Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Aku nak bersalin kat rumah!

Kegilaan apakah ini?! Ya, aku nak bersalin di rumah. Tapi bukan di rumahku tetapi aku memilih untuk bersalin ala-ala suasana rumah. Sudah berdekad lamanya kaedah ini ditinggalkan lantaran risiko yang perlu diambil jika bersalin dirumah jika berlaku komplikasi yang tidak diingini. Mungkin diantara kita yang tidak akan bersetujudengan amalan yang sudah ketinggalan zaman ini. Tetapi tahukah anda, kini di negara barat seperti contoh United Kingdom mula  mengamalkan kaedah GENTLE BIRTH iaitu melalui pendekatan bersalin secara natural di rumah dengan bidan-bidan yang bertauliah.  Mengapakah kaedah atau amalan ini datang kembali dan dipraktikkan semula? Dapat kita lihat, sejak berdekad lalu kaedah ini menjadi semakin terpingir lantaran pusat-pusat perubatan dan kemudahan hospital dibangunkan selari dengan kemajuan dan pembangunan sejak Malaysia mendapatkan kemerdekaan. Apabila kita membincangkan kaedah bersalin di hospital, ia bakal melibatkan kita dengan berbagai-bagai ka...

Apa perasaan Minum Air Gula

       Malam ini entri ketiga dalam bulan September yang berbaki beberapa hari lagi. Dari situlah juga menghitung waktu untuk MISI mengeluarkan KHALIFAH ALLAH di muka bumi pada hujung December nanti. Semoga dipermudahkan. Ramai pulak yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Harap diberi kekuatan untuk menghadiri makan free tersebut :-P.       Sambungan dari cerita minum air gula pagi tadi. Bangun pagi penuh bersemangat macam orang nak pergi Final Exam tu. Betul-betul dah setkan minda positif dalam MINDA SEPARA SEDAR sebelum tidur semalam supaya ujian air gula ini menyebelahiku nanti. Bertolak dari rumah pukul 6.45pagi, singgah sebentar isi minyak kereta. Wah! Rajin betul kan!         Menyibukkan diri dengan orang yang sedang 'rush' nak pergi ke tempat kerja. Sejak bergelar WAHM [ work at home mum ] , lama sudah tidak bersesak-sesak diwaktu pagi, nak mengejar masa meeting pukul 9pagi. Lambat seminit kena denda RM2...

Bermulanya Kehidupan Di Alam Maya

Assalamualaikum, Setelah lama tidak menulis dan berkarya di alam maya lebih kurang setahun lebih maka malam ini adalah permulaan yang baik untuk aku beraksi semula. Hampir 3 tahun aku tidak mempunyai diari yang dahulunya aku tidak pernah culas untuk mencoret apa sahaja yang menjadi sejarah dalam kehidupan seharian . Dan kali ini, biarlah penulisan ku disebarkan agar dapat memberi input berguna kepada orang lain dan menjadi peringatan kepada diri sendiri. Seronok juga bila membaca semula coretan lampau kerana ia juga dapat menjadi kayu ukur di mana tahap pemikiran dalam menjalani aktiviti seharian dan juga menjadi koreksi diri. Harapanku agar penulisan ini tidak akan lapuk dan bersawang di alam maya. Misi ku ingin men'update' blog ini dua kali sehari. Semoga diperkenankan. Amin Ya Allah!

Minum Air Gula Yang Sedap

   Waktu menunjukkan pukul 12.34 tengah malam. Anak pun dah tidur setelah sejam bersembang dan 'mengumpan' video UPIN IPIN kegemaran dia. Biasanya dia suka dengar lagu Bangau Oh Bangau!, Gosok Gigi dan Lompat Si Katak Lompat. Dah tidur barulah Mummy boleh buat kerja. Berbalik kepada topik di atas, alkisahnya esok kena bangun awal pukul 7.30 pagi perlu berada di Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong untuk ujian Air Gula. Sekarang kandungan pun sudah memasuki minggu ke 26. Sebelum ini belum pernah minum air gula pada kehamilan yang lepas. Ini gara-gara pemeriksaaan minggu lepas, nurse mendapati aku mempunyai kenaikan sebanyak 4kg dalam masa 1 bulan! Sungguh aku tidak perasan dengan kenaikan itu. Apa yang pasti sebulan yang lepas, perutku dah naik mendadak. Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui diriku hamil agak terkejut kerana perutku yang mencanak naik secara tiba-tiba. :-). Tambahan pula, bulan lepas aku banyak makan roti canai. Sekali order 2 keping. Mungkin itu telah...