Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Buntu bila gigi anak berkarat?

Lama sudah tak menulis di blog ni. Bukannya tiada reader atau pun follower, entahlah kemalasan yang teruk membuatkan blog ni berhabuk. Last entry pun bulan 4 tahun lepas. Haiyaa! Manyak teruk ooo! Tahun 2016 ni memandangkan aku pun dah bergelar Master candidate UPM, maka habit perlulah diubah. Dari malas menulis kepada rajin menulis, dari malas membaca kepada banyak membaca. Bukan saja membaca facebook saja ya, Nadira. Aku ni biasanya kalau membaca artikel yang best, aku akan save kan dalam Evernotes , so that aku akan boleh refer nanti jika nak baca lagi. Kiranya ala-ala bookmark. Tapi dengan evernote ni, kita boleh baca secara offline. Gitu. Oh ya , tadi duk mandikan anak-anak petang tadi, sambil menyabun dan memberus gigi, aku rasa nak share pula tentang kesihatan gigi anak. Buat masa ni, Zikry, anakku yang berumur 3 tahun 4 bulan masih bergigi penuh lagi namun ada kekaratan yang telah timbul sejak umur 1 tahun lebih. Risau juga ya sebabnya gigi mereka ni nak guna sampai umur...

Kembali Menulis di alam maya

Melihat lagi 1 hari nak habis bulan Mac dan April is coming over. Maknanya dah setahun aku tidak menulis di tinta tanpa dakwat ini. Entahlah, bukan tak ada benda nak tulis, tapi itulah banyak benda yang terbuku saja dihati tanpa berkongsi di alam maya.  Walhal kalau aku teruskan menulis, mungkin memberi impak atau memberi kebaikan kepada orang lain. Aku paksakan diriku menulis, sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk entri ni sebelum anak bangun minta susu. Kekangan yang biasa terjadi hingga mood menulis pun  terbantut.  Sebenarnya banyak kali sudah suamiku meminta aku untuk menulis semula kerana beliau merasakan aku patut berkongsi pengetahuan kepada umum.  Tambahan lagi aku sedang mengikuti pengajian dalam bidang Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak peringkat Sarjana, apa salahnya sambil menyipakan tesis tu, boleh  lah meluangkan masa barang setengah jam untuk menulis mengenai 'Child development' . Yalah, kadang-kadang tu terasa ke...