Skip to main content

1 NOVEMBER : KAMBING, BUKU DAN PATI DELIMA

1 November 2014 . Hari baru dalam bulan November dan lagi sebulan nak menganjak ke hujung tahun. Alhamdulillah, masih hidup lagi dibumi yang indah ini. Sebab semalam dah terawal tidur, jadi bangun tadi pun dah rasa macam terlebih tidur. Ish! tak boleh jadi ni! Banyak benda dan aktiviti yang kena buat. Antaranya makan-makan, yeayy!

Ini budak COMEL Qaleesya bersama mumy and daddynya! budak suka frozen hhihi!!

Kebetulan ada kenduri aqiqah dan birthday anak kawan suamiku, Qaleesya yang ke 2 tahun dan adiknya yang lahir bulan Mei lepas, jadi kenduri mereka dibuat dalam 1 hari. Senangkan! Syukur ada kambing golek-golek kat kenduri ni.. hehe.. Kenyang betul makan hari ni. Hari pulak mendung, hujan pun renyai-renyai. Bagiku inilah cuaca yang paling aku suka. Tak panas sangat dan tak basah kuyup sangat. :-P

Seperti yang dirancang, kami suami isteri merancang nak pergi ke Jualan Gudang Karangkraf 2014 di Seksyen 15, Shah Alam. Asalnya memang nak cari buku yang lama dah nak cari ULU YAM DI LIVERPOOL 2. Siri 1 dah baca. Siri kedua belum lagi. Jualan gudang ni pulak ada buat OFFER 2 for RM35!  Wah!! Rugi la kalau tak grab. Bila dah sampai kat sana, hujan renyai-renyai lagi, nampak kereta pun taklah banyak, banyak parking kosong. TAPI, bila masuk kat tempat buku-buku dibawah khemah tu... wow ramainya orang-orang dan buku-buku yang sangat MURAH! Arghhh ! tidak! novel pun ada RM3, Majalah RM1. 
Berposing dengan buku kegemaran. Cewah!


Sebelum keluar kereta dah janji taknak beli banyak-banyak sangat. Beli buku yang dah di AIM saja. Sekali dah ambil bakul, maka sesedap rasalah masukkan buku dan majalah yang berkenan..hehe.. daku memang pantang tengok buku! kalau dekat Big Bad Wolf lagilahh...rasa tak nak balik. 

Antara buku dan majalah yang digrab tadi :

1. Ulu Yam Di Liverpool 1 & 2 -------------------------  RM35
2. Mingguan Wanita Edisi Bumper Aidilfitri 2014----   RM5
3. Panduan Gaya Tudung--------------------------------   RM3
4. Hanya Wanita------------------------------------------   RM9
5. Kisah Nabi Adam--------------------------------------    RM1
6. Tips untuk blogger wanita --------------------------    RM3

Semuanya RM54.20. Murah kan! kalau tak, ni mau cecah ratusan RM ni pada harga biasa. Huh! Puas hati. Boleh buat bekalan bacaan untuk seminggu. Ohya, segala-gala buku dan majalah dari terbitan Karangkraf &  Alaf 21 boleh didapati disini dari 31 October - 2 November 2014 sahaja. Cepat tau pergi lepas baca blog ni..
Anak daddy dah ngantuk lah!

--------------------------------------------------------

Habis cerita bab buku. Kami terus balik menuju ke rumah. Sebelum tu nak mencari pati buah delima. Semalam ada terbaca khasiat buah delima untuk wanita mengandung, lepas bersalin dan orang yang mempunyai masalah kronik seperti jantung, paru-paru dan sebagainya. Yang daku tahu, buah ni mempunyai anti oksidan dan asid folik yang tinggi. Mari kita lihat apakah khasiatnya. Lepas ni, cepat-cepat cari tau dan amalkan! 


KHASIAT BUAH DELIMA [dari : http://giffarine2015.blogspot.com/p/khasiat-buah-delima.html]



Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Disebabkan buah delima ni agak mahal dan kadang-kadang sukar didapati disesetengah tempat, maka aku pun menggoogle tempat yang menjual pati buah delima. Laa.. rupanya dekat saja dengan rumahku di Putra Height.

Sempatlah melilau ke dalam kedainya. Seronoknya! murah- murah semuanya kerana dia menjual dengan harga borong. Nak cari pati kurma, cuka epal. olive oil, madu boleh pergi ke kedai Bin Auf di Putra Height, Subang Jaya. Baru 5 bulan operasi. Lepas ini, tempat ini jadi rutinku bila stok kehabisan. heheh...

Kedai Bin Auf di Seksyen 7, Putra Heights



Berkenaan dengan harganya, sebelum ni tengok harga rata-rata RM15-20. Tapi disini boleh dapat RM11.50 sebotol. Kalau beli borong rasanya tentu lebih murah. wahh! Heavennya!! Dahlah murah berkhasiat pulak tu. Siapa yang rasa tak boleh nak telan asid folik ke, bolehlah telan pati delima ni ya. Khasiatnya sama. :-)

RM11.50 sahaja tau! Angry Bird tu Zikry punya!
oklah, nak pi makan pati buah delima ni. Moga anak dalam perut ni sihat hendaknya dan cantik hensem cam mumy and daddy ya . Hahaha!





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar-gambar di sekitar Hospital Shah Alam, PAC dan wad 8B

Sempat lagi kawan ajak Openhouse, tu dia perut aku . Semua baju dah tak muat dikala ini.  Jam 5.45 pagi kita dah check in PAC, tengoklah kerusi pun kosong, sorang-sorang je . Ok, dah tukar uniform, pakai baju bintik-bintik . Kontraksi tengah mengganas juga masa ni jam 3petang. Aku tak boleh duduk diam atas kerusi, maka aku buat step zumba yang aku ingat dalam surau sambil cas hanphone Laluan untuk ke Labour Room Suamiku yang baik hati menemani ku sarapan pagi. Makan selagi masih berselera. Dah sakit , selera pun hilang. Makanan tu beli di cafe hospital. Sedap kuihnya. Berkongsi makanan sesama suami isteri membawa bahagia, cewah! Masuk PAC semula kena branula sudah. Antibiotik. Nama aku yang paling atas . Senarai patuent yang check in untuk bersalin. Muka yang baru lepas keluar dari alam lain ke alam dunia yang fana Kenapa lah mata dia merah tu, hehe. Disebabkan BP aga...

Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam -Bahagian Akhir

Aku dipindahkan ke wad 8B katil 30 pada keesokan harinya. Wad second class katil 2 orang dan toilet. Semasa daftar tempohari, aku tidak membuat apa-apa permintaan untuk di tempatkan wad second class or first class, kerana ku tahu, ia berantung kepada kekosongan katil didalam wad tersebut dan semuanya dilakukan dalam sistem hospital. First in , first out. Nurse membawaku bersama Thoriq dipindahkan ke dalam wad dengan menaiki lif khas yang terletak dibelakang PAC. Hanya kakitangan hospital saja dibenarkan melalui lif tersebut. Sempat beberapa nurse melihat dan menegur thoriq dalam baby cot. Wah, besar baby ni , berapa KG ni.. 3.6kg jawabku. Disepanjang perjalananku, aku sempat melintasi WAD NICU. Dalam hati, harap-harap Thoriq tidak admit disini. Sebelum lahir Thoriq mental ku dah bersiap sedia kemungkinan untuk admit di NICU jika kebarangkalian jaundis yang tinggi seperti yang berlaku kepada abang-abangnya. Kebiasaannya jika adik beradik pernah mengalami jaundis yang teruk, kebaran...

101 IMPIAN yang aku MESTI capai!

Aku menghadiri IMKK awal tahun ini, dalam bulan Mac 2014. Tahukan IMKK ‘stand’ for apa? Maksudnya ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan [IMKK] anjuran Dr. Azizan Osman. Siapalah yang tak kenal beliau? Mentor kesayanganku yang [ernah melalui kegagalan yang sangat sadis dalam hidupnya.  Waktu blog ini dicoretkan , sudah 7 bulan sudah berlalu dan aku masih terkesan dengan program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu. Sungguh penuh dengan air mata dan tangisan keinsafan. Banyak hormon oxcitoxin terembes selama berada disana. Aura yang berada disana semua aura positif dan sangat legaa! Bila disana, terasa diri berada dalam dunia lain. Semua orang menjadi ‘orang lain’. Kalau selama ini kita jarang mengekspresi diri, beranikan diri untuk membuat sesuatu yang unik dari orang lain, nah inilah masanya! Setiap kali bermula program pada pukul 8.30 pagi,pintu masuk sudah mula dipenuhi orang. Yang uniknya kita perlu berlari untuk masuk ke tempat program dan pilih kerusi ba...