Skip to main content

Potty Train Anak 2.6 tahun Hanya 72 jam ?

Wow! Tajuk memang hype habis ya! 3 hari nampak macam mudah kan tetapi proses yang memakan masa 72 jam itu penuh persoalan dan hipotesis dari minda sendiri. Nak tahu, sila baca seterusnya.

Al kisahnya, aku memang bercadang untuk membuat potty train sewaktu umur Zikry 23 bulan yakni lagi sebulan sebelum dia mencecah 2 tahun. Waktu itu  kandunganku baru berusia 5 bulan lebih. Aku rasa macam penat je ( mindset terus negatif je) walhal perut masa tu belum besar pun lagi. Baru nak naik. 

Jadi aku cuba untuk satu hari tu, penat juga ulang alik masuk toilet mengemop lantai. Ada juga rasa nak marah bila dia kencing sesuka hati. Aku giveup dan pakaikan pampers semula pukul 7 malam . 

Zikry dah boleh bertutur sikit dan boleh faham arahan dikala itu. Percubaan aku gagal.

Kali kedua aku pasangkan niat untuk diaperless bila aku pergi shopping barang household minggu lepas. Beli pampers untuk adik Zikry, tapi aku taknak beli untuk dia. Aku beritahu Zikry , Mummy taknak beli pampers Zikry lagi sebab lepas ni Zikry dah pakai sepender je. Mumy beli sepender Ultraman untuk Zikry tau bila Zikry dah pandai berak kencing kat toilet .

Lepas GST diumumkan, aku lihat ramai yang update harga pampers naik. Tak boleh jadi ni. Kalau nak beli stok untuk 2 orang boleh mencecah RM130 sebulan [sebelum GST] . Aku nekad demi kebaikan anakku dan new life skill yang dia akan belajar, walaupun penat aku tetap akan teruskan sampai berjaya. Lagipun umurnya dah 2.6 tahun.

Aku beri masa untuk DIRI aku dan ZIKRY selama 1MINGGU untuk POTTY TRAINING. Malam sebelum tu aku mop lantai dan gulung semua tikar dan kemaskan mainan dia supaya tak terkena kencing dia nanti. 

2 April 2015 - Hari Pertama
-----------------------------------

8.00 pagi aku dah mandikan Zikry. Aku beritahu padanya hari ini Zikry akan kencing dan berak kat toilet ya. Nak kencing bagitau mumy tau. Dia mengganguk. Baik cikgu Mummy! Lepas mandi je, selang setengah jam dia dah kencing. Dia tak sedar pun. Tengok-tengok seluar dia dah basah. Dahtu pulak tak nak pakai sepender je, nak pakai seluar jugak. Tukar seluar dan lap lantai yang terkena. Masih tak rasa apa-apa. Lepastu  dah tukar seluar, selang 10 minit kencing lagi. 

Selang setengah jam dia kencing . Kali ini aku geram sebab dia berak dalam seluar. Sebelum ni dia boleh saja bagitau yang dia nak berak masa dia pakai pampers. Aku jadi pelik. Kenapa dia tak bagitau? Aku telefon suamiku dan menceritakan. Beliau kata, mungkin juga sebab dia rasa lain. Biasa berak dalam pampers . Kali ini berak dalam sepender. 

Sambil basuh sepender dan beraknya, aku beritahu zikry dengan nada yang baik-baik supaya dia bagitau bila dia nak kencing atau berak tau. Dia pun OK. ( ok je , tapi berak juga) hehe. Ada juga aku nangis bila aku rasa penat dan geram kat dia. Rasa macam dia sengaja je. Mungkin ini pelajarannya ialah sabar. Hari tu aku memang fokus kat dia je. Masak pun simple2 je takut karang dia kencing. Masa ini memang alert betul dengan titisan air kat atas lantai takut terpijak. Dah macam CSI aku rasa.

Ada sekali tu, Zikry komplen dia penat. Mana taknya asyik -asyik tanya nak kencing tak? lepas tu pulak asyik ke toilet je. Bila aku panggil, dia lari naik kat naik katil tak nak pegi toilet.

Sampai 7 malam total seluar yang ditukar 9 helai! Malam pakai pampers.

Pemerhatian hari ke -1  

Dia memang tak rasa apa-apa bila seluar dia basah dan tak sedar pun dia dah kencing. Muka terpinga-pinga. Macam nak cakap apa sudah jadi dengan diri aku? Teruskan bertanya dan bagitau dia sampai masuk kedalam minda. Mumy, jangan marah dia sebab dia pun taktau apa-apa. 

3 April 2015 - Hari kedua
----------------------------------

Mula pukul 8 pagi juga. Sambil memakaikan baju dan seluar ,aku teruskan memberitahu nanti kalau nak kencing dengan berak pergi toii....letttt sambung zikry. Bagus anak mumy! Sayang Zikry! Hari ini bila dia kencing, dia dah pandai elak kencing. Siap suruh mumy, mumy lap cepat! Ada sekali tu dia pegi lalukan kereta dia kat air kencing tu. Haiyaa! sabar jelah kan. Ada jugak telepas berak dalam seluar . Ada juga kita orang duduk dalam toilet 15 minit semata-mata nak tunggu dia kencing.

Hasilnya tiada. Jadi, setiap 10minit aku tanya dia. Kali ini eksperimen, tutup TV. Kalau ada TV nanti dia ralit tak sedar dah kencing. So aku tak nak macamtu. Aku nak dia alert dengan perasaan kencing dan berak dia tu.

Nak bagi galakan pada dia aku ingatkan semula kat dia cerita Upin Ipin kisah bomba penyelamat. Aku katakan padanya, Zikry jadi bomba tau! Pancut masuk dalam lubang ! hiyakk!! Nak aku tunjukkan contoh, kelakar la pulak sebab takda conet . Haha! 
Zikry kena belajar dengan daddy. Lelaki kencing berdiri je. Perempuan macam mumy kencing cangkung. Zikry tak payah cangkung tau! 

Hari kedua ada perkembangannya total seluar yang ditukar 7 helai. Hmm..kurang 1 helai. Takpa baru hari kedua, ada lagi 5 hari untuk misi ini. Chaiyok! Aku ada termarahkan dia juga sebab penat. Sampai tertidur juga aku tunggu dia dalam toilet. Pabila malam,aku pakaikan pampers.

Pemerhatian hari ke -2

Dia dah boleh elak kencing dia. Masa terkencing tu , dia perhatikan saja. Rasanya dia belum tau untuk menahan kencing. Sekarang dia dah tau mana datangnya kencing tu, dimana rasa urge untuk kencing sebab tu dia tengok je seluar dia.  Kena bagitau dia!

4 April 2015 -Hari ketiga
--------------------------------

Rutin 8 pagi mandi. Kali ini daddy ada kat rumah so daddy dia yang mandikan. Daddy ajar cara kencing yang betul. Aku dengar anak beranak tu happy sekali. Zikry enjoy bila dady kata main bomba-bomba. So dia pun excited la nak pancut. Senang betulkan lelaki, Hihi.

Dady pulak take over tengok kan dia . Ada sekali dia terlepas kencing. Dady mopkan. Bolehla aku rehat sekejap. Petang nanti daddy dah nak pegi kerja. Bila aku dah siap masak dan kerja-kerja rumah lain. aku duduk kat sofa sambil monitor sepender dia. Dia pula tengah tengok Katun Robocar Poli. Aku tengok dia terpegang-pegang conet dia. 

Aku tanya, Zikry nak kencing ke? Dia angguk. Cepat zikry gi toilet. pancut macam bomba. Aku tunggu diluar sebab tengah bfkan Ziyad.Bila aku lihat ada keluar air dari conetnya, aku tepuk tangan! yeah! zikry pandai ! yahuu!! aku bersorak sambil mata ku bergenang. Dia pun seronok lah sambil tergelak-gelak. Yeyeh Zikry pandai! Zikry hebat! yeeayyyyyy!!!

Anak aku dah besar rupanya. Hukhuk.

Aku pun letak adik dia, pegi kat toilet , terus cium dan peluk dia. Yeayy! Zikry hebatlah . Sayang jiky! emmuuahhhh!  aku kira aku dah berjaya! Yes! Yes! 

Aku rasa bersalah pula sebab underestimate dia, aku ingat dia akan TERER dalam masa seminggu rupanya dalam 3 hari je. Tererlah Zikry. Lepas dari saat itu, aku keep asking and monitoring saja. Aku ajar cara basuh conet. adakala terkena juga kencing dia kat sepender. Ahh tak kisah! yang penting misi pertama tadi : kencing dan berak kat toilet dan dia dah PASS!

So malam itu , aku sangat yakin pada dia ,aku tak pakaikan pampers mulanya dan lapik pakai kain. Sebelum tidur dia dah kencing. Harapnya dia tak terlepaslah.

Esok paginya aku check pampers ada basah tak? 

Jengjengjeng!Kering! Yeayyy! Yahuuu!!!

--------------------------------------------
 5 April 2015 - Hari keempat

Aku simpan pampers dia .Ini psikologi untuk aku supaya aku kena yakin Zikry memang betul-betul diaperless. Psikologi untuk Zikry pula,dia dah besar dan tak perlu pampers lagi. :-).

TIPS

  • Sedia. Lihat anak jika dia benar-benar bersedia atau tidak. Petanda pertama jika dia dah pandai cakap dan boleh bagitau, so boleh teruskan potty train.
  • Pujian. Selalu bagitau dia yang dia dah besar, dia tak payah pakai pampers, dan nak hadiahkan sepender cantik untuk dia as a REWARD.
  • Ego put it down. Selalu peluk dan cium dia jika kita termarah sebab penat. 
  • Doa.istighfar kalau rasa marah. dan berdoa pada Allah supaya dipermudahkan. Allah makbulkan doaku dalam masa 3 hari saja. Terima kasih Allah!
  • Trust your kids. Mereka ada kebolehan yang tak terjangkau oleh akal dan tanggapan kita.
  • Never underestimate kid. kalau lah aku tau, dah lama aku start potty train awal-awal.
  • Every kids are different. Kalau anak orang potty train seminggu, tak semestinya anak kita sama juga, boleh jadi lagi cepat atau lagi lama. So be ready mentally and physically.
  • Tekad yang kuat dan jitu. Redah je, buat sampai jadi!
  • Istiqamah. Keep asking and monitoring. Kalau takut lupa, set alarm!

Pelajaran dan pengajarannya disini, kita sebagai ibubapa lebih mengenali siapa, bagaimana anak-anak kita. Keep studying and experiment abour your kids, upgrade knowledge tentang pemahaman behaviour anak-anak. 

Anak-anak, you are growing so fast! Walaupun mumy selalu depan mata Zikry, mamy rasa macam sekejap je Zikry dah besar. Seluar makin senteng, baju makin kecik, ayat makin panjang membebel, demand pun banyak sekarang. Hehe.

I love everything about you my kids. Zikry and Ziyad. 

Love,
Mummy & Daddy

P/S- Setiap kali aku ajar sesuatu kepada anakku, teringat aku masa kecik macamana ibu dan abah ajar aku, didik aku sampai aku jadi macam ni sekarang. Yang mana elok kita follow, yang kurang elok, kita repair dan yang buruk, jangan langsung guna. 



















Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...