Wow! Tajuk memang hype habis ya! 3 hari nampak macam mudah kan tetapi proses yang memakan masa 72 jam itu penuh persoalan dan hipotesis dari minda sendiri. Nak tahu, sila baca seterusnya. Al kisahnya, aku memang bercadang untuk membuat potty train sewaktu umur Zikry 23 bulan yakni lagi sebulan sebelum dia mencecah 2 tahun. Waktu itu kandunganku baru berusia 5 bulan lebih. Aku rasa macam penat je ( mindset terus negatif je) walhal perut masa tu belum besar pun lagi. Baru nak naik. Jadi aku cuba untuk satu hari tu, penat juga ulang alik masuk toilet mengemop lantai. Ada juga rasa nak marah bila dia kencing sesuka hati. Aku giveup dan pakaikan pampers semula pukul 7 malam . Zikry dah boleh bertutur sikit dan boleh faham arahan dikala itu. Percubaan aku gagal. Kali kedua aku pasangkan niat untuk diaperless bila aku pergi shopping barang household minggu lepas. Beli pampers untuk adik Zikry, tapi aku taknak beli untuk dia. Aku beritahu Zikry , Mummy takn...
Penceritaan tanpa suara, bermadah pujangga di malam buta