Sempena menyambut anniversary kami suami isteri yang ke 5 tahun, kami bercadang untuk melakukan sesuatu yang belum pernah kami buat iaitu memanjat bukit . Setelah 5 tahun berkahwin, belum pernah lagi aku ajak suami pergi mendaki bukit yang terletak di Lumut. Sedangkan lokasinya tidaklah sejauh mana dari rumah ibuabah, cuma 7km saja. Jadi kami bangun pukul 630 pagi, seusai Subuh kami terus gerak ke sana. Al-kisahnya malam tadi banyak pulak makan, macam-macam masuk ke perut, akhirnya pagi masing -masing nak ke toilet. Pergi toilet di Jeti Lumut semua masih belum buka lagi. Waktu itu baru pukul 7.15 pagi. Aduhai dah pagi macam ni masih belum lagi buka. Terpaksalah kami cari toilet di masjid. Mula- mula sesat jugak sebab terlepas simpang. Dah 13 tahun tak pergi bukit ni. Ingat-ingat lupa dah. Nasib baik anak-anak tak ikut, nenda nya bagi peluang la kan untuk kami berdating kat atas bukit tu. Hehe. Semasa sampai hanya ada 1 kereta saja, selang beberapa minit a...
Penceritaan tanpa suara, bermadah pujangga di malam buta