AWAS!! ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN. 'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.' Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya' [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan. Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad...
Penceritaan tanpa suara, bermadah pujangga di malam buta