tear degree. Aku berbual-bual dengan nurse sambil dia menjahit. Lebih kurang setengah jam, siap! Alhamdulillah. Selamat dah melahirkan bayi lelaki 2.97kg.  Suamiku mencium dahi. Terima kasih sayang Nampak mata macam merah. Tak nangis kot. Hehe. Dia nampak rilek je. Pengalaman kedua kan. Hanya 4 jam sakit kuat dan kurang sejam sampai hospital terus bersalin.

ZIYAD UL HAQ B MUHAMMAD YUSOF


Mulut dah kering. Aku minta suami untuk minum air dan makan kurma.. Leganya. Eh! Aku rasa macam ada tenaga lagi je. Baik aku update facebook yang aku dah bersalin. Sempat juga bergambar wajah selepas bersalin. Nampak segar lagi! Hehe. Kali ini rasa macam bertenaga lagi. Kalau ditanya bila nak bersalin lagi, hujung tahun ni pun boleh! :-P tiada trauma.

Baby pun dibawa keluar kejap selepas diazankan. Serius! Rasa macam baru balik joging je. Selepas sejam, darah pun banyak hilang akibat melahirkan, aku rasa macam nak pitam. Aku tinggikan kepala, pinggang, bahu, leher dah rasa lenguh-lenguh. Kaki pun dah kebas. What a beautiful experience!
Wajahku selepas 1 jam bersalin.
--------------------------------------------------------------------------------------

Dapat rasa semua dalam keadaan sedar.Kalau dulu, memang rasa nak pengsan, nak pegang sudu tak larat, nak cakap apatah lagi. Lama jugak duduk dalam LR  dari 10.30 malam sampai 4.30 pagi. Aku memang tak tidur. Suamiku je yang dah tidur kat kerusi. Aku manfaatkan masa untuk skin contact dengan baby, ajar dia menghisap untuk stimulate susu. Susu keluar setitik saja. susu keluar 30-40jam lepas bersalin. Jadi jangan gelabah macam aku bila susu tidak keluar .

sila refer link : 





Lebih kurang 4.40pagi barulah aku ditransfer ke wad 5F bilik 28. Bilik single.yeay! Seronoknya! Suamiku pula lepas dah bawa beg semua ke bilik, dia pun bersiap balik. Pukul 12 esok dia akan datang melawat. Sempat aku tanya kenapa lambat sangat masuk LR tadi? Dia cakap die dahaga sangat, beli air cincau kejap. Ciss! Sempat lagi. Suami ingat macam lambat lagi bersalin tu yang bersiar siar dulu rupanya masuk LR terus. Ahaha! 
Orang yang pertama melawatku diwad , Puan Aqeen bersama anaknya. Aku bertiga dengan Zikry da Ziyad. Picture taken by daddy :-)
See! Penangan hynobirthing. Ia bukan saja memberikan ketenangan kepada si ibu, tapi jugs kepada birth partner ( suami ). Bila kita tenang, kita tak rasa takut. When fears happen, it create tense, when tense it create pain. When it pain, our body fight,fight,freeze. Bila kita melawan contraction tu, ini akan memanjangkan proses kelahiran. wajahpun penuh ketenangan sampaikan orang tak percaya kita sedang berada dalam active labour. 

Begitulah pengalamanku bersalin kali kedua with PAINLESS LABOUR. Kita berjumpa di entri pengalaman bersalin anak ketiga pula. Nantikan ! Hahaha! 

Bagi yang ingin bersalin dan akan bersalin buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, aku amat-amat menggalakkan untuk pergi ke kelas Hypnobirthing. You can change the perception of labour itself. Fahamilah dan yakinlah dengan kekuatan tubuh badan anda bahawa  anda mampu menghadapi proses kelahiran yang sangat indah untuk dikenang. Jangan baca entri ini sahaja. Banyakkan membaca. Take action now! Better late than never! Good luck! :-D

-------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN YANG KERAP DITANYA

Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?
  • Hasil google dari blog-blog,
  • website http://hypnobirthing.com.my/hypnobirthing
  • Gentle birthing
  • Buku parenting 

Siapa yang support aku pasal hypnobirthing?
  • Suami. Pada mulanya dia pun tak faham ,bila dah selalu bercerita baru lah dia boleh membayangkan. Aku target sakit bersalin dalam masa 4 jam. Tecapai. (4 jam dari active labour hingga bersalin)
  • Diri sendiri. Kemahuan yang kuat untuk bersalin dalam masa yang singkat .

Apa rahsia tak rasa sakit?
  • Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
  • hormon endrorphin - mengurangkan rasa sakit.

Pantang larang hypnobirthing?
  • dont fight with your body.
  • Dont freeze. Let it go.
  • Dont practise last minute. Tak kan jadi. It's all about mindset

Apakah faedah hypnobirthing?
  • Minimakan risiko di c-zer.
  • Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
  • Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
  • Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
  • Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
  • Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.

Hyperlink hypnobirthing practitioners

Bacaan selanjutnya :

Download hypnobirthing affirmation & mp3 rainbow relaxation
Shortform and similar word :
  • BP - Blood pressure
  • Surge = contractions
  • GBS - group B streptococcus
  • VE - Vaginal examination
  • CTG - Cardiotography
  • SVD - Spontaneos Vaginal delivery
  • Induction -  bersalin dengan bantuan ubat seperti cyntocin untuk memulakan pelahiran
  • Active labour - bukaan semakin besar dan kontraksi semakin kerap dan berpanjangan dari 60-90 saat.
  • EDD -Estimated Date of Delivery
  • Vaginal swab- sejenis ujian terhadap vagina dengan mengambil sedikit cecair dari dalamnya untuk mengenal pasti jangkitan. Ujian tersebut dibuat dengan menggunakan cotton bud
  • Oxytocin- hormon yang menggalakkan contraction
  • Endorphin -hormon yang mengurangkan rasa sakit
  • Penisilin - sejenis antbiotik yang didapati dari kulat penisilium untuk merawat jangkitan di beberapa bahagian tubuh
  • Cyntocin/ Syntomentrine - hormon sintetik seperti oxytocin untuk mencetuskan kontraksi samada semasa bersalin ataupun mengeluarkan plasenta.

Terima kasih kerana membaca ! :-)

P/S : Dalam LR masa hari tu terdengar LR sebelah orang terajang katil menahan sakit. Rasa kasihan sangat sebab aku dulu pun macam tu. Huhu. Kalau dah terajang katil  tu maksudnya memang dah nak keluar sangat lah baby tu. Itu tahap sakit maksimum. Selang 15 minit dengar suara sorakan PUSH, PUSH! akhirnya dia juga berjaya melahirkan. :-)








Comments

  1. Tahniah dira bersalin ank ke2..
    Lambat sikit nk hbs baca, baca awal2 pagi, waktu tenang, baru nk menusuk kalbu..
    Mcm seronok je nk bersalin, hahaha.

    Baru tau hypnobirthing ni.
    Nanti sambung menulis lg tentang ni ye, kot la dpt seru kali kedua, huhu..

    ReplyDelete
  2. Boleh tak nak pinjam? Puas merata saya cari.

    ReplyDelete
  3. Mana nak cari buku hypnobirthing tu eaa ... answer me plisss

    ReplyDelete
  4. pengalaman uang menakjubkan. saya juga pengamal hypnobirthing. Seriously 12 minit je kat labour room. tampa minyak kelapa dara, air selusoh, vitamin shaklee... hanya air yasin suami dan teknik pernafasan...

    bole ikuti blog saya

    http://www.catatankumama.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Tqvm sis..sy igt n apply sikit2 pglmn sis ni..alhamdulillah berjaya! Sgt mbntu dn bmnfaat cerita sis..Ni nak bsalin anak ke2,nak buat lg hehe..n part paling lawak bile suami sis sempat pegi beli cincau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya allah. tak sangka dapat membantu ramai orang termasuk lah Shamimi. Selayaknya Allah memberi kekuatan kita untuk berjuang demi bayi kita kan. Good luck tau Shamimi. Boleh share emel tak kita stori-mori. hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi barisa

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP agak ti

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran