Skip to main content

Interview Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 UiTM

29 Oktober yang lepas, sahabatku saramaya telah memforwadkan kepada ku jawatan kosong di Uitm sebagai penolong pegawai teknologi Maklumat. Setelah dibaca syarat-syarat dan permohonan rupanya mereka lebih mrngutamakan calon yang mempunyai pengalaman dalam oracle programming dan Cold Fusion.

Kalau bab programming ni memang aku tiada langsung pengalaman melainkan menaip coding untuk storage untuk diconnectkan ke server. Aku pada mulanya enggan untuk mencuba nasib, tetapi suamiku menggalakkan ku untuk cuba. Manalah tahu jika ada rezeki di UiTM. Apa yang aku boleh tawarkan hanyalah pengalaman kerja ku selama 4 tahun di Tegas Tepat.

Disitulah banyak mengajarku erti berdikari, tiada spoonfeed, self study and self learning. Aku hanya ada seorang Technical Manager yang boleh direfer.

Muka macam tembam je. Hehe. Cuaca sedikit cerah.

Disitulah pertama kali aku berkerja setelah tamat pengajian. Company ini adalah EMC dan Hitachi Storage distributor. Kami bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada kerajaan dan swasta tentang storage dan teknologi terkini. Lebih kurang pukul 12, aku dibawa bersama calon yang lain untuk ujian bertulis selama 1/2jam. Soalan adalah berkenaan SQL statement, pseudo code dan fibonacci number.

Aku memang tak boleh berpura-pura menjawab soalan sedangkan aku benar-benar tak tahu jawapannya. Aku tulis disitu:

"I cant answer the questions and I dont have any ideas regarding SQL statement. I just have knowledge on storage hardware and software. I will not pretend to be clever and buat- buat tahu."

Ada 13 orang memohon jawatan ini. Mungkin yang kosong hanya 1 saja.

Soalan dalam interview :
1) introduce yourself
2) experience in programming
3) given scenario : what would you do if the system slow?
4) imagine that we want to develop system, what must we do?
5) what is your expectation?
6) what is your expected salary?
7) state that why we must choose you to fill up this vacancy?
8) if you are chosen, when will u can start work?

Dan akhirnya, mereka pulangkan dokumen asal dan jika layak, mereka akan dipanggil temuduga. Nampaknya mereka memerlukan programmer dengan cepat. Aku, munirah 30 tahun dan ada master dan amir 24 tahun, fresh grad. 

Terkejut juga kerana mereka tak tahu apa itu storage. Aku explain tentang enclosure yang mempunyai deretan hard disk yang berfungsi untuk menyimpan data, system atau application di situ instead store them in the server itself. 

Memang tipis langsung tiada harapan ni sebab diorang memerlukan core programmer. Jadi, anggap saja ini pengalaman diinterview lagi. Hehe.

Signboard gitu.

Surat tawaran.
Bagi by hand saja sebelum ujian bertulis tu sebab tak sempat nak pos katanya.

Antara calon yang hadir. Semua calon berjumlah 13 orang. 

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

  AWAS!!   ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN.  'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.'  Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya'  [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan.  Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad...